Friday, October 16, 2009

nan indah


10 bulan!
Oh, saya baru tersedar rupanya sudah lama saya bersama mereka. Terasa baru semalam saya mengenali mereka. Wajah-wajah mulus yang sentiasa mampir di musolla kecil itu. Wajah-wajah yang mengambil masa sehingga berminggu-minggu sebelum saya betul-betul mengingati nama-nama mereka. Saya sukakan kemeriahan mereka, sukakan keinginan mereka yang mendalam terhadap Islam dan kelakar-kelakar mereka. Hampir menjenguk ke sepuluh bulan, tetapi saya tetap merasakan yang saya seperti belum cukup mengenali mereka. Mungkin banyak silapnya saya dan kepada Allah sahaja saya mohon perbetulkan segala kesilapan saya.

Minggu dan hari-hari yang masih tersisa untuk bersama mereka membuatkan saya terasa sesak. Rasa terasak-asak seperti mahu memenuhi segala keperluan mereka. Mungkin ada baiknya di sebalik pemergian saya, mereka akan mempunyai seorang kakak yang lebih baik dan lebih bijak dalam menyantuni segala keperluan mereka. Berat sungguh untuk menyatakan bahawa kaki ini akan melangkah pergi dan segala urusan mereka akan diserahkan kepada yang lebih sesuai untuk menggalas tanggungjawab seterusnya.

Sungguh, saya pasti merindui mereka. Saya mohon moga Allah permudahkan urusan mereka, dibimbing oleh mereka yang jauh lebih baik daripada saya dan moga mereka berjaya mendapat pencerahan Islam yang sempurna serta berjaya keluar daripada lumpur-lumpur jahiliyah yang berpenyakit itu. Semoga kita sama-sama merasai kehormatan yang ingin diberi oleh Allah, diangkat menjadi makhluk yang dicintai dan mencintaiNya.

Andai tidak sempat bertemu lagi.
Moga berpeluang bertemu di syurga, tempat yang dirindui.

.....

Terima kasih untuk memori indah ini.
dan terima kasih Allah untuk segalanya yang indah.

Oh, bukankah yang gundah itu juga kiriman nan indah?

No comments: