Thursday, September 30, 2010

Bagaimana harimu?

"Orang yang melewati satu hari dalam hidupnya tanpa ada suatu hak yang ia tunaikan, atau suatu fardhu yang ia lakukan, atau kemuliaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia tanamkan, atau ilmu yang ia dapatkan, maka ia telah durhaka kepada harinya dan menganiaya terhadap dirinya."
- Dr. Yusuf al-Qaradhawi (al-Waqtu fi hayatil muslim)

Tuesday, September 28, 2010

Say no to ego!

I was driving my dear sisters from their college to the dauroh. One of them let us listen to one of her favourite talks from Nouman Ali Khan. Subhanallah, I can’t help but to love this talk too! Well said, Ustadz Nouman!

So hear I would love to share this beautiful reminder from Ustadz Nouman Ali Khan to us all.

Let’s mujahadah li nafsih!! Fight away our ego! Don’t let it outdo us, or we will end up like Iblis! (waiyauzubillahi minzalik)

Muhasabah mode

"Saya rasa macam munafik!"
Saya memandang ukti yang saya kagumi itu, dia melepaskan nafas perlahan.
"Kalau macam tu, saya rasa lagi double munafik... "

Benar, keadaan kita sekarang benar-benar berbeza dari saat kita mula-mula mengenal tarbiyah dulu...saat terasa hidup ini begitu indah bila disapa bayu tarbiyah yang mendamaikan. Lalu bila sudah semakin jauh kaki melangkah dan semakin banyak tanggungjawab yang digalas, malah dengan kerja-kerja dunia yang menghimpit maka mungkin saja si daie yang kurus-kering dan kusut masai kadang-kadang turut tergoda dengan kesenangan dunia.

Ah, senang saja dunia itu mempamerkan indahnya bersenang-senang dan bermalas-malas!

Hai, mudah sungguh dunia itu mempamerkan sudah tiba masanya untuk kamu memikirkan hal diri kamu dan kehidupanmu!

Lalu dengan nafas dan tenaga yang berbaki, berusahalah sehabis daya agar seluruh usahamu selama ini tidak sia-sia. Lihat jejak-jejak yang kita tinggalkan dulu. Betapa perjalanan susah-payah sudah kita lakukan untuk tidak terus tenggelam dalam lumpur yang membusuk. Betapa dengan penuh kasih-sayang, Allah memilih kita untuk keluar daripada lumpur berpenyakit itu, memuliakan kita dengan tugas suci ini dan sentiasa memberi kita peluang untuk mendaki lebih tinggi ke arah mencapai puncak redha-Nya. Lantas, apakah kita mahu mempersia segala peluang yang telah diberi ini? Apakah ada yang lebih hebat untuk kita kasihi daripada hebatnya kasih Ilahi mahupun segala yang dijanjikan untuk kita di syurga nanti? Apakah ada apa-apa di dunia ini yang mampu menandingi segala yang ada di syurga nanti?

Ah, rehat saja di syurga nanti!

Bermalas-malas saja di syurga nanti!

Bersenang-senang saja di syurga nanti!

Fikirkanlah masa peribadimu di syurga nanti!

Mintalah dan dapatkanlah segala apa yang dihajati di syurga nanti!

Hoi dunia, jangan kau ganggu aku lagi!

Aku mahu menewaskanmu, biar kau jadi tawananku. Bukan aku menjadi tawananmu!

Lalu bila kau jadi tawananku, biar aku gunakanmu sesukaku untuk mendapatkan syurga!
Syurga!

Syurga!
Syurga!
Ah, kau ni memang gila!

Biarkan aku bahagia dipanggil gila, kerana ar-Rasul juga dipanggil begitu..
dan hanya si gila syurga saja yang bisa mendapatkannya...sebagaimana sahabat-sahabat berebut-rebut untuk mendapatkannya!

"Ini adalah urusan syurga!
Andainya ini memberi sesuatu selain darinya, maka aku akan itsar denganmu!"

Wednesday, September 22, 2010

masjid terbuka

"Kenapa ya, ramai orang sibuk nak pergi rumah terbuka...masjid
terbuka ni tak ramai pula nak pergi?"

Wednesday, September 15, 2010

Nak duit raya ke?

Selesai saja makan kuih raya, budak-budak itu senyum tersipu-sipu.
"Nak duit raya ke?" Sengaja saya berbahasa basi. Sudah gaharu cendana pula.
"Tak nak!" Kata seorang budak lelaki di satu sudut. Kawan-kawannya yang lain menjeling.
"Dia je yang tak nak!" Mereka yang lain menjawab hampir serentak.
"Wah, baguslah tu! Kita beraya ni bukan sebab nak duit raya tau! Kena ikhlas.."
Terdiam sebentar.
"Tapi saya akan tetap bagi duit raya. Cuma, siapa yang nak duit raya..kena jawab soalan dulu!"
Mereka kelihatan teruja.
"Soalan yang pertama untuk siapa yang nak ambil UPSR minggu depan ni, What is the biggest planet in the solar system?"
Budak tahun enam tu senyap saja. Kawannya yang di tahun lima sibuk cuba menjawab.
"Jupiter!"
"Wah, bagus. Nah duit raya untuk awak! Soalan yang kedua, apakah rukun Islam yang kedua?"
"Solat lima waktu!" Berebut-rebut mereka cuba menjawab.
"Soalan yang ketiga, berapakah rakaat solat Isya'?" Saya memilih soalan secara rawak. Mana-mana yang terlintas di fikiran saja.
"Apakah niat solat subuh?"
"Usolli fardhu subhi rak'ataini ada-an lillahi ta'ala!"
Wah, kagum sebentar. Jarang-jarang jumpa budak yang mampu baca niat solat dalam bahasa Arab.

Subhanallah. Tercapai juga hasrat untuk membuat satu kelainan di hari raya kali ini. Saya berasa perlunya kita cuba untuk mengubah mindset budak-budak sekarang tentang hari raya. Hari raya bukannya bermaksud semata-mata untuk duit raya. Mungkin bagi sesetengah orang, "tak apalah. Sekali setahun je. Biar budak-budak tu seronok dapat duit raya." Bagi saya, masalahnya bukan itu. Masalahnya, budak zaman sekarang ni terlalu terdidik dalam budaya materialistik. Apa saja yang dilakukan, mahu ada ganjaran secara fizikal sahaja. Kalau setakat dapat pahala, tak naklah! Sepertinya ganjaran fizikal yang bersifat dunia sementara itu lebih berharga buat mereka. Sebab tu, bila dah sekolah menengah...solat tak terasa sebagai keperluannya, berbuat dosa seperti tidak ada apa-apa masalah..kerana mereka tidak mampu untuk menilai yang ghaib itu. Ganjaran yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera tetapi dijanjikan oleh Allah bahawa ia jauh lebih bernilai daripada apa yang ada di dunia ini.

Ah, yang lebih merisaukan saya...bila mereka hidup untuk sesuatu yang berupa fizikal semata, maka bagaimana mahu mempercayai perkara yang ghaib itu? Bagaimana dengan rukun iman kita yang mempercayai segala yang ghaib! Sains contohnya, hanya mempercayai sesuatu yang dapat dicapai oleh pancaindera dan ditafsir oleh otak. Maka saya lebih suka untuk menjelaskan bahawa pancaindera kita sebenarnya sangat terhad untuk mentafsir semua perkara sepertimana kita tidak mampu untuk melihat, mendengar, merasa, menyentuh mahupun menghidu perasaan yang hadir daripada hati seperti sedih, marah, sayang dan segalanya tetapi kita percaya bahawa semua perasaan itu wujud walaupun hakikatnya ia ghaib menerusi pancaindera kita. Kita percaya perasaan-perasaan ini wujud kerana kita dapat merasai kehadirannya melalui hati kita dan di sanalah iman itu terwujud sebenarnya! Perkara-perkara ghaib yang diberitahu oleh Allah melalui ar-Rasul tercinta itu mampu dipercayai kewujudannya melalui hati kita, sebagaimana hati kita percaya bahawa segala perasaan-perasaan itu wujud.

It's appearance vs. reality!

Monday, September 13, 2010

Alergik!


Sedang menghadapi simptom alergi. Alhamdulillah, this time it's quite mild. Tapi dah lebih sehari pun masih belum baik. Mungkin sebab degil sangat malas pergi farmasi cari ubat. Tiba-tiba teringat kepada budak-budak sekolah yang sebelum cuti hari tu sibuk nak cari rumah saya untuk beraya. Setakat ni tak ada lagi yang terpacul depan pintu. So far so good, heh!



Juga teringat saat saya menghadapi simptom alergi semasa di dalam kelas. Ah, alergi dengan bau rokok tentunya! Geram, sebab bila masuk saja kelas terus rasa mual, pening dan nak muntah. Nak marah pun tak ada bukti selain bau saja. Kalau ditanya, jawapannya "Kami baru balik dari tandas. Kami tak merokok! Sumpah! Memang kat tandas tu bau rokok. Entah siapa yang rokok.. tu yang habis melekat bau kat baju ni!" Kemudian, mereka akan terkekeh gelak. Kadang-kadang tak tahan sangat, saya akan keluar dari kelas dan berdiri di balkoni untuk mengambil udara segar. Tak boleh bernafas langsung bila dalam kelas tu!



Hm..kadang-kadang mungkin kita ni lebih prihatin bila menghadapi simptom -simptom sakit pada jasad fizikal kita. Tapi, bagaimana pula dengan simptom-simptom hati kita yang sedang sakit? Oh, maksud saya hati yang dimaksudkan dalam hadis keenam dalam arba'in an-nawawiyyah tu. Apakah simptom-simptom penyakit hati? Lalu apakah tindakan kita dengan simptom-simptom tersebut?



Pertamanya, hati yang sihat sangat alergik dengan perkara-perkara yang membawa kepada maksiat dan dosa. Lantas, hati yang sihat akan mewujudkan simptom-simptom seperti rasa tidak selesa andainya ada perkara-perkara maksiat disekitarnya. Sekiranya mengalami keadaan seperti ini, seharusnya manusia itu segera menjauhi keadaan tersebut kerana pastinya jika dibiar sahaja akan membawa kepada kematian! (oh, maksud saya kematian hati tentunya.) Sama saja seperti keadaan tubuh fizikal kita yang boleh terancam dengan alergi, kerana kesan alergi turut mampu membawa kepada kematian.



Andai pada satu tahap tertentu, kita merasakan diri yang dahulunya sangat suka kepada kebaikan, ibadah-ibadah sunat dan mendekatkan diri dengan Tuhan tiba-tiba berubah kepada bermalas-malasan, membuang masa dan merasa lebih selesa melakukan perkara-perkara lagha, maka awaslah kerana pada saat itu mungkin saja sistem pertahanan hati kita sudah mungkin lemah kerana menganggap signal yang diberi oleh pihak musuh adalah persis seorang sahabat, lalu tiada serangan balas yang diberi untuk melawannya. Ah, bahaya! bahaya! bahaya!



Tetapi andainya kita terus leka dan tidak mempedulikan kondisi hati, terus gembira dibuai perkara-perkara tidak memberi manfaat...maka awaslah, kerana sampai suatu saat kita mungkin menghadapi simptom ketagihan berlebihan...lalu pada waktu itu nafsu merajai diri dan lemahlah seluruh sistem pertahanan hati.



Subhanallah wa astaghfirullah...

sebenarnya saya benar-benar takut menghadapi kondisi begini. Dan saya mohon Ya Allah, andai pada suatu saat saya berasa lemah, saya mohon segala kekuatan dari-Mu agar saya bisa bangkit kembali dan membina pertahanan diri. Lalu saya memohon kepada-Mu agar ditunjuki setiap langkah, dikurniakan rasa rindu dan cinta dalam melakukan segala kebaikan kepada-Mu.



Saya mohon agar bukan saja tubuh saya mempunyai alergi, tetapi hati ini juga biar punya simptom alergi agar bisa hati ini mengenal sama ada yang dihadapannya ialah kawan atau lawan. Andai sudah alergi, mohon saya punya perasaan mahu lari sejauh-jauhnya daripada perkara yang membahayakan itu. Lantas giat membina pertahanan diri agar bisa menangkis segala serangan berbahaya.




Ok. Now I should consider to find some Piriton. Stop scratching like cats! (oh, bukankah saya ni memang kucing?:P)

Sunday, September 12, 2010

Apa ertinya hari raya?




Apa ertinya hari raya?
Apakah ia cuma perayaan tradisi untuk bercantik-cantik dan makan-makan?
kemudian bersalam-salaman dan bergambar-gambar kenangan?
dan selepas itu kita masih dengan diri kita yang dulu.

Lalu apa ertinya aidulfitri itu?

Mengembalikan diri kepada fitrah bukankah ertinya menyucikan diri?
dari lumpur jahiyah yang sering saja memalit dan mengotori
lantas apa ertinya aidulfitri?
andai yang disaji ialah jahiliyah dan kotoran-kotoran berbahaya
dan mereka bergembira dengan kotoran-kotoran itu.

Mereka fikir mereka gembira
dan bahagia
bergelak ketawa
kerana telah meraikan hari raya.
Ah, apakah mereka sedang mentertawakan diri sendiri?

Alangkah indahnya andai
Aidulfitri diselang-seli dengan saling menasihati hati saat menziarahi
saling mendoakan
saling membahagiakan dengan iman dan kebaikan.

Thursday, September 9, 2010

Eid Mubarak!



Salam alayk, dear readers.
Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali kepada fitrah, moga Ramadhan kita meraih taqwa dan selamat bermujahadah untuk 11 bulan akan datang...moga kita dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang mulia.

Juga, daripada pihak diri saya sendiri..
mohon sebanyak-banyaknya kemaafan di atas khilaf diri
andai ada yang terasa di atas tulisan saya yang entah apa-apa, saya mohon maaf juga.
Doakan semoga Ramadhan yang dilalui mampu menjadikan saya seorang abid dan khalifah yang lebih baik.
Andai ada saja hak yang belum tertunai, mohon maklumkan saya yang pelupa ini.

Ayuh, laungkan takbir!!
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu Akbar! WaliLlahilhamd.


Hamra' al-Asad
Kampung halaman
1 Syawal 1431H

Sunday, September 5, 2010

29:57

Saya kira pertama kali bertemu ukhti itu semasa sama-sama iftar. Saya kira ukhti itu baru menjejakkan kaki dan cuba menyesuaikan diri dengan suhu bumi Malaysia sekembalinya daripada negara matahari terbit itu. Malam itu kami taaruf ringkas dan ukhti ini menjadi tetamu istimewa dalam usrah kami. Subhanallah, kami bertemu di bulan Ramadhan dan berpisah di bulan Ramadhan setahun kemudiannya!

Ukhti Raihana binti Zainuddin, seorang yang sangat ceria dan sentiasa tampak senyuman di wajahnya. Masih berbaki ingatan semasa kami mukhayyam bersama. Ditakdirkan kami satu kumpulan, berempat dalam khemah yang sama. Bersama-sama merasa kepayahan hidup menjadi keluarga paling miskin dalam kampung mukhayyam itu. "Miskin harta, tapi kaya jiwa!" Seloroh seorang ukhti yang lain. Benar, biar kumpulan kami paling tidak berharta..tapi terasa sangat bahagia bersama. Tidak perlu sibuk-sibuk memikirkan mahu memasak apa untuk juadah tengah hari dan malam, kerana kami tidak punya apa-apa melainkan sedikit beras dan sardin. Lalu berdikit-dikit kami makan dan berkongsi lapar dan dahaga. Subhanallah..itulah perasaan yang sungguh membahagiakan. Juga di penghujung petang, Allah menghadiahkan kami pelangi yang indah. Lalu kami bergembira bermain dan berkasih sayang bersama di bawah jaluran indah warna-warnanya.

Di Subuh hening 26 Ramadhan ini, sepintas lalu saya membaca surah al-Ankabut sehingga meniti ayat ke- 57. Ayat yang membuatkan Khalid al-walid mengulang-ulang bacaannya kerana bergetar seluruh tubuh mengingatkan tentang kematian. Bacaan yang langsung menyebabkan jin pengsan mendengarkannya! Subhanallah. Betapa lebih dekat lagi tazkirah yang Allah hendak beri kepada saya pada hari ini. Saat menerima berita pemergian ukhti Raihana, saya tergamam. Membaca berulang-ulang mesej tentangnya. Innalillahi wainnailaihi raji'un... sungguh istimewa kerana dipilih Allah untuk pergi di bulan yang sungguh mulia ini. Moga di saat dipanggil pergi, ukhti sudah pun dibersihkan dari dosa-dosa yang lalu dan kembali menemuinya dalam keadaan yang terbaik.

Di petang yang hening, perkarangan rumah kampung ukhti kita dipenuhi dengan saudara dan sahabat-sahabat. Saya berpeluang melihat jenazah ukthi buat kali terakhir. Menatap wajah ukhti di balik kain kafan yang membalut tubuh, hati bergetar.
Subhanallah, adakah begini keadaanku nanti? Saat suatu masa nanti tubuh terbujur kaku, tidak mampu berbuat apa-apa kerana masa di dunia sudah tamat. Dipanggil menghadap Ilahi untuk dinilai segala amal! Lalu bagaimana amalku saat itu? Apakah dosa-dosaku telah terhapus, atau masih ada dosa-dosa baru yang aku lakukan?

Perlahan saya membacakan al-Fatihah dan berdoa, moga ukhti dalam keadaan terbaik menemui Tuhan dan juga buat diri sendiri..moga ini tazkirah terbaik untuk saya sentiasa mengingati mati.
Melihat ibunya yang duduk di sebelah jenazah ukhti dan cuba menahan sebak dalam riak wajahnya yang sayu. Sesekali dia menyapu wajah ukhti dan mengucup perlahan. Saya bersalaman dengan ibunya dan meminta izin untuk mengucup arwah. Wajah ukhti terasa sejuk dan wangi. Tidak berapa lama selepas itu, solat jenazah dimulakan. Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk melakukan solat jenazah bersama-sama. Dalam hati saya memohon doa, moga ini tarbiyah dan tazkirah buat kita semua yang masih hidup. Peringatan bahawa bila-bila saja Allah bisa menamatkan tempoh kita di dunia. Lalu bagaimanakah keadaan yang kita mahu berada saat dipanggil nanti?

Usai solat saya masih melihat-melihat jenazah ukhti yang terbujur di atas katil di sudut rumah kampung itu. Ada tompok-tompok darah yang menembusi kain kafan yang membaluti. Mungkinkah ukhti menemui syahid kerana darahnya masih mengalir? Subhanallah, andai benar..tiada yang lebih saya impikan berbanding berada dalam keadaan sebegitu juga! Moga Allah menganugerahi syahid buat ukhti tercinta, juga buat asy-syahid di dalam kandungannya!
Moga ukhti Raihana bisa mengecap Raihannah di dalam syurga kelak. dan moga saya dipertemukan dengan ukhti kembali di syurga!

Subhanallah wa astaghfirullah, moga kita giat berusaha menempatkan diri untuk layak berada di syurga Allah! teruskan berusaha memperbaiki diri dan beramal untuk redha-Nya. Berazam untuk siap-siapa setiap detik dan ketika, kerana ajal itu datang tanpa amaran..dan tidak juga dapat ditunda! Lalu bagaimana keadaan akhir kita, kita sendiri yang memilihnya! Oleh itu betapa perlu kita berusaha untuk istiqamah, moga di saat Izrail datang bertandang kita sedang dalam ketaatan kepada Tuhan.