Monday, October 12, 2009

Untuk apa?

"Ok, semua orang pejam mata. Siapa yang kalau malam ni ada usrah tapi esoknya final exam, dia akan tetap datang usrah...sila angkat tangan!" Saya meneruskan provokasi. Tentunya adik-adik ni sudah pening memikirkannya.

Antara usrah dan study yang mana mahu didahulukan?
Antara da'wah dan study yang mana yang lebih utama?

Ada yang menjawab, "study lah!"
ada juga berkata begini, "tentu da'wah. kerana tugas penciptaan kita adalah sebagai abid dan khalifah. Allah tak letak matlamat penciptaan kita sebagai pelajar atau mesti mendapatkan degree untuk confirm masuk ke syurga..."

Keadaan semakin tegang.
Yang tidak setuju langsung terdiam. Yang masih kekal dengan pendapat mereka terus membangkang.

"Andai kamu merasakan belajar itu yang utama, apa matlamat sebenar kamu belajar?" Saya masih terus menambahkan ketegangan.
"Akak, belajar itu kan ibadah?"
"Ok, bagaimana belajar itu boleh menjadi ibadah?"
"Em, bila kita belajar kerana Allah?"
"Hm, betul ke kita pasti yang kita belajar tu betul-betul kerana Allah? Adakah setakat dengan sebelum belajar kita berkata..sahaja aku belajar pada hari ini kerana Allah. Tapi, jauh di sudut hati kita...oh, saya belajar supaya saya boleh skor untuk exam kali ini. Atau mungkin saya mesti belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan ini dapat membalas jasa baik ayahbunda yang telah bersusah-payah membesarkan saya. Atau mungkin juga, oh saya mesti skor bagus-bagus kerana duit rakyat yang telah dihulurkan kepada saya ini....Atau bagaimana?"

Tanya pada diri, untuk apa sebenarnya kamu belajar? Apa benar-benar lillahi ta'ala? Apa benar-benar kita menyangka yang kita belajar itu sebagai ibadah tapi entah beribu sebab lain sebenarnya yang berkompromi dalam hati.

Saya bukan mahu menduga atau berburuk sangka.
Cuma saya telah membazirkan begitu banyak tahun kerana belajar bukan sebenarnya kerana Allah. Saya silap dalam memahami erti belajar kerana Allah yang sebenar. Moga dua tahun pengajian setelah itu dan seterusnya benar-benar memberi erti belajar kerana Allah.

Bersihkan kembali hati.
Fahami erti kehidupan yang meluhur, tulus dan suci
HANYA UNTUK ALLAH.

p/s :Adik, andai kamu menghadapi masalah ini, mari kita berdiskusi hujung minggu ini. Tambahan perbincangan untuk topik "berlanggar dengan masa". Kalau mahu, sila kumpulkan tenteramu :P

2 comments:

Anonymous said...

huu kak KD.
share lah jugak kt sini, mcm mana niat study utk Allah yg plg betul.
sy ttau slme ni btul ke tak.

-atiqah ottawa, sy jumpe akak ritu masa kat daurah us-canada kat wamy. igt tak?heh

Mama Hazim said...

atiqah@amki, kan? :P
hm. bukan tak nak share kat sini, tp cam susah sket. u can never guide the reader to understand properly just through ur writing. tak macam kalau cakap face to face sbb boleh tny balik utk cek kefahaman etc.
anyway, u can always buzz me thru ym or skype. nt kita share2 ye. lama juga tak dengar citer atiqah :)

email: kuchinque[at]yahoo[dot]com