"Umur cikgu berapa? Macam 14 tahun je?" seorang pelajar bertanya saat kaki mula melangkah masuk ke kelas. Terkedu sebentar. Jika semasa praktikal dulu dianggap berumur 16 atau 17 sudah sukar untuk saya terima, kini berumur lebih muda daripada 3 orang adik saya lebih-lebih sukar untuk dipercaya. Apakah saya ini semakin hari kelihatan lebih muda? Mungkin pada setengah orang itu berita yang menggembirakan. Tapi pada saya, itu red alert bahawa bertambahnya cabaran untuk saya lebih dihormati oleh para pelajar. Mungkin pada mereka saya ini cuma seperti salah seorang pelajar baru dalam kelas, langsung sukar untuk menerima arahan daripada saya.
Menjadi guru pada saya merupakan satu cabaran dan latihan buat diri. Dengan enam buah kelas dengan rata-rata jumlah keseluruhan pelajar mencecah 180 orang kesemuanya, membuatkan saya tercari-cari teknik pantas lagi efisyen untuk mengenali kesemua pelajar, mengingati nama mereka dan mengetahui personaliti mereka. Bukanlah tugas guru itu hanya menjadi penyampai maklumat satu hala, tetapi adalah untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat sesuatu daripada pelajaran yang berlangsung. Cabarannya, pelajar di sini bukanlah calang-calang orangnya. Kebanyakan kelas yang sempat saya masuk, pelajar-pelajarnya langsung tidak berminat untuk belajar: Kaki ponteng, kaki gaduh dan bermacam-macam masalah sosial lainnya.
Saya cuba untuk tidak memandang negatif kepada pelajar-pelajar bermasalah ini. Saya harus bersyukur diberi kemampuan untuk 'membaca' pelajar dan mengenali mereka yang bermasalah ini. Saya cuba untuk melayan mereka sebaik mungkin, sebagaimana saya melayan pelajar yang lainnya. Dan saya cuba untuk tidak bertindak kasar terhadap mereka. Namun begitu, saya tidak pasti apakah cara terbaik dalam menyantuni pelajar seperti ini. Kata guru yang lebih senior, "Jangan baik dan lembut sangat, nanti mereka pijak kepala kita!"
Lalu saya kembali menjejak sirah Rasulullah yang tidak pernah bertindak kasar walau betapa kasarnya masyarakat itu memperlakukannya. Selalu saja hati ini bertarik-tali, antara mahu membuatkan pelajar berasa takut, hormat atau sayang. Tentunya pilihan yang ketiga itu ialah yang terbaik. Tetapi, untuk merealisasikannya perlu usaha besar yang bijaksana. Pilihan pertama ialah pilihan yang lebih mudah bagi memastikan pelajar tunduk kepada arahan. Namun ada sisi negatifnya iaitu akan melahirkan rasa benci dalam diri pelajar. Pada hemat saya yang masih cetek pengalaman dan pengetahuannya, cuba bergarang-garang dengan pelajar bukanlah suatu tindakan yang cukup bijak. Pelajar sudah puas dimarahi dan dileteri saat di sekolah dan mungkin juga di rumah. Mungkin kebaikannya kita boleh membuatkan mereka diam dan patuh kepada arahan. Tetapi saat kita tiada, belum tentu mereka akan tetap bersikap demikian.
Mahu mendidik rasa hormat, tetapi sepertinya rasa hormat itu telah dicabut daripada diri mereka. Bagaimana mereka mahu menghormati orang lain sedangkan pada diri mereka sendiri telah hilang kehormatannya? Mereka bermegah-megah menjadi otai sekolah. Malah mereka yang merasakan hebat ini lebih-lebih lagi di kalangan pelajar perempuan pula!
Lalu pilihan terakhir saya ialah menimbulkan rasa sayang itu kembali. Kata seorang kakak, "Da'wah kita ialah da'wah kasih-sayang!". Ya, dan saya mahu percaya dengan rasa kasih dan sayang itu saya mahu memimpin mereka kembali. Dengan rasa kasih dan sayang itu saya mahu mereka merasai indahnya Islam ini. Dengan rasa kasih dan sayang itu saya harus mendidik diri saya dengan kesabaran seluas langit andainya begitu susah mengukir sayang itu dalam diri mereka. Cabaran yang cukup besar untuk digalas kerana mereka bukan bertatih untuk dibentuk dengan rasa takut dan hormat terlebih dahulu, tetapi terus ke peringkat ketiga iaitu pembentukan perasaan sayang. Namun saya percaya, mereka tetap punya hati barang sekeping. Lalu seharusnya saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan tangan, mencantumkan kembali hati-hati ini kepada bentuknya yang sempurna. Andai bukan di tangan saya untuk hati mereka kembali sihat, moga ada tangan-tangan lain yang terus-terus menyempurnakannya.
Saya mengerti, tugas ini bukanlah mudah. Lalu kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu saya kembalikan seluruh pengharapan. Tiada yang memberi kekuatan melainkan Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati.
Maka, saya serahkan hati pertama untuk diperbaiki oleh-Mu.
Hati ini.

1 comment:
salam kak kd
sedihnyer bc post ni
tp, papepun,
nisa doakan kak kd tros bertahan n bersabar k..!
kak kd jgn putus asa tau
hihi
XD
Post a Comment