Wednesday, August 31, 2011

bila superhero hilang superpower

Hari ini 2 Syawal dan buat pertama kalinya saya:
- berpuasa dan beraya di negeri asing
- beraya dengan keluarga asing
- berada bersama makhluk asing (haha, mengada!)

Mungkin ini tarbiyah buat diri saya. Sungguh cepat masa berlalu dan saya sedang melalui fasa-fasa hidup yang berbeza. Mohon Allah sentiasa memegang hati saya dan memandu saya dalam setiap perjalanan kehidupan ini. Sudah lama teringin nak menulis, bila ada idea...selalu tak sempat pula. Bila ada kesempatan, selalu pula tak ada idea.

Lalu begitukah keadaannya bila superhero hilang superpower?

Bila Superhero tiada lagi kuasa, maka tentunya dia menjadi manusia biasa-biasa saja.
Kerana yang membezakan superhero itu dengan manusia biasa, tentulah superpowernya!

Jika anda mahu menjadi superhero, sila pastikan keberadaan superpower anda!
dan tentunya jika anda mahu upgrade superpower anda, maka di bulan Ramadhan itulah masanya! (ok, saya terlambat nampaknya untuk menaip entri ini..dah masuk syawal pun)

Oleh yang demikian, saya ingin bertanya...
sudahkan anda berjaya meng'upgrade' superpower anda sepanjang Ramadhan lepas?

bagaimana mahu tahu?
sila cek amalan anda, adakah anda masih istiqamah dengannya di syawal ini?
apakah anda mula merasakan kuasa taqwa yang membentengi hati daripada melakukan perkara yang kurang manfaatnya?

tapi malah lebih sedih lagi...
andainya sang superhero mula hilang superpower yang didapati dengan susah payah di bulan ramadhan..
dek hatinya leka berdondang sayang di bulan syawal..

oh, Tuhan.
Tsabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik.
Tetapkan hati-hati kami ya Rabb. Moga tetap dibenteng taqwa. Moga tetap istiqamah dalam iman dan amal kepada Mu.

dan jika anda seorang superhero yang masih memiliki superpower
malah dengan kuasa berganda-ganda..
ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada makna anda dengan segala kuasa itu
andai tidak dapat menggunakannya untuk memberi kebaikan kepada seluruh alam dan menyelamatkan manusia yang memerlukan.
Kerana anda akan menjadi superhero yang 'useless'!!

Buat mereka yang alhamdulillah, dikurniakan Allah dengan superpower maha hebat,
lipat gandakan usaha anda untuk memakmurkan bumi ini dengan Islam, cerahkan hati manusia di dalamnya dengan cahaya iman yang terang benderang, pimpinlah mereka agar sama-sama meniti jalan-jalan syurga yang tenang dan abadi.

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya Kareem!