Monday, December 28, 2009

Always be there!



Alllahu Akbar

If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar


by: Maher Zain

halal-haram

It was in the headlines,
"Ditangkap di kelab haram!"

I wonder,
were there any "kelab halal" before?

How do they define "halal" when they serve alcoholic drinks in there?
then why don't they put a huge halal logo on the front door if they are so "halal" and not "haram"?

It was like,
they were wrong because they got into a "kelab haram", so if they were caught to be in a club which is not "haram", which also means the other way that the club is halal, then it is ok. Was it like that?

Oh, pathetic!

2010: tahun cergas!


Masya Allah. Perancangan Allah semestinya paling cantik dan terbaik. Mungkin melihatkan saya ini kurang menjaga qawiyyul jismi, akhirnya saya dengan segala hormatnya dilantik sebagai guru pendidikan jasmani bagi 12 buah kelas pelajar tingkatan 1 pada tahun 2010 nanti. Wah!!!!!

Tapi jangan risau, saya masih guru mata pelajaran Sains dan oh ya, tambahan kerja sebagai guru tingkatan nanti. Juga guru pasukan pengakap, kelab olahraga dan penolong ketua rumah sukan berwarna biru. Oh, dulu semasa praktikal pun saya di rumah biru yang hebat lagi perkasa. Rumah biru, nombor satu! Wah, semakin bersemangat saya bila perlu menjadi cergas untuk tahun hadapan. Hari-hari kena turun padang mengajar PJ. Hm, tak perlu risau lagi nak tentukan masa khas untuk bersenamkan? Alhamdulillah =)

Pagi tadi mesyuarat. Hari-hari pun mesyuarat. Esok, tunggulah apa kejutannya lagi.

Tapi saya tak minat pengakap...aci tak?

Thursday, December 24, 2009

Jaulah Bihun

Baru saja kembali dari jaulah 30 jam kami. Suka saya menggelar jaulah ini dengan "Jaulah Bihun". Oh, Bihun bukanlah nama kereta siapa-siapa andai ada yang tersedak mendengar nama keretanya ditulis di sini. Bihun adalah makanan yang diperbuat daripada tepung beras, panjai mengurai seperti mi yang kurus, yang selalunya digoreng dan dipanggil bihun goreng. Istimewanya jaulah bihun ini ialah kami bertandang ke destinasi yang berbeza dan ditakdirkan Allah di setiap destinasi kami dihidangkan dengan menu bihun goreng. Ah, istimewa sungguh! Dari minum pagi, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam semuanya bihun goreng yang dimasak oleh orang yang berbeza-beza. Hebat bukan?

Jaulah bihun hanyalah sekadar jolokan nama untuk menambah indahnya jaulah ini. Bukankah Rasulullah juga ada menggelar Saidina Ali dengan gelaran Abu Turrab bila didapati Ali diselaputi debu bila bangkit dari tidur?Oh, tentunya makna jaulah bihun ini lebih besar daripada cerita tentang bihun semata-mata. Ada seribu satu kisah indah yang mungkin tak tertulis di sini. Tapi biarlah sebahagiannya bisa saya kongsikan buat tatapan dan ingatan.

Pesanan dari Doktor
Jaulah kali ini lebih banyak menemukan saya dengan para doktor. Lalu perbincangan tentunya banyak mengenai kerjaya mereka dan kesibukannya. Sebelum berangkat pulang, mereka doktor-doktor itu menyampaikan pesan. "Tolonglah beritahu kepada anak-anak murid, jangaaaaaaanlah minta nak jagi doktor! Belajar susah, kerja pun susah!". Kemudian mereka bercerita sisi gelap di hospital. Masya Allah, cabaran mereka memang besar. Apatah lagi bila baru memulakan langkah menjadi H.O, terpaksa tadah telinga dan bersabar dengan herdikan daripada doktor-doktor senior. Sampai ada cerita yang pesakit tolong 'back-up' doktor-doktor baru ini. Lebih mengharukan, pesakit itu dalam keadaan yang sungguh sulit untuk berkata-kata, cuba sedaya upaya membantu doktor H.O ini daripada diherdik lebih dahsyat.

Bukan mudah untuk memahamkan masyarakat bahawa menjadi doktor itu tidaklah seindah yang disangka. Bila disebut doktor, sepertinya kebanyakan orang melihat itu sebagai kerjaya paling ideal buat mereka yang merasa pencapaian akademik ialah segalanya. Lebih-lebih lagi para ibu bapa. Betapa banyak saya menemui mereka yang menghadapi konflik tidak berminat menjadi doktor, tetapi memaksa diri melakukannya kerana mahu memenuhi impian ibu bapa. Kasihan. Mahu saja saya jelaskan pada dunia bahawa manusia dicipta dengan kebolehan yang berbeza-beza. Lalu, tidak semua pastinya sesuai untuk menjadi doktor! Ada orang, mungkin menjadi penulis itu malah lebih sesuai atau mungkin menjadi petani kerana tangannya yang cekatan dan kehebatan tenaga yang Allah kurniakan. Allah menentukan yang terbaik untuk kita, bukan kita yang menentukan nilai terbaik itu. Kerana nilai terbaik itu tentunya berdasarkan penilaian Allah, bukan penilaian kita yang berakal dangkal dan cetek ini.

Berperang
Ketika memandu di perjalanan, dihidangkan pula dengan taujih sirah dari mp3. Kisah mengenai Perang Badar yang sangat saya sukai. Kadang-kadang sepertinya kita terlupa, kita sebenarnya dalam peperangan di antara al-Haq dan Batil. Peperangan sedang berlangsung dan andainya kita benar-benar merasai seperti berada di dalam peperangan, apakah mungkin kita masih bermain-main? Pasti kita akan sentiasa berjaga-jaga, takut-takut pihak lawan akan menyerang bila-bila saja. Tentu kita akan cuba untuk sentiasa bersedia, tiada masa untuk bermalas-malasan!

Ah, melihat keadaan saya sekarang..terasa seperti seorang askar yang lemah saja. Bagaimana mahu ikut serta perang jika masih begini? Bagaimana mahu dapat syahid idaman jika tidak pun merasa diri seperti berada di medan peperangan? Oh, sedih!

Kelmarin terdengar dari corong radio pesanan dari seorang syeikh, "Ramai manusia yang berdoa dalam keadaan lalai!". Tersentak saya, terkedu...terasa mahu menangis.
Apakah saya manusia yang lalai itu?
Bagaimana saya mampu berjalan dan hidup gembira sambil memikul dosa yang berat?

Oh Tuhan,
bantulah aku untuk berubah..dan bantulah aku untuk tetap dalam perubahan itu.
Perubahan ke arah yang lebih baik.

Monday, December 21, 2009

bukan sekadar mimpi


Tanggal 17 Disember lalu, sekuel Laskar Pelangi iaitu Sang Pemimpi mula diputar di bioskop-bioskop seluruh Indonesia. Bagi saya, novel selalunya jauh lebih baik daripada apa yang dipertontonkan melalui filem. Selalunya di dalam filem, lebih banyak perkara yang bukan-bukan yang diperbesar-besarkan untuk melariskannya. Melihat saja trailernya, saya terpaksa menggeleng kepala. Mungkin tidak banyak yang baik-baik lagi seperti di dalam Laskar Pelangi dahulu.

Sang Pemimpi merupakan sambungan kehidupan Ikal. Kali ini dengan watak-watak baharu. Selepas menamatkan persekolahan sehingga menengah rendah di sekolah terulung bersama bapak dan ibu guru hebat, Pak Harfan dan Bu Muslimah, Sang Pemimpi membawa kita melihat sisi kehidupan sukar yang dilalui Ikal di sekolah menengah atas sehingga ke universiti. Kalau dahulu saya terkagum dengan watak Lintang, kali ini Arai juga sangat mengkagumkan. Ah, buku ini mampu membuat saya tertawa dan menangis sekaligus. Arai yang langsung tidak kacak, sebatang kara hidupnya dan tidak punya apa-apa sentiasa melihat sisi positif dalam hidup. Sungguh menginspirasikan! Malah Arai mempunyai karisma yang sungguh hebat, tidak pernah berhenti untuk memberi! Walau terpaksa bersusah-susah dengan susah payahnya, Arai sentiasa bersedia membantu orang yang lebih-lebih lagi memerlukan. Ah, persis seorang Superhero yang sebenar!

Arai jugalah yang mengajar Ikal untuk tidak berhenti bermimpi, bermimpi yang besar-besar! Mereka benar-benar orang-orang susah. Ikal satu ketika langsung tidak punya semangat lagi untuk belajar memandangkan kemelut kemiskinan itu seperti memberi masa depan yang gelap untuk mereka meneruskan cita-cita dan impian, lalu Arai mengucapkan kata-kata hikmah yang sungguh hebat dalam merungkai misterinya takdir,
" Kau jangan takabbur dan mendahului takdir, Kal!"

Ertinya, oleh kerana kita tidak mengetahui takdir kita, tidak tahu keadaan kita di masa depan..maka mengapa harus berfikir yang bukan-bukan? Benar, takdir telah tertulis..tapi Allah memberi kita apa yang kita ada sekarang untuk berusaha! Maka untuk menggerakkan usaha dengan hebatnya, bermimpilah yang hebat-hebat!

Mungkin kita sepatutnya malu sendiri bila melihat mereka yang benar-benar berusaha untuk mendapatkan pendidikan. Bukan dengan otak semata, tetapi dengan seluruh keringat untuk menampung biaya pendidikan. Malah, mereka lebih hebat lagi kerana bukan mahu mendapatkan pendidikan untuk kerjaya masa depan. Tetapi untuk membawa perubahan kepada dunia! Ah, lihat saja rancangan penyelidikan Ikal dan Arai. Ikal dengan usaha untuk menemukan teori baru dalam ekonomi dan Arai yang mahu berusaha sungguh-sungguh menyangkal teori evolusi Darwin. Lalu kita?

Mereka anak-anak miskin daripada sebuah kepulauan kecil. Anak-anak miskin yang mampu bermimpi yang hebat-hebat untuk MEMBERI kepada dunia. Maka dengan mimpi itu menggerakkan seluruh usaha mereka untuk merealisasikannya.

Lalu apa yang kita lakukan dengan segala peluang dan kelebihan yang kita ada untuk memberi kepada manusia lainnya?

Bermimpilah yang hebat-hebat, agar kita boleh memberi yang hebat-hebat juga!

of craving and ramblings


I have the crave for books at the moment. Rasa macam nak serang mana-mana bookstore yang berdekatan and invest my money with books. Ah, bukankah bagus sekiranya craving ini untuk sesuatu yang baik juga! Craving for da'wah, craving for usrah, craving for tahajjud, craving for sadaqah, craving for Allah!!

Just a quick reminder,
shouldn't we check our level of taqwa at the moment? Meningkat atau menurun atau bagaimana? Sesuatu yang membuatkan saya terfikir-fikir sejak semalam. Kadang-kadang kenapa kita asyik ditimpa ujian yang sama? Tak lulus-lulus sampai kena re-sit ujian yang sama berulang-ulang kali. Then, try check our taqwa level. Mungkin stagnant. Mungkin dah semakin menurun.. Sebab tu asyik kena ujian dan ujian tu kadang-kadang terasa semakin susah dan sukar sebab kurangnya level taqwa tu. Kadang-kadang ada masalah, tapi masalah tu tak selesai-selesai sampai sekarang...

Lalu, bersegeralah berlari menuju Allah!!! Kembali kepada Allah. Mohon Allah beri kita taufiq untuk memperbaiki kelemahan kita seterusnya dapat upgrade iman menuju level taqwa yang lebih baik.

Ah, found a better craving at last! Let's crave for a better level of taqwa!!!!!
thank you Allah! (for inspiring me even through this lousy kind of writing)

Please don't mind the language I used, this post seriously meant for me. But with intention to share with others what ever goodness people may get from it.

Sunday, December 20, 2009

Sobar


I have received my first paycheck of two months working as a teacher. Alhamdulillah! I can never thank Allah enough, for everything He has given me. I am here achieving my dream of being a teacher by the age of 22. Well, it's the edge of 22 I am right now anyways. 2010 is approaching very near. (but then, you know dreams are just dreams. We have a huge mission to achieve through that dreams)

Alhamdulillah. Now I have Sobar to accompany me, the 6 years old stallion of our family (read: old) . But of course I don't get Sobar for free! I have to cut each month out of my sallary to pay him. Sobar, with his sober look and everything..would remain priceless to me. I think I'm going to get used with him and Insha Allah we will make a good team. What's going to work? TEAMWORK! So here me, Sobar. Do remind me of sobrun jameel (beautiful patience), of having patience in everything. Because with patience, is a condition for Allah to be with us: guiding and helping us through thick and thin in life.

Nevertheless, thank you umi and abah for letting me have that car. Insha Allah, it will be of for good :)

Friday, December 18, 2009

1431


Alhamdulillah. Diberi Allah kesempatan hidup untuk menjejaki tahun baru 1431H ini. Melihat ke belakang, berapa sangatlah yang telah aku gunakan hayat ini dengan sebaiknya? Ah, mungkin banyak masa dihabiskan dengan tidur saja! Lalu bagaimana mahu menjadi manusia yang mampu memberi kesan kepada dunia? Tentunya tidak mahu diri ini dikategorikan sebagai lebihan dunia, hidup tanpa memberi erti apa-apapun kepada dunia, hidup tak berguna!

Looking forward, saya pun tidak pasti entah berapa banyak lagi hayat yang tersisa. Tapi oleh kerana yang tersisa itu pastinya semakin sedikit dan kematian itu semakin dekat, kita sepatutnya lebih bermotivasi untuk beramal dengan lebih baik dan lebih giat. Due date sudah hampir, masakan kerja pun iseng-iseng!

Moga tahun baru ini membawa saya untuk lebih bersemangat mencapai dua matlamat hidup (2:30, 51:56) serta lebih berusaha untuk menunaikan hak Syahadatul Haq. Moga tahun baru ini bisa menghasilkan karya-karya (literally) indah buat al-Khaliq sebagai saksi di akhirat kelak. Cabaran kepada Rasulullah dan para sahabat tidak terhenti saat mereka selesai berhijrah ke Madinah, malah menghadapi cabaran yang lebih besar dan getir selepas hijrah tersebut. Kita sememangnya hidup untuk diuji, kalau tak diuji...maksudnya tak hiduplah kan? =D

Yuk, moga kita semua lebih bermotivasi di tahun baru ini!
Mula melakar garis baru dalam ware-ware no rekishi tepat 1431H ini.

Monday, December 14, 2009

Tembus

Pagi itu saya mendapati mereka sungguh teruja merancang untuk ke walimah ukhti itu pada hari Sabtu. Saya tumpang gembira. Tengah hari, mereka mengkhabarkan berita tidak terduga itu. Pengantin lelaki dan keluarganya kemalangan! Kami terdiam dan berdoa dalam hati. Moga pengantin dan keluarganya selamat...

Sambil memandu mereka ke destinasi yang lain, kami bertukar-tukar cerita. Berita tengah hari itu tetap menjadi topik utama. Tiba-tiba mendapat khabar baru, pengantin sudah kembali ke rahmatullah. Hening. Hati saya bagai direnggut seribu rasa. Subhanallah, kematian itu benar datang dengan tiba-tiba dan tanpa diduga. Saat mendengar khabar kemalangan daripada pengantin perempuan, kami semua tidak terbayangkan kemalangan yang begitu dahsyat.

Mereka mula menimbangkan bagaimana mahu menziarahi pengantin yang juga merupakan teman serumah mereka sedang saya baru menjemput mereka beramai-ramai membantu program tajmi' kami. Lalu seorang ukhti berbicara dengan penuh ketenangan, "Kita teruskan saja. Andai kita pula mati nanti, ada adik-adik ini yang bakal menyambung tugas kita". Masya Allah! Luhur sungguh hati ukhti yang baru saya temui dua-tiga kali ini. Malah bantuan yang mereka semua hulurkan itu sememangnya begitu bermakna dan mengesankan adik-adik. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan mereka semua. Lalu di pagi Sabtu itu mereka bergegas ke rumah ukhti pengantin di utara.

Saya terfikir, begitu besar ujian yang diberi Allah kepada ukhti pengantin. Tentu saja selayaknya dengan iman yang besar juga yang Allah lebih mengetahui dimiliki oleh ukhti itu. Lalu bagaimana dengan saya? Belum tentu cukup kuat untuk menghadapi ujian sehebat itu. Subhanallah. Moga ketabahan ukhti mengharungi ujian ini nanti bakal menginspirasikan yang lainnya pula. Teringat bagaimana kisah Ummu Sulaym yang kehilangan anaknya...dan betapa teguh pendiriannya. Betapa hebat beliau menyantuni Abu Talhah walau besar terasa kesedihan atas pemergian anak kesayangan. Semoga pemergian Akh pengantin di bawah redha Allah juga dan diampuni segala dosanya juga kedua ibu bapanya.

Sedih melihat laporan media yang ternyata menggunakan cara yang salah untuk membuatkan cerita itu lebih menyayat hati. Tentunya mereka ialah orang-orang yang memilih untuk membina segitiga cinta, dengan Allah di puncak tertingginya. Mereka memilih untuk cinta yang halal, cinta hanya selepas aqad dilafazkan.

Peristiwa yang tentunya mengandungi seribu hikmah daripada Allah. Sebagai pengajaran bagi yang hidup, bukanlah berkahwin itu yang menjadi faktor kematian. Atau memandu kereta berwarna merah. Tetapi peringatan bahawa kematian itu pasti datang bila-bila, yang muda atau yang tua. Di jalan raya atau di kompleks membeli belah atau di mana saja yang dikehenadi Allah. Yang pasti, tanya pada diri.... sudah bersediakah kita?

Lalu bagi mereka yang masih terlekat dan terikat dengan dunia, harus diingatkan. Dunia ini hanyalah medan ujian, destinasi pasti dan kekal abadi kita selepas ini adalah akhirat. Lantas, apa yang telah kita persiapkan di dunia ini untuk memilih tempat terbaik di akhirat nanti? Oh, kematian itu misteri buat kita. Tidak tahu bila. Tapi yang pasti, KEMATIAN SEMAKIN DEKAT. Persis bom masa yang semakin rancak berdetik akan meletup.

Lihatlah dunia dengan pandangan tembus ke akhirat!

Tuesday, December 8, 2009

he is 22


Saya pernah membaca kisah asy-syaheed ini di sebuah buku lama dahulu. Sungguh menginspirasikan! Beliau menemui syaheed idaman di usia 22 tahun dalam keadaan yang sungguh hebat! Did a few googles and here is the same story I read from the book! Silalah baca dalam keadaan tenang dan penuh penjiwaan, seolah-olah anda berada di dalamnya.

Inilah kisahnya, Asy-Syaheed 'Imad Aqel. (24/11/1993)

Di awal tahun 70-an, Mukhayyam Jabaliyya sering dihiburkan dengan suara azan daripada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak. Hasan Ibrahim Aqal adalah muazzin Masjid As Syuhada'. Tanggal 9/6/1971 adalah tarikh bertuah baginya kerana isterinya melahirkan seorang bayi lelaki. Beliau sangat berharap agar anak ketiganya ini akan mengikuti jejak perjuangan para mujahid terdahulu dalam berjihad membela agama Allah. Hassan menamakan anaknya 'Imad, mengambil sempena nama panglima Islam yang menentang tentera salib, 'Imaduddin Zanky.

Ketika semua pemimpin umat Islam mendiamkan diri dan tidak mengendahkan ancaman tentera salib, 'Imaduddin Zanky bangkit menghidupkan sunnah jihad. Hassan mahu anaknya mencontohi panglima ini dan menjadi seorang panglima jihad yang menentang penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Lebih dari itu dia mahu anaknya mati syahid, mati sebagai seorang pejuang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menumpang tuah di akhirat kelak hasil syafaat anaknya.


Untuk tujuan tersebut, 'Imad dilatih dan dididik sejak kecil lagi supaya beriltizam mengamalkan amalan Islam secara sempurna. Masjid An Nur adalah medan terbiah kedua selepas rumahnya sendiri. Tidak sukar mendidik kanak-kanak sepertinya yang terkenal dengan kepintaran di dalam pelajaran.


Dalam usia seawal 12 tahun, 'Imad sudah didedahkan dengan perjuangan IM Apabila tercetusnya Intifadhah (1987), dia mula melibatkan diri terjun ke medan perjuangan bersama rakan-rakannya melastik dan melontarkan batu kearah pasukan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Usia muda tidak menjadikannya gerun melihat kedatangan tentera pengganas berkenaan.


Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, 'Imad memohon untuk belajar di Maahad Al Amal dalam bidang perubatan. Namun cita-citanya tidak kesampaian kera beliau ditangkap pada 23/9/1988. Abangnya 'Adil turut ditahan. Mahkamah tentera yang membicarakannya menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana 'kesalahan' terlibat dengan gerakan Hamas menentang rejim Israel.


Beliau kemudiannya dibebaskan pada bulan Mac 1990. Tetapi tidak lama. Beberapa ketika selepas itu beliau ditahan lagi keran dituduh merekrut seorang pemuda untuk menjadi mujahid.
Selepas dibebaskan, 'Imad menjadi lebih bersemangat. Dengan siapa saja dia berbual, pasti perbincangannya tidak akan lari dari topik j*had dan syahid. Kisah-kisah Khalid Al Walid, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayyubi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sentiasa bermain di bibirnya.

Kini beliau bukan lagi remaja yang hanya melontar batu dan melastik jip tentera Yahudi. Baginya, penggunaan lastik dan batu secara berterusan tidak membawa apa-apa makna bagi perjuangan umat Islam Palestin. Mereka perlu meningkatkan keupayaan untuk berhadapan dengan kecanggihan senjata pihak Yahudi. Mereka perlu melangkah lebih jauh. Mencari, mengumpul dan mencipta senjata serta bahan letupan yang dapat menyaingi apa yang ada pada pengganas Yahudi.


Untuk tujuan itu, beliau secara rasminya menyertai Kata'ib Al Qassam. Banyak masa dihabiskan olehnya bersama kumpulan berkenaan dan beliau benar-benar serius dalam perjuangannya. Melihat kesungguhannya, pihak pimpinan memberikan amanah kepadanya untuk memimpin operasi di utara Ghaza. Kumpulannya dinamakan Majmu'ah As Syuhada'.

'Imad dilantik sebagai komander walaupun ada mujahid yang lebih senior daripadanya. Pimpinan Kata'ib Al Qassam mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada padanya. Beliau bagaikan seorang inteligent. Atau mungkin juga seorang komandor. Tugasnya ialah menangkap para munafik yang mempunyai buruan atau upahan rejim Yahudi. Mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan setiap siasatan akan dirakam.

Setelah berjaya dalam berpuluh-puluih siri serangan keatas kedudukan tentera Yahudi, memadailah peranan mujahid yang seorang ini sebagai pembalasan ke atas tindakan ganas rejim Zionis yang melakukan pembunuhan kejam dan penyembelihan ke atas umat Islam. Kini tibalah masanya untuk pejuang ini menerima anugerah Allah sebagai salah seorang syuhada'. Perjuangan seterusnya pula perlu disambung oleh generasi lain.


Saat yang ditunggu-tunggu dalam hidupnya sudah begitu hampir. Tarikh 24 November adalah tarikh keramat bagi umat Islam Palestin. Pada tanggal itulah Doktor Abdullah Azam dibunuh di Peshawar (1989). 4 hari sebelumnya pula adalah ulang tahun pemergian Syeikh 'Izzuddin Al Qassam (1935). Maka pada 24/11/1993, 'Imad dijemput oleh Allah sebagai seorang syuhada'.


Pada petang berkenaan beliau yang berpuasa sunat menerima pelawaan sahabatnya. Farhat untuk berbuka puasa bersama. Rumah Farhat terletak bersebelahan dengan Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syuja'ah, Ghaza. Mereka gembira sekali menikmati juadah yang disediakan.


Selepas setengah jam menjamu selera, lebih kurang pukul 5.15 malam mereka dikejutkan dengan kehadiran beratus-ratus tentera Yahudi yang melingkungi rumah berkenaan. Keadaan menjadi cemas. Jumlah sebenar tentera Yahudi tidak dapat dipastikan tetapi kenderaan yang mengepung rumah itu ialah sebanyak 60 buah terdiri daripada jip, trak dan sebagainya. Jika purata sebuah trak membawa sepuluh orang askar, bererti mereka datang dengan 600 orang askar untuk membunuh seorang pejuang!


Ketika ratusan tentera mengepung rumah berkenaan, berpuluh-puluh yang lain memanjat rumah-rumah berdekatan dan bersedia melancarkan serangan dari atas. Helikopter juga didapati berlegar-legar di udara. Seluruh kawasan Hayyus-Syuja'ah dan Pasar Jumaat diisytihar perintah berkurung. Tidak ada sesiapapun dibenarkan keluar.


Ketika itulah terpantun kalimah dari mulut 'Imad "Inilah masanya untuk aku mati syahid!" Beliau segera naik ke atas sutuh rumah berkenaan dan menunaikan sembahyang dua rakaat. Beliau sujud menyembah Allah dengan harapan dapat bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan beliau sempat menunaikan sembahyang.

Belumpun sempat menyempurnakan sembahyangnya sebutir bom anti kereta kebal dilepaskan oleh helikopter ke atas rumah keluarga Farhat menyebabkan berlakunya gegaran yang amat dahsyat. Serentak dengan itu tembakan dari segenap penjuru kedengaran dan 'Imad tercedara.

Namun kecederaan yang dialami tidak manghalang beliau untuk membalas serangan. Beliau bingkas bangun dan lompat ke tingkat bawah dan menembak balas ke arah musuh. Tidak diketahui samada tembakannya itu menepati sasaran dalam suasana yang samar-samar itu. Tembakan demi tembakan terus berlaku terus berlaku dan pihak musuh menggunkan segala kekuatan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai senjata berat dan ringan untuk menewaskan hanya seorang manusia.


Setelah beberapa ketika, akhirnya 'Imad gugur syahid. Kepalanya hancur terkena tembakan. Setelah itu tiada lagi tembakan balas kedengaran. Tembakan hanya berlaku dari satu arah saja.
Setelah mengetahui 'Imad telah terbunuh, pihak Yahudi menghentikan serangan. Namun mereka masih takut untuk menyerbu masuk kerumah berkenaan. Mereka bimbang kalau-kalau itu hanyalah taktik 'Imad. Mereka saling bertolak-tolakan sesama sendiri bagi mengelak diri daripada menjadi orang yang mula-mula manghampiri rumah berkenaan. Ketakutan jelas tergambar di wajah mereka.

Akhirnya mereka mengarahkan seorang jiran untuk masuk. Setelah jiran berkenaan keluar, dia memberitahu bahawa sasaran mereka sudahpun terbunuh. Tetapi pihak tentera masih belum yakin dan mereka masih belum berani untuk masuk rapat ke kawasan rumah berkenaan dan meminta orang ynag masih berlindung di dalamnya supaya membawa keluar mayat 'Imad jika benar beliau telah syahid.


Seketika kemudian kelihatan Nidhal Farhat, 24 tahun, mengusung keluar jenazah 'Imad dan ketika itu barulah mereka yakin. Serentak dengan itu juga mereka melepaskan tembakan ke arah mayat yang sudah terbujur kaku. Tidak kurang daripada 70 butir peluru bersarang dalam tubuhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencincang jasad berkenaan dengan pisau.


Operasi berkahir pada jam 10 malam. Keluarga Farhat ditangkap dan diikat dengan tali selepas baju mereka ditanggalkan. Sebahagian askar yang lain mengeledah rumah. Beberapa ketika kemudian mereka meninggalkan tempat berkenaan dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda gembira dapat membunuh seorang pejuang sambil melaung-laungkan nama " 'Imad, 'Imad........."


Berita serangan berkenaan disiarkan menerusi akhbar Israel, Palestin dan kebanyakan media antarabangsa utama. Seorang penulis berbangsa Yahudi, Amira Has mencatatkan di dalam akhbar Heart, "......(selepas serangan berkenaan) roh 'Imad Aqal, komander Kata'ib Al Qassam masih lagi beroperasi dan menguasai semenanjung Ghaza dan bukan hanya Mukhayam Jabaliya. Ketika tentera berada disana mereka dilontarkan dengan batu oleh kanak-kanak sambil menjerit: kami adalah 'Imad......kami adalah 'Imad......."


Sungguh, Imad memberi inspirasi kepada semua untuk tetap berjuang sehinggakan buat pertama kalinya Hamas menghasilkan sebuah filem khas berlatar belakangkan kisah as-Syaheed Imad Aqel. klik link di bawah untuk download muvi penuh. (idea baik utk dipaparkan di sini memandangkan lappy saya tidak begitu mesra utk download dgn masa yg lama. siapa yg siap mendownload, bolehlah saya dptkan nanti. :D)

Hamas Movie: Imad Aqel (2009)


Inilah kisah Imad Aqel. yang menemui Syahidnya di usia 22. Syahid yang berjaya menggerunkan musuh walau sudah tiada di dunia.

Kita pula bagaimana?

Catastrophic Cats


Ini kisah tentang kucing-kucing superhero. Kucing-kucing luar biasa, inspirasi saya. Go kucings, go!

An Israeli prison,The Nakab, located between Egypt and Israel has booked one cat in solitary confinement as punishment for its services and assistance to prisoners who are serving sentences in solitary confinement.

According to the Israeli officers,the cat was aiding prisoners by moving light objects (i.e. letters,bread etc) between the cells of prisoners.
It turns out that the cat had been providing its services to prisoners for several months until it was exposed recently and so the prison administration decided to place the cat in solitary confinement – the same way they do to the prisoners.

There are dozens of cats living between the cells and rooms of the Palestinian prisoners in several Israeli prisons and private prisons, and apparently the cats are trying to help them.

Monday, December 7, 2009

Pelangi petang


Hujan ribut kelmarin
menghadirkan calitan warna-warni pelangi
menghiasi dada langit
yang mulanya muram dan kusam.

Aku tahu
pelangi tetap akan menghilang
dan langit akan tetap sesekali beribut kencang
tetapi sang pelangi hadir
di sela-sela waktu
menghiburkan hati
mengingatkan diri
bahawa Allah sentiasa di sisi.

Andai terasa susah dan gundah,
mengapa tidak segera
kembali kepada Sang Pencipta yang Maha Indah?

KD
Petang nan indah

* Look closely, and you will see it's a double rainbow!

Tuesday, December 1, 2009

Dua tunggangan Umar


Andaikan sabar dan syukur
adalah dua tunggangan

aku jadi tak peduli

mana yang harus kukenderai


- Umar ibn al-Khattab

Anak ibu

Persis ibu yang mahu melepaskan anaknya berjalan sendirian, sedang anaknya baru lepas bertatih. Ibu yang risau andai anak tersadung kaki sendiri lalu jatuh tersembam.
Ibu yang khuatir andai anaknya tidak bisa mengimbangi badan lalu terdorong sendiri ke kanan, ke kiri, depan mahupun belakang.
Ibu yang bimbang andainya di sepanjang perjalanan, anak itu mungkin tersalah arah... lalu tersesat.
atau mungkin terjumpa serigala di pertengahan jalan dengan memakai pakaian nenek.

Suratannya, ibu tetap harus melepaskan anaknya pergi.
Walau dengan bermacam khabar berita daripada anak di sana.
Ada yang mengkhabarkan, "Saya rasa terapung-apung..".
Lalu ibu sedikit gundah..mengapa anaknya bisa terapung sedang ibu baru mengajarnya berjalan?
Atau mungkin anak itu malah lebih hebat kerana bisa mengapungkan diri?
Ada anak yang sedikit keliru..
dunia sini tidak sama dengan dunia sana.
Cuacanya, orangnya, perasaannya...semuanya.
Alhamdulillah, semua masih di jalan-Nya. Cuma kadang-kadang ada yang menumpang kenderaan yang berbeza.
Ibu tidak marah andai anak-anak menaiki kenderaan yang lain. Kerana jalan kita masih sama.
Cuma kadang-kadang ibu ini bimbang, kerana ibu tidak cukup mengenali pemandunya.
Malah lebih sedih apabila tidak dapat mengetahui perkembangan anaknya.
Tapi ibu sedar. Anaknya bukan milik dia, tetapi milik Allah.
Moga anak itu tetap dipilih berada di jalan-Nya. Diberi yang terbaik sesuai dengan dirinya.

dan Ibu tidak kecewa andai anak-anak sudah lupa.
Kerana dalam da'wah ini, Ibu belajar...
hanya mengharapkan balasan daripada Sang Pencipta
bukan dari yang selain-Nya.

Sunday, November 29, 2009

Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu


"Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu", which translates roughly as The summit where Tamatea, the man with the big knees, the climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his nose flute to his loved one. At 85 letters, it has been listed in the Guinness World Records as one of the longest place names in the world.

Sometimes, things are just too hard to be described in words.



Friday, November 27, 2009

Segitiga Cinta


Saya teringat pertemuan kali pertama dengan dia. Saat itu saya di dalam tren. Di suatu sudut, saya terlihat dia. Berdiri dengan wajah selamba dengan headphone melekap di kepala. Sungguh, tren yang semakin sempit diasak penumpang itu langsung tidak menukar riak wajahnya. Tiba di stesen itu, saya turun dan memanjat tangga untuk ke bahagian sebelah. Tanpa disangka, dia pun turun dan berjalan betul-betul di hadapan saya! Peluang untuk saya menelitinya dengan lebih dekat. Ah, dia punya stail tersendiri! Lihat saja kasut dan begnya. Ada gaya!

Keluar dari stesen saya segera berjalan ke destinasi. Nun, dia sudah bergerak jauh di hadapan. "Dia tinggal dekat-dekat sini kah?" Saya cuba berjalan cepat-cepat. Dia berjalan pantas, walau tetap kelihatan tenang dan bersahaja. Headphone masih melekap di kepala. "Honk!" sebuah kereta berhenti di belakang saya. Seorang wanita muda membuka tingkap keretanya, "Nak ke mana? Jauh berjalan.." Saya tersenyum, "Tak jauh dah pun. Duduk di Jalan X je...". "Dekatlah dengan rumah akak. Naiklah!". Hawa sejuk yang mencuri-curi keluar daripada keretanya benar-benar menggoda saat berdiri di bawah terik mentari. "Hm, ok juga. Terima kasih kak!"
Kereta bergerak laju memintas dia yang berada di hadapan tadi. "Ah, terlepas!" gumam hati kecil saya.

Tiba di destinasi dan baru melepaskan lelah seketika, tiba-tiba pintu diketuk. "Assalamualaikum!". Saya membuka pintu. Ah, dia yang di stesen tadi! Tersenyum dengan plastik berisi pisang goreng di tangan. dan saat itu kisah kami bermula...

Dia kakak yang banyak memberi inspirasi kepada kami. Kakak yang sempat menitip kasih kepada kami saat menjadi kakak sulung dalam keluarga kami walau hanya sebentar. Kakak yang tujuh tahun merantau, menyudahkan pengajian hingga sarjana di negara antah berantah dengan entah berapa saja pelajar perempuan muslim melayunya. Apatah lagi negara itu begitu memberi tekanan kepada muslimah berhijab.

Saya masih teringat. Di suatu malam, kakak di hadapan lappy kesayangan. Tekun dengan headphone melekap di telinga. Sedang berusrah online dengan sisters di negara antah berantah itu. Malam sudah lewat dan saya tidur. Di awal pagi, saya bangkit dan kakak masih setia di hadapan lappy. Ah, langsung tidak tidurkah? Terdengar kakak berbicara manis di hening pagi itu. Subhanallah. Lalu esoknya kakak menjelaskan. Biasanya usrah mereka paling kurang 8 jam. "Kakak tidak tidur langsung?", saya bertanya. "Heh. Sempat tidur sekejap masa mereka baca surah al-Mulk" Masya Allah. Saya benar-benar kagum dengan mereka. Walau sangat susah bersua walau di negara yang sama, mereka tidak pernah mengalah. Jika kita benar-benar mahukan sesuatu, tentu kita akan lakukan apa saja cara dengan bersungguh-sungguh. Ah, kadang-kadang saya perlu bertanya pada diri sendiri..sejauh manakah kesungguhan saya selama ini? Atau apakah saya sebenarnya lebih bijak mencipta alasan?

Sungguh tak disangka. Seperti baru semalam kisah pertemuan kali pertama itu terjadi. Kali ini sudah menerima undangan perkahwinannya pula. Moga kakak selamat membina segitiga cintanya. Segitiga cinta dengan Allah di puncak atas segitiga! Moga berada di fasa kedua bisa melajukan lagi da'wah. Baitul muslim itu bukan sahaja penyatuan dua jiwa, tetapi penyatuan dua keluarga yang bakal membawa kepada fasa masyarakat pula!


p/s: Juga buat mereka yang memeriahkan hujung tahun ini dengan walimah. Mabruk wa barakallahu fikum! Selamat membina segitiga cinta, bukan cinta tiga segi ya!

Sederhana itu mendamaikan

Saya sukakan Aidul Adha ini. Tenang dan damai. Saat melangkah ke ruangan solat, semua menyapa dengan senyuman mesra. Salam dihulur walau entah siapa. Malah diraikan dengan saling menjemput untuk bertandang ke rumah. Tanpa mercun dan iklan khas untuk memeriahkan suasana, saya kira Aidul Adha malah lebih terasa meriahnya. Meriah dengan keikhlasan!

Benar. Andai di Aidulfitri sering kalut menguruskan semua; pakaian, rumah, makanan. Aidul Adha yang disambut serba sederhana itu lebih terasa indahnya. Indah kerana tidak disibukkan dengan hal remeh. Tenang kerana punya kesempatan untuk menyelami makna. Bertakbir dengan penuh rasa. Malah kelihatan semua orang pun begitu. Kerana sambutan yang sederhana ini, kita punya masa untuk bertegur sesama tetangga. Meluangkan masa berziarah dan menjamu mesra.

Indahnya hidup bersederhana pada dunia, tetapi meriah dengan rasa akhiratnya!

Thursday, November 26, 2009

salam aidul adha


Salam Aidul Adha everyone!
Let's get ourselves Qurban-ed. Getting closer to God.
Takbeer, Allahu Akbar!!

A nice note to share,
"Barangsiapa mencari Allah, ia mendapatkan kekhusyukan. Barangsiapa mengejar kekhusyukan, ia kehilangan Allah"

Hatiku menangis

Bingung.
Semua berlaku dengan pantas.
Aku tersepit.
Terkedu. Diam seribu bahasa.
Bagaimana harus kulakukan?
Hatiku menangis.
Oh, Tuhan. Ampuni aku!!

Hari ini aku menangis lagi.
Betapa lemahnya aku saat itu.
Oh, Tuhan. Jangan biar mimpi ngeri itu kembali!

Misteri takdir


Biasanya topik ini yang paling hangat dibicarakan. Usaha dan hasil. Tidak semudah itu untuk beriman dengan suatu doktrin yang telah begitu lama diasak. Malah sejak kecil lagi kita telah dididik untuk mempercayai setiap usaha kitalah yang memungkinkan hasil sesuatu. Lantas kita malah percaya, usaha kitalah yang menentukan hasil itu bagaimana. Sehingga sepertinya kita terlupa, segala itu tentunya di bawah takdir Tuhan yang Maha Bijaksana. Seperti yang kita harus yakini dalam rukun iman yang keenam. Qadarullah!

Mari kita telusuri di balik kisah-kisah yang sudah biasa kita dengar, tapi mungkin terlepas ibrah di balik tirai yang dikisahkan. Kisah ibunda Hajar kita saat mula ditinggal sendirian dengan bayinya Ismail di tengah-tengah padang pasir gersang. Lalu di panas yang mencengkam, Ismail menangis kehausan. Berlarilah ibunda Hajar ke sana ke sini, dari puncak Safa ke Marwa, berulang-alik. Mungkin saja tika itu ibunda tahu bahawa tiada air di sana, jadi mengapa harus diulangi larian yang sama yang melelahkan? Kerana tingginya iman, seperti kata ibunda saat Ibrahim mahu meninggalkan, "Jika ini perintah Allah, maka tentunya Allah tidak akan menyia-nyiakan kami!" Ibunda Hajar tetap meneruskan larian, walau sepertinya tiada langsung kelihatan mungkinnya air di sana. Mungkin tika itu, ibunda hanya mahu memperlihatkan kepada Allah, kesungguhan dan imannya!

Lantas Allah memperlihatkan keajaiban. Air zam-zam yang memancar! Bukan dari jalan-jalan yang ditelusuri ibunda Hajar, tapi dari hentakan kaki si kecil Ismail! Begitulah keajaiban takdir Tuhan, yang terkadang muncul bukan daripada usaha dan ikhtiar yang kita lakukan.

Mari belajar pada Hajar bahwa makna kerja keras itu adalah menunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Mari bekerja keras seperti Hajar dengan gigih, dengan yakin. Bahwa Dia tak pernah menyia-nyiakan iman dan amal kita. Lalu biarkan keajaiban itu datang dari jalan yang tak kita sangka atas kehendakNya yang Maha Kuasa. Dan biarkan keajaiban itu menenangkan hati ini dari arah manapun Dia kehendaki.

Bekerja saja. Maka keajaiban akan menyapa dari arah tak terduga.

Takdir itu misteri. dan kerana misterinya takdir, kita diberi kebebasan oleh Allah untuk bercita-cita dan merancang. Ah, andai kita tahu segala takdir di hadapan...maka hilanglah semangat dan terbantutlah ikhtiar! Kerana takdir itu misteri, tugas kita ialah untuk bercita-cita, merancang dan tetap terus berusaha dengan keyakinan bahawa Allah menentukan yang terbaik buat kita!

Wednesday, November 25, 2009

Malam semakin gelap

Malam semakin gelap.
Hitam pekat. Tanpa sekelumit cahayapun.

Nun di seberang, musuh bertebaran.
Berselimut dalam gelap pekat malam dengan pedang terhunus.

Ada kisah di balik perang Ahzab. Perang yang benar-benar menggoncang iman. Musuh yang datang dari pelbagai arah, dari luar dan dalam Madinah. Dari yang bersekutu, yahudi dan munafiq. Perang yang tidak sempat pun untuk melepaskan lelah. Serangan bertubi-tubi tak pernah reda dari pagi hingga tengah malam. Aneh, semakin hebat tentangan dan semakin gelap malam, semakin tinggi imannya para sahabat akan kejayaan Islam.

"Dan tatkala orang-orang mu'min melihat golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya." Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan kedudukan."
(Al-Ahzab, 33: 22)

Aneh, bukan? Dari mana keyakinan agung ini bermula?

Ada mufassir yang berpendapat, Allah memberi taufik melalui pengajaran malam dan siang.
Perang Badar yang tanpa diduga, menguji iman dengan terpaksa berlawan dengan ayah, adik-beradik dan kerabat sendiri. Lalu di Perang Uhud malah lebih menyakitkan, dengan kekalahan sesudah hampir berjaya. Terus diuji dengan Perang Ahzab yang lebih-lebih lagi mencengkam ketakutan.

Lalu ahli Iman berbicara dengan imannya,
"Malam semakin gelap. Insya Allah kita semakin dekat dengan fajar. Allahu Akbar!"


Berada di kalangan masyarakat dan merasa betapa gelap pekat jahiliyah yang semakin mencengkam, kadang-kadang menyesakkan. Lemas sehingga kadang-kala ditiup rasa putus harapan. Harapan itu masih ada, tentunya.

Gelap malam ini bukan hanya gerhana, tetapi tanda fajar bakal menyingsing tiba!


- petikan kisah Perang Ahzab dari Jalan Cinta Para Pejuang

Jalan Cinta



Sibuk sangatkah saya sehingga begitu jarang menconteng di sini? Oh tidak, hanya masalah internet di rumah. Entah sejak menggunakan router baru, lappy kesayangan ini tidak ngam pula. Tak apalah, mujahadah sedikit nak menggunakan internet.

Baru ketemu cinta baru, sebuah buku yang sangat berkhasiat! Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim A. Fillah. Ini pertama kali saya membaca tulisan Pak Salim. Nyata, keren banget sih! Persis, ada persamaan dalam pemikiran kami. Habis dikelek buku itu ke sana sini. Tak mahu lepas! Dek poket kosong, hanya mampu meminjam buku dari teman-teman. Alhamdulillah, bisa juga menyedut sesuatu yang berkhasiat buat jiwa.

Terlalu banyak yang mampu dikutip sekitar buku tipis ini. Bisa mengkoreksi diri dan memperbetul tanggapan yang selama ini mungkin kurang jelas.

Buku ini diawali dengan langkah pertama: memperkenalkan cinta! Mengapa? Kerana cinta itu bisa membuatkan seseorang itu gila dan melakukan sesuaut diluar batas kemampuan yang disangkanya! Ah, tinggalkan tanggapan-tanggapan cinta yang dikotori oleh cinta murahan dramatis. Cinta itu anugerah hebat dari Pencinta Agung. Seperti yang dijelaskan oleh Fudhail bin Iyadh, harusnya melakukan sesuatu ibadah itu kerana cinta adalah tingkatan tertinggi keimanan. Lalu, mengapa tidak berjuang dengan penuh rasa cinta? Cinta kepada Pencinta Agung itu, tentunya!

Lalu di awal buku ini diingatkan bahawa perjuangan kita bukan Amor vincit omnia, tetapi menaklukan cinta untuk perjuangan ini. Mungkin sebahagian pembaca yang tidak terbiasa dengan tokoh-tokoh psikologis berasa janggal dengan penerangan daripada teori-teori yang dibawa. Tetapi jangan jadikan ini sebagai peluntur semangat untuk membaca, teruskan saja. Mungkin bisa menggerakkan pemikiran dengan perbincangan ilmiah yang dibawa. Pada saya, teori segitiga cinta Sternberg itu sekurang-kurangnya menjelaskan serba sedikit bahawa mungkin bekalan untuk menggerakkan cinta itu ialakh melalui komitmen. Sanggup berjuang dan berkorban!

Di bahagian kedua buku ini, diterangkan mengenai keadaan dunia hari ini. Sedikit membuka minda yang selalu saja ketinggalan dengan tsaqafah lainnya. Pernah anda dengar tentang uberseksual?

Maka di bahagian ketiga buku ini, ditunjukkan jalan cinta para pejuang dan bahagian-bahagian yang harus dikuasai dalam membangun diri sebagai pejuang penuh cinta buat Rabbnya. Jelas, bahagian ini sungguh menarik kerana banyak diselit kisah-kisah sahabat dan sirah lainnya. Mahu dikongsi di sini, terasa seperti mahu menulis seluruh buku pula!

Maka bacalah bagaimana kisahnya Syeikh Ahmad Yassin.
juga Tumuhat sang pembuka Konstantinopel.
Kisah Sa'd bin Ubadah dengan cemburunya.
Atau Qais anaknya, akan betapa dermawannya dia!
Mungkin saja ada teladan di balik Abdul Rahman bin Auf dalam merencana.
Juga daripada Uthman bin Affan yang suci hatinya.
Atau mungkin saja daripada Nailah isterinya, saat mengahwini Uthman di usia 18 tahun sedang Uthman berumur 80 tahun.
Malah inspirasi dari Yusuf, yang memimpin angkatan ke Baitumaqdis.

Mereka semua pejuang-pejuang penuh cinta. Cinta yang diertikan bukan saja pada kata sifat tetapi kata kerja!
Kerana cinta itu bukan bererti hanya menunggu rasa itu muncul, tetapi harusnya diri ini digerakkan untuk merasakannya!



Monday, November 16, 2009

Sekolah jahiliyah




Hari ini banyak guru mampu tersenyum. Hari yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu sekian lama. Esok SPM bermula manakala pelajar lainnya mula bercuti. Ah, gembira sungguh hati guru-guru apabila pelajar nakal-nakal yang lepas-habis-exam-pun-sibuk-nak-datang sekolah-buat-kacau akan pulang bercuti dan dapatlah mereka berlepas tanggungjawab dengan masalah pelajar. Oh, esok guru-guru masih terpaksa ke sekolah, juga untuk sepanjang minggu. Cuma saya diberi tugasan istimewa menemani pelajar-pelajar ke kem khas buat pelajar-pelajar delinkuen dan bermasalah sosial. Kata mereka, "Oh nanti bolehlah belajar bagaimana nak kawal pelajar". Oh!

Cuti sekolah ini lebih merisaukan saya sebenarnya. Cuti sekolah ini bererti bermulanya persekolahan jahiliyah bagi mereka. Walau cuma untuk kurang dua bulan, tetapi guru-guru mereka malah lebih hebat, lebih cantik dan lebih menarik. Entah selepas dua bulan ini mereka malah berjaya melompat ke tingkatan berapa di sekolah jahiliyah itu. Lalu di awal tahun seterusnya, para guru terpaksa menghadapi pelajar-pelajar yang dibelenggu gergasi jahiliyah yang lebih ganas dan menggerunkan.

Jahiliyah hari ini bukan lagi kayu dan batu seperti dulu. Seperti kata Syed Qutb, "jahiliyah yang dihias dan didandan indah" sehingga mungkin langsung tidak nampak persis jahiliyah. Musang yang bukan setakat menyamar dengan memakai bulu biri-biri, tetapi musang yang siap membuat pembedahan plastik kelihatan seperti biri-biri yang paling menawan. Lebih menakutkan, jahiliyah cantik menawan ini bukan sahaja mempesonakan mereka yang kurang dalam agamanya, tetapi sesiapa saja dengan latar belakang yang berbeza.

Jahiliyah hari ini bukan saja dikaburi sehingga tidak nampak jahiliyahnya sangat, malah lebih hebat lagi kononnya kelihatan Islami. Persis menampal logo halal sesuka hati pada tin yang isinya mungkin cukup dengan sedikit-sedikit bau Islami. Malah lebih kejam lagi apabila nilai Islami itu menjadi satu tarikan atau promosi untuk melariskan produk jahiliyah mereka. Pada satu sudut yang lain kita mungkin berasa gembira kerana ini menunjukkan permintaan masyarakat terhadap produk Islami masih tinggi. Tetapi dari sisi negatif yang lebih besar, hati-hati suci yang merindui produk Islami diracuni sedikit demi sedikit oleh jahiliyah yang tersembunyi dalam produk-produk yang kononnya Islami itu.

Mungkin ada yang mempersoalkan, "buang saja yang buruk, ambil yang baik. Kitakan sudah mumayyiz?" lalu menjadikan ini sebagai alasan untuk sesuatu yang sebenarnya didasari kepada kemahuan al-Hawa' yang lebih utama. Lalu, harus ditanya kembali. Sejauh mana baik itu lebih banyak dari buruknya? Atau sejauh mana baiknya itu memberi manfaat pada diri kita?

Andai kalian melihat sendiri betapa masyarakat ini memerlukan come-back yang besar dan betapa ramai yang sedang kelemasan dan terpaksa dilemaskan, maka masih adakah masa untuk anda bergoyang kaki menonton tivi setiap jumaat malam jam 9 itu? (baca: contohnya)

Sekolah jahiliyah hebat menawarkan jahiliyah dalam pelbagai rupa, cantik dan mempesonakan. Menarik hati-hati untuk mencipta seribu alasan untuk membenarkan diri berendam dalam jahiliyah yang busuk.
Bagaimana dengan kita?

Thursday, November 12, 2009

Rehat?

Rasa rindu yang sepertinya tidak mampu dibendung lagi. Tiba-tiba rasa sangaaaaaaaaaaaaaaat jauh dengan semua orang. Walaupun jarak agaknya tidaklah lebih daripada tiga jam, tidaklah duduk di kawasan terpencil dikelilingi kelapa sawit atau estet-estet, tetapi saya berasa sangat rindu. Walaupun baru minggu lepas saya cuba bertemu beberapa wajah pengubat rindu, saya sudah kembali merindui mereka. Secara jujurnya, saya berasa tidak sanggup untuk memandang wajah mereka. Saya segan untuk menangis walau hati ini tidak tertahan-tahan lagi untuk menumpahkan segala rasa. Saya cuba buat muka selamba, bergelak-ketawa, bergurau-gurau seperti biasanya saya menyakat kakak yang sedikit blur itu. Oh, hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya untuk kembali!!!!!!!!

Sepertinya mahu menangis kerana mempunyai masa yang sangat sedikit untuk bersama mereka. Ah.. dan saya terpaksa kembali melalui hari-hari berat yang jauh daripada mereka. Dua hari pertama di sekolah saya benar-benar keletihan. Sehinggakan ada pelajar yang bertanya sama ada saya sihat atau tidak. Hari-hari masam saya di sekolah agaknya. Kelmarin saya demam. Alhamdulillah, cuma untuk satu malam. Saya fikir mungkin ajal saya sudah semakin dekat dan sememangnya ia merunsingkan dek memikirkan timbangan amal yang tidak seberapa. Saya sangat bersyukur keranan diberi peluang hidup untuk hari ini. Hidup uintuk mencari sebanyak-banyak kurniaNya dan memperbaiki diri dan amalan. Nampaknya bukan saya saja tidak sihat dua tiga hari ini. Internet di rumah pun seperti ada pasang-surut moodnya. Lalu perasaan seolah terpinggir di desa terpencil kadang-kadang menjelma.

Sukarnya memahamkan orang dengan kehendak dan keinginan kita. Apatah lagi meletakkan diri kita untuk memahami orang lain. Betapa saya mengharap andainya mereka faham bahawa saya merindui perjalanan membelah pekat malam untuk duduk dalam bulatan-bulatan bercahaya itu. Betapa saya mengharap mereka faham bahawa tidak mengapalah berpenat-penat dan bersusah-susah andainya kita tahu bahawa untuk mendapat syurga Allah itu bukan sesuatu yang mudah. Betapa saya mengharap andainya mereka tahu bahawa Allah akan membantu mereka yang membantu agamanya. Betapa saya mengharap mereka faham bukan semua bulatan sama rasanya dengan bulatan yang saya selama ini rasakan. Silibus mungkin sama, tapi praktiknya berbeza! Persis memasak dengan bahan yang sama, tetapi teknik yang berbeza pasti menghasilkan rasa yang berlainan. Lalu bagaimana saya mahu meninggalkan makanan yang saya rasa terbaik pernah saya rasai selama ini. Makanan yang telah banyak membantu membina perubahan dalam diri saya seperti pada hari ini.

dan betapa saya mengharap agar mereka tahu bahawa bukan saya sahaja yang melakukan cara ini, ada mereka yang lebih bersusah payah lagi. Sanggup menempuh tiga-empat jam perjalanan dari timur ke barat, seorang diri, mengejar bulatan mingguan di samping on-call yang tidak berkesudahan. Pulangnya di awal pagi dan terus masuk kerja. Lalu bilakah masanya mereka berehat andai sepanjang malam pun dihabiskan untuk memandu?

Pasti kelihatan seperti melakukan kerja gila. Tetapi bagi seseorang yang menginginkan syurga sepenuh hatinya...pasti sanggup melakukan apa saja yang terdaya.

Lalu, bilakah masa rehat kita?
Rehat kita di syurga!

Oh, Tuhan. Andai aku terlalu banyak berehat kala ini, layakkah aku untuk berehat-rehat di syurgaMu? T_T

Monday, November 9, 2009

bulatan suci

Dia fikir dia sudah hampir mati.
Nafas kian mendesah.
Dada berombak ribut taufan.
Masakan baru dua minggu sudah terganggu seluruh urat saraf fikiran?
Mungkin dia kerasukan.
Mungkin juga ketagihan.
Yang pasti, bukan gila meroyan.

Dia cuba melawan setiap rasa yang menyelimuti jiwa.
Tarikan jahiliyah yang menggoda untuk melumur pelusuk hati.
Seperti sudah hampir separuh nyawa.
Dia cuba menggunakan sisa tenaga yang ada.
Mahu bangkit, tapi seakan ada tangan-tangan ghaib yang memaku seluruh tubuh.
"Tidurlah....malam masih panjang. Mimpikanlah yang indah-indah."
Lalu dia kembali terbuai diulit mimpi dusta dunia.

Astaghfirullah!
Bagai direntap jantung itu seketika.
Nafas kembali mendesah kencang.
Sekencang Adiyat berlari menghamburkan debu-debu medan perang.
Dia mahu bangkit berdiri biar tertiarap berulang kali.
Dia mahu tetap berlari walau terpaksa merangkak membuang duri.

Benar.
Dia rindu untuk kembali.
Membasahkan hati dalam renungan kasih penghuni bulatan suci.

Saturday, November 7, 2009

mengetuk pintu hati


Saya fikir mungkin saya sudah jatuh cinta dengan karier sebagai guru. Aneh bila ada yang bertanya apakah saya menyesal menjadi guru. Subhanallah, andai kita melihat tugas sebagai da'i itu bukan hanya terikat kepada usrah, program atau individu-individu dalam niche tertentu, pastinya kita akan merasa betapa tugas da'i itu tersangat luas. Apatah lagi apabila dianugerahkan dengan tugas sebagai guru. Saban tahun diberi mad'u-mad'u baru untuk disantuni. Lalu, bagaimana mungkin saya mahu menyesal? Apa juga kerjaya yang kita lalui, tidak seharusnya terpisah dengan tugas sebagai khalifah itu. Setiap mereka yang berada di samping kita adalah mad'u dan punya hak untuk menerima keharuman da'wah yang kita bawa. Bukan begitu?

Apa saja kekurangan yang ada dalam karier yang sedang kita lakukan kini, seharusnya dilihat dari sudut yang positif dan menggunakan kelebihan yang ada dengan semaksimanya agar segala kekurangan itu kelihatan sekecil habuk saja. Cuba hargai segala kesempatan yang diberi setiap hari untuk mengalirkan da'wah yang suci. Andai bukan hari ini kita melihat benih yang disemai membuahkan hasil, kita tetap menjadi petani-petani yang membanting tulang untuk menuai hasilnya di akhirat. Lalu, seharusnya kerja yang dilakukan itu disertakan dengan ikhlas, ihsan (to the perfection) dan itqan (the very best).

Dalam dua minggu memulakan tugas di tempat baru, saya cuba belajar daripada peristiwa yang berlaku. Masya Allah, sepertinya kerjaya ini merupakan latihan yang baik untuk melatih diri berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragamnya. Bukan sahaja dengan pelajar, tetapi juga dengan guru-guru. Saya teringat bagaimana Allah mentarbiyah Rasulullah dengan pelbagai peristiwa dalam persiapannya menerima tugas sebagai da'i. Antaranya ialah tarbiyah untuk mendidik diri dengan sifat sabar, santun dan berkasih sayang. Betapa cantiknya susunan peristiwa dalam setiap tarbiyah Ilahi itu.

Kisah di sekolah

Baru saja saya memulakan peperiksaan di kelas no 10 (kedua terakhir dalam tingkatan 2), pelajar-pelajar sudah mula membuat bising. Bersembang seolah-olah bukan sedang menjalani peperiksaan. "Tolong senyap!", saya cuba berlaku tegas. Sayup-sayup di belakang kelas, ada pelajar yang cuba mengajuk saya dan kelas kembali bising dengan hilai tawa. Subhanallah, sepertinya ada lapisan sabar di hati yang diberi Allah sehingga saya tidak merasa apa-apa dilakukan begitu. Tidak semena-mena guru disiplin yang digeruni mereka lalu di sebelah kelas dan terus mengarahkan pelajar untuk berdiri. Mereka terdiam dan terpaksa menjawab soalah peperiksaan sambil berdiri. Lalu saya dengan sinisnya melihat jam, "Oh, awak ada masa 45 minit lagi..teruskan menjawab!". Selepas seketika, guru disiplin itu kembali dan membenarkan pelajar-pelajar duduk. Kali ini saya cuba untuk mendekati pelajar-pelajar yang membuat bising. Tanpa prejudis saya cuba untuk berborak-borak dengan mereka dan cuba memahami situasi mereka. Saya cuba menawarkan diri untuk membantu di mana yang perlu. "Cikgu, saya tak tahu apa pun. Saya selalu ponteng", jawab pelajar perempuan itu. "Kenapa ponteng?". "Sebab nak jadi otai!!"

Minggu ini saya masuk lagi ke kelas itu. Kali ini untuk membincangkan kertas peperiksaan sains mereka. Hanya beberapa orang pelajar yang betul-betul mahu belajar. Pelajar lelaki yang di belakang kelas buat tidak mahu menyertai mereka. Lalu, saya meminta mereka mengemas sampah di belakang sambil saya mengajar kepada mereka yang mahu belajar. Pelajar itu lantas mengeluarkan sampah dari dalam mejanya dan mencampakkan ke lantai, mungkin tanda protes. Sekali lagi saya sangat bersyukur diberi lapisan sabar oleh Allah sehingga saya tidak berasa apa-apa diperlakukan begitu. Saya terus menyambung perbincangan dengan pelajar yang lain dengan gembiranya. Pelajar yang di belakang kelas hanya memandang saya dengan senyap.

Esoknya saya kembali ke kelas no 10 itu. Kali ini mereka yang di belakang kelas mula untuk mengerumuni saya bersama-sama dengan pelajar yang lainnya. Kalau sebelumnya ada yang menghilangkan diri dan ponteng kelas, kini mereka tetap berada di dalam kelas walaupun tidak mahu belajar. Ah, sekurang-kurangnya mereka tidak ponteng kelas! Kalau sebelum ini mereka membisu, kini sudah riuh mahu bercakap dengan saya. Walau tiada yang berkenaan dengan pelajaran mereka!

Di masa yang lain saya ke kelas no 9 yang bersebelahan. Mengejutkan apabila pelajar-pelajar kelas no 10 itu turut menyibukkan diri untuk berada di kelas ini. Terutamanya mereka yang berada di belakang kelas tempoh hari. Mereka tidak berbuat apa-apa, hanya duduk dengan senyap untuk melihat saya berbincang dengan pelajar kelas no 9. Mungkin ini satu permulaan, atau mungkin terlalu awal untuk saya membuat justifikasi terhadap perlakuan mereka dalam satu tempoh pendek percubaan menggunakan pendekatan kasih-sayang. Tetapi pendekatan ini sepertinya jauh lebih menyenangkan hati. Saya dapat mengenali pelajar lebih dekat dan mereka juga kelihatan lebih mudah untuk diuruskan. Sepertinya saya gembira bersama-sama dengan mereka yang kononnya bermasalah ini. Cuba menghilangkan perasaan prejudis walau sebusuk mana mereka dengan bau rokok atau betapa kotornya gigi-gigi pelajar perempuannya yang mungkin kerana banyak merokok. Saya cuba untuk tetap menyantuni mereka dan melayan mereka dengan kasih sayang.

Luruskan niat. Semoga Allah melembutkan hati-hati mereka agar memahami tugas sebagai muslim itu. Teringat kata-kata mentor saya di sekolah ini, "Pelajar-pelajar ini sudah hilang Tuhan dalam diri mereka dan menjadi tugas kita untuk kembali meletakkan Tuhan itu dalam diri mereka"

Subhanallah. Semoga Allah tetap mengurniakan saya dengan kesabaran dan kesabaran serta mohon diberi petunjuk atas setiap tindakan.

Jahiliyah itu semakin mengancam. Dari hari ke hari, masyarakat sepertinya mahu membina zaman jahiliyah itu kembali. Apatah lagi bila banyak merasakan "kubur masing-masing..." lantas terlupa bahawa kita semua bakal dipertanggungjawabkan.

Harus diingat, andai kita masih tidak berbuat apa-apa atau berasa cukup dengan apa yang kita telah lakukan sekarang, kita seolah-olah sengaja membiarkan jahiliyah itu bertukar menjadi raksasa. Andai tiada da'wah, maka tiadalah permulaan untuk mengecap kembali zaman kegemilangan Islam sebagai World Order yang kita impi-impikan.

Ayuh, kita persiap diri menjadi batu-batu yang paling kukuh. Juga membina batu-batu lain agar sama-sama membangun kembali rumah Islam kita.

Kuatkan Iman, Teguhkan Amal!


Jangan pernah berhenti berlari mengejar mimpi
-Laskar Pelangi

Thursday, November 5, 2009

Ama Zilna



Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Care-taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him?... or have we forgotten..
that His servants... we are


In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Glorious Care-taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him?... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah's
My soul is Allah's
My wealth is Allah's

Tuesday, November 3, 2009

Have we Qurban ourselves?


Entri khas sempena Aiduladha yang tidak lama lagi. Selalunya apabila bercerita tentang Aiduladha, terbayanglah lembu-lembu yang disembelih. Bukan begitu? Atau mungkin cerita-cerita di tivi mengenai PENGORBANAN. Entah apa sebenarnya yang dikaitkan dengan pengorbanan itu dengan Aiduladha agaknya.

Teringat semasa di kolej dahulu saya rajin menulis. Salah satunya ialah skrip Choral Speaking bertajuk AidulAdha untuk suatu pertandingan. Ditakdirkan Allah, pasukan kami menang tempat pertama! Kembali mengenangkan saat itu, saya berasa cukup malu. Ah, entah apa-apa yang saya tuliskan tentang AidulAdha saat itu. Kisah seekor lembu yang bernama Salman, takut untuk disembelih dan akhirnya redha selepas mendapat tahu akan bertemu Tuhan. Kasihan lembu-lembu yang sudah sedia muslim disalah ertikan oleh saya dalam skrip itu.

Maaf, saya kadangkala mempunyai imaginasi yang pelik sedikit. Mungkin sebab itu barisan hakim sanggup menerima idea pelik dalam skrip itu yang tanpa disedari sebenarnya membawa ajaran songsang tentang hakikat AidulAdha sebenar. Saya ketika itu masih dalam gelap kelam jahiliyah. Moga entri khas sempena AidulAdha kali ini membawa erti yang lebih baik.

Seringkali kita memanggil AidulAdha sebagai Hari Raya Korban dan selalunya dikaitkan dengan pengorbanan. Cereka-cereka di televisi tentang pengorbanan seorang bapa kepada anaknya, ibu kepada bapanya atau apa saja yang berkaitan pengorbanan sehinggakan kita kadang-kadang dikaburi dengan pengertian Qurban yang ingin dibawa.

Qurban yang sebenarnya membawa maksud mendekatkan diri kepada Allah atau meng'karib'kan diri sebagaimana kita menggunakan 'sahabat karib' untuk membawa erti sahabat yang paling rapat. Qurban bukanlah sekadar berkorban atau melakukan pengorbanan tetapi melakukan sesuatu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah daripada pengorbanan yang dilakukan.

Lihat saja, sembelihan yang dilakukan hakikatnya tidak memberi apa-apa kepada Allah secara zahir (kerana daging sembelihan itu akhirnya dimakan oleh manusia juga), maka hakikat Qurban itu bukanlah secara zahir dengan sembelihan itu tetapi bagaimana kita 'menyembelih' bahagian-bahagian jahiliyah dalam hati kita agar seluruh jiwa itu diletakkan tulus untuk Allah.

Maka, sama-sama kita usahakan semoga di hari berbahagia AidulAdha kita dapat raikan dengan jiwa-jiwa yang lebih taqarrub, lebih dekat dan melaksanakan Qurban yang sebenarnya. Walau kita masih bertatih-tatih melangkah mendekatkan diri kepada Allah, Allah akan pantas berlari untuk menyambut kita.

Janganlah kerana masih tidak mampu ber'korban' dengan sembelihan maka kita tidak merasa manisnya AidulAdha ini, tetapi usahakanlah untuk mencari makna sebenar dan berusaha melaksanakan Qurban dalam pengertian mendekatkan diri kepada Allah. Maka bukankah sepatutnya di AidulAdha nanti kita bertanya pada diri, have we Qurban ourselves?

Allahu A'lam.

(Maaf entri berbahasa skema. Sibuk menanda kertas dengan skema jawapan sehingga diri sendiri menjadi skema)

dearest sisters

Dedicated to my dearest sisters all over the world, with love....




let's become the Auliya, the Ansarullah!!

promoting: enjet-enjet semut, welcome to the blogsphere sisters from the States!

Saturday, October 31, 2009

Takut, hormat atau sayang

"Umur cikgu berapa? Macam 14 tahun je?" seorang pelajar bertanya saat kaki mula melangkah masuk ke kelas. Terkedu sebentar. Jika semasa praktikal dulu dianggap berumur 16 atau 17 sudah sukar untuk saya terima, kini berumur lebih muda daripada 3 orang adik saya lebih-lebih sukar untuk dipercaya. Apakah saya ini semakin hari kelihatan lebih muda? Mungkin pada setengah orang itu berita yang menggembirakan. Tapi pada saya, itu red alert bahawa bertambahnya cabaran untuk saya lebih dihormati oleh para pelajar. Mungkin pada mereka saya ini cuma seperti salah seorang pelajar baru dalam kelas, langsung sukar untuk menerima arahan daripada saya.

Menjadi guru pada saya merupakan satu cabaran dan latihan buat diri. Dengan enam buah kelas dengan rata-rata jumlah keseluruhan pelajar mencecah 180 orang kesemuanya, membuatkan saya tercari-cari teknik pantas lagi efisyen untuk mengenali kesemua pelajar, mengingati nama mereka dan mengetahui personaliti mereka. Bukanlah tugas guru itu hanya menjadi penyampai maklumat satu hala, tetapi adalah untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat sesuatu daripada pelajaran yang berlangsung. Cabarannya, pelajar di sini bukanlah calang-calang orangnya. Kebanyakan kelas yang sempat saya masuk, pelajar-pelajarnya langsung tidak berminat untuk belajar: Kaki ponteng, kaki gaduh dan bermacam-macam masalah sosial lainnya.

Saya cuba untuk tidak memandang negatif kepada pelajar-pelajar bermasalah ini. Saya harus bersyukur diberi kemampuan untuk 'membaca' pelajar dan mengenali mereka yang bermasalah ini. Saya cuba untuk melayan mereka sebaik mungkin, sebagaimana saya melayan pelajar yang lainnya. Dan saya cuba untuk tidak bertindak kasar terhadap mereka. Namun begitu, saya tidak pasti apakah cara terbaik dalam menyantuni pelajar seperti ini. Kata guru yang lebih senior, "Jangan baik dan lembut sangat, nanti mereka pijak kepala kita!"

Lalu saya kembali menjejak sirah Rasulullah yang tidak pernah bertindak kasar walau betapa kasarnya masyarakat itu memperlakukannya. Selalu saja hati ini bertarik-tali, antara mahu membuatkan pelajar berasa takut, hormat atau sayang. Tentunya pilihan yang ketiga itu ialah yang terbaik. Tetapi, untuk merealisasikannya perlu usaha besar yang bijaksana. Pilihan pertama ialah pilihan yang lebih mudah bagi memastikan pelajar tunduk kepada arahan. Namun ada sisi negatifnya iaitu akan melahirkan rasa benci dalam diri pelajar. Pada hemat saya yang masih cetek pengalaman dan pengetahuannya, cuba bergarang-garang dengan pelajar bukanlah suatu tindakan yang cukup bijak. Pelajar sudah puas dimarahi dan dileteri saat di sekolah dan mungkin juga di rumah. Mungkin kebaikannya kita boleh membuatkan mereka diam dan patuh kepada arahan. Tetapi saat kita tiada, belum tentu mereka akan tetap bersikap demikian.

Mahu mendidik rasa hormat, tetapi sepertinya rasa hormat itu telah dicabut daripada diri mereka. Bagaimana mereka mahu menghormati orang lain sedangkan pada diri mereka sendiri telah hilang kehormatannya? Mereka bermegah-megah menjadi otai sekolah. Malah mereka yang merasakan hebat ini lebih-lebih lagi di kalangan pelajar perempuan pula!

Lalu pilihan terakhir saya ialah menimbulkan rasa sayang itu kembali. Kata seorang kakak, "Da'wah kita ialah da'wah kasih-sayang!". Ya, dan saya mahu percaya dengan rasa kasih dan sayang itu saya mahu memimpin mereka kembali. Dengan rasa kasih dan sayang itu saya mahu mereka merasai indahnya Islam ini. Dengan rasa kasih dan sayang itu saya harus mendidik diri saya dengan kesabaran seluas langit andainya begitu susah mengukir sayang itu dalam diri mereka. Cabaran yang cukup besar untuk digalas kerana mereka bukan bertatih untuk dibentuk dengan rasa takut dan hormat terlebih dahulu, tetapi terus ke peringkat ketiga iaitu pembentukan perasaan sayang. Namun saya percaya, mereka tetap punya hati barang sekeping. Lalu seharusnya saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan tangan, mencantumkan kembali hati-hati ini kepada bentuknya yang sempurna. Andai bukan di tangan saya untuk hati mereka kembali sihat, moga ada tangan-tangan lain yang terus-terus menyempurnakannya.


Saya mengerti, tugas ini bukanlah mudah. Lalu kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu saya kembalikan seluruh pengharapan. Tiada yang memberi kekuatan melainkan Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati.

Maka, saya serahkan hati pertama untuk diperbaiki oleh-Mu.
Hati ini.

Tuesday, October 27, 2009

Morning cuppa


Dearest Sweethearts,

I was thinking to fully utilize my days. Since I would be working in the evening, I guess I might just have plenty of mornings to turn them out into something. It is the exam week anyways, so I don't have the trouble of preparing for my lesson at the time being.

Here is the plan, I would love to offer a morning discussion to start the day. Since many of my dearest sweethearts would be finishing their final exams this week and will be heading home then, we might just start our Morning Cuppa on the next Monday. Now you are going to know the feeling of having an online usrah, and a good way to practice in case you need to have one. heh.

Anyway guys, remember your task before heading home for holidays. I am thinking on having a discussion group of our own. Maybe I would start one so I can just post new memo on the programs during hols. Or maybe we might just discuss the very 1st jaulah of ours.

Well then, if you receive an email offering a yahoogroups, do click on the join/accept link and that's all for confirmation.

Wishing everyone the best for the exams. May Allah guides you and gives you the best the way that He thinks it is.

p/s: Well, I guess I won't be leaving you guys too soon after all. Let's occupy the hols with the goodness of Islam and ukhuwwah.

Love,
your sister.

mencari mutiara


Sekolah yang indah. Sepertinya saya kini benar-benar berada di tengah masyarakat kronik. Realiti yang selama ini bersepah-sepah kita tontoni dalam video-video kita. Inilah masyarakat yang kita sama-sama dahulu tangiskan tak berlagu saat melihat masyarakat muslim di wilayah lain sibuk memperjuangkan Islam dengan darah, tetapi masyarakat kita tenggelam dipaliti sampah. Namun dalam timbunan sampah yang membusuk itu kadang-kadang ada mutiara berharga yang terselit di celahannya. Lalu mutiara inilah yang membuatkan saya kembali bersemangat untuk terus mencari mereka dan menyelamatkan mereka daripada terus tenggelam dalam sampah yang tidak tertahan busuknya itu.

"Cikgu, kenapa ada orang yang bila keluar sekolah tak pakai tudung?" naif sungguh pertanyaan gadis kecil itu. Saya tersenyum. Mungkin inilah mutiara yang dicari. Terdiam sejenak memikirkan jawapan terbaik untuk si gadis. "Mereka lupa...yang kita ada Tuhan. Dan Tuhan sangat berkuasa terhadap kita.." dan kami meneruskan bicara dengan panjang lebarnya. Gadis tingkatan 3 itu menceritakan tentang kawan-kawannya yang hanyut. Merokok, hidu gam, malah ada yang minum arak dan berzina. Saya beristighfar panjang, banyak tugas saya di sini. Si gadis dari Rantau Panjang itu benar-benar menghadapi kejutan budaya saat mula berada di sini. Sudah 2 tahun di sini, namun dia tiada kawan baik walau seorang pun! Lalu saya cuba menasihatinya agar jangan satu saat pun dia terfikir mahu mengikut gaya pelajar di sini. Biarlah disisihkan, saya lebih sedia menjadi teman baiknya. Saya berharap punya authoriti sebagai guru ini sekurang-kurangnya berjaya menyelamatkan hati-hati yang masih punya cahaya.

Sekolah yang indah. Moga lebih indah lagi dengan da'wah dan tarbiyyah.
Walau cuma sekolah biasa-biasa di pinggiran kota, bukanlah mustahil untuk anak-anak ini menjadi luar biasa!
Biar kadang-kadang persoalan "mampukah?" itu tenggelam timbul menodai semangat ini, saya kembali membiarkan gambaran sirah sahabat memukul persepsi negatif tersebut. Ah, 313 Ahlul Badar yang hebat! Huzaifah yang tidak pernah membiarkan gentar menghancurkan misi yang diamanahkan. Malah Abu Ayyub yang tidak pernah berhenti menyertai pasukan menakluki kota konstantinopel biar usianya sudah menggigit. Apakah mereka pernah terhenti dan bertanya diri sendiri, "mampukah aku?". Andai begitu, entah-entah tidak tersampai Islam sehingga di sini. Kerana siapa dapat menjangka yang nusantara ini turut dapat dijejaki?

Inspirasi haidarah

Mereka kata, jangan ada antara cikgu yang bermain pol-itik. Kamu tahu, jawatan kamu gred A. Kategori professional, tiada itik-itik. Faham!

Mereka kata lagi, walaupun negeri ini berbeza tadbirnya. Kita tetap kena bersama dengan yang di tengah. Di sana!

Lagi kata mereka, si ayah yang menyekolahkan anaknya dan memberi anaknya cukup makan-pakai... Anak itu tidak boleh berkata yang itu memang tanggungjawab ayah dan tidak mahu berterima kasih pula.
Benar, ini saya setuju. Kerana anak bertanggungjawab untuk menyayangi ayahbunda. Juga berterima kasih.
Tetapi jika ayahnya itu pendera tegar... Mencekik, memeras ugut dan mengambil hak anaknya malah ada beberapa cubaan membunuh, layakkah dia dihargai?

Pada fikiran saya, mungkin ini yang menyebabkan anak-anak ini memberontak. Mungkin mereka baru sedar yang mereka ini anak tiri cuma. Atau mungkin mereka sedar yang ayah tiri kejam itu sedang memberi kek coklat sedap yang dalamnya ada racun tikus.

Saya tidak suka bermain itik, juga tidak gemar bermain tikus poli-tikus. Tempoh hari semasa membaca kisah siasah di zaman Khulafa' cukup membuatkan saya sedih. Melihat mereka bermain itik dan tikus pada hari ini pula cukup meloyakan saya. Lantas, saya selalu terfikir.. Apakah sebenarnya mereka yang bermain itik dan tikus ini tidak gentar dengan kata-kata Tuhan? Apa yang membuatkan mereka sanggup meninggalkan nilai aqidah demi mendapat apa yang mereka inginkan?

Lalu saya dapat membayangkan betapa berkecamuknya perasaan sang khalifah melihat umatnya berpecah. Mungkin saya patut mengambil inspirasi daripada Haidarah Sang Singa.

Tikus dan itik ini sudah terdesak bermain dalam lumpur dan selut kotor. Andai kita yang beriman pada sunnatullah maratib amal itu masih berlengah-lengah dan bekerja sambil lewa, entah berapa ramai lagi yang bakal terkena lumpur dan selut. Sepertinya hujan sudah mula turun tetapi masih malas-malasan mahu mengangkat pakaian di jemuran. Apakah mungkin pakaian itu terangkat sendiri bila ada hujan yang menitik ke atasnya?

Entri kepalapusing selepas dimesin-basuh dan terngiang-ngiang kisah Haidarah.

Sunday, October 25, 2009

fasa baru dalam hidup


Hari yang bakal membawa saya ke fasa seterusnya dalam hidup sudah tiba. Meluncur ke alam pekerjaan yang dikhabarkan penuh cabaran. Terngiang-ngiang suara murobbi itu, "Gua tak caya sama lu! Selagi lu tak kerja, kahwin dan ada anak tapi masih terus dengan da'wah dan tarbiyah.. Gua tak caya sama lu!" Sungguh, pertama kali bertemu dengannya saya langsung tertaut dengan gaya bersahaja tetapi penuh kata-kata bermakna itu. Sosok "hikmatu syuyukh" yang kadang-kadang terpamer "hamasatu syabab" pada dirinya.

Esok hari pertama ke sekolah. Oh, kembali ke sekolah. Cuma kali ini tanpa uniform tetapi dengan tanda nama khas pegawai gomen. Kali ini bertukar watak dengan peranan saya pada 6 tahun dahulu. Kadang-kadang saya terfikir, benarkah saya betul-betul bercita-cita menjadi guru? Hakikatnya saya tidak pernah begitu memilih dalam sesuatu cita-cita. Saban tahun di sekolah, saya menukar cita-cita saya. Cuma di tahun-tahun akhir pengajian saya berfikir mahu memilih pekerjaan yang mampu memberi saya lebih masa. Mengapa? Kerana saya bercita-cita mahu mempunyai masa untuk menulis. Kononnya suatu ketika dulu saya bercita-cita mahu menulis buku sendiri saat usia mencecah 20 tahun. Tetapi sejak memilih untuk keluar daripada alam fantasi menulis dua tahun lalu, saya membatalkan cita-cita saya itu. Saya risau fantasi saya bisa menenggelamkan realiti sebenar yang harus saya hadapi kini.

Memikirkan kembali, saya berasa kasihan kerana dahulunya hidup untuk mengejar cita-cita di alam kerja cuma. Betapa kecil dan pendek cita-cita itu sedangkan Allah meletakkan cinta agungNya untuk digapai oleh kita untuk menjadi cita-cita yang tiada tolok bandingnya.

Moga di fasa kehidupan yang baru ini, saya tetap teguh berusaha menggapai cita-cita. Bukan cita-cita kecil dan dangkal di dunia, tetapi cita-cita agung dalam memenuhi kehendak Rabbnya. Moga hari esok dan seterusnya di fasa baru universiti tarbiyyah dan kem latihan murobbi ini mampu saya hadapi dengan sabar dan ikhlas.

Tetap teguhkan hati ini ya Allah
Tetapkan kaki ini tetap tsabat di jalan ini
Walau penuh apapun ranjau dan halangannya
Tetap mahu terus di sini!

Friday, October 23, 2009

hundred

They said, it's going to be hundred
and I don't feel that great.

As if there is a huge boulder
that I need to heave on my shoulder.

Oh, Lord!
Please make this boulder lighter
or my shoulder stronger
or anything to You that would be better.

For tomorrow would be the day
of the hundred hearts to lay,
upon You we pray
to help us with anything You may.

Oh, Lord. I have nothing to spare
but for Your forgiveness, I ask in despair.

It's tomorrow, at the beach valley.

Wednesday, October 21, 2009

eyes never lie, but the way we perceive does!

When you miss an opportunity don't fill your eyes with tears,
because you might just miss another better opportunity!

***

Whoever closes his eyes to the light is harming is eyes, but not harming the light.
Whoever closes his mind and conscience to the truth is harming his mind and conscience, and not harming the truth.

The light is a benefit to the one who sees it, not to the lamp.
Truth is a benefit and fairness to the one who is guided by them, not to their guide.

- Dr. Nazmi Luqa in Muhammad: The Message and The Messenger