Sunday, October 25, 2009

fasa baru dalam hidup


Hari yang bakal membawa saya ke fasa seterusnya dalam hidup sudah tiba. Meluncur ke alam pekerjaan yang dikhabarkan penuh cabaran. Terngiang-ngiang suara murobbi itu, "Gua tak caya sama lu! Selagi lu tak kerja, kahwin dan ada anak tapi masih terus dengan da'wah dan tarbiyah.. Gua tak caya sama lu!" Sungguh, pertama kali bertemu dengannya saya langsung tertaut dengan gaya bersahaja tetapi penuh kata-kata bermakna itu. Sosok "hikmatu syuyukh" yang kadang-kadang terpamer "hamasatu syabab" pada dirinya.

Esok hari pertama ke sekolah. Oh, kembali ke sekolah. Cuma kali ini tanpa uniform tetapi dengan tanda nama khas pegawai gomen. Kali ini bertukar watak dengan peranan saya pada 6 tahun dahulu. Kadang-kadang saya terfikir, benarkah saya betul-betul bercita-cita menjadi guru? Hakikatnya saya tidak pernah begitu memilih dalam sesuatu cita-cita. Saban tahun di sekolah, saya menukar cita-cita saya. Cuma di tahun-tahun akhir pengajian saya berfikir mahu memilih pekerjaan yang mampu memberi saya lebih masa. Mengapa? Kerana saya bercita-cita mahu mempunyai masa untuk menulis. Kononnya suatu ketika dulu saya bercita-cita mahu menulis buku sendiri saat usia mencecah 20 tahun. Tetapi sejak memilih untuk keluar daripada alam fantasi menulis dua tahun lalu, saya membatalkan cita-cita saya itu. Saya risau fantasi saya bisa menenggelamkan realiti sebenar yang harus saya hadapi kini.

Memikirkan kembali, saya berasa kasihan kerana dahulunya hidup untuk mengejar cita-cita di alam kerja cuma. Betapa kecil dan pendek cita-cita itu sedangkan Allah meletakkan cinta agungNya untuk digapai oleh kita untuk menjadi cita-cita yang tiada tolok bandingnya.

Moga di fasa kehidupan yang baru ini, saya tetap teguh berusaha menggapai cita-cita. Bukan cita-cita kecil dan dangkal di dunia, tetapi cita-cita agung dalam memenuhi kehendak Rabbnya. Moga hari esok dan seterusnya di fasa baru universiti tarbiyyah dan kem latihan murobbi ini mampu saya hadapi dengan sabar dan ikhlas.

Tetap teguhkan hati ini ya Allah
Tetapkan kaki ini tetap tsabat di jalan ini
Walau penuh apapun ranjau dan halangannya
Tetap mahu terus di sini!

5 comments:

whitelotus said...

salam, akak.

selamat bertugas=)
insyAllah, u'll b a great techear.
carilah mutiara di longgok sampah itu=)
tp x mustahil,sampah juga boleh menjadi mutiara=)
berkat usaha & doa bersama.

all the besh!!!

Mama Hazim said...

jazakillah Liza =)

to be exact, saya sebenarnya tidak memaksudkan sampah itu sebagai manusia. sampah itu ialah kemaksiatan yang berleluasa, sehinggakan manusia yang suci bersih seolah-olah kotor dipalitinya.

tetapi, tidak mustahil ada mutiara yang masih dapat digilapkan di balik sampah yang terpalit.

^_^

.:Ai_SuKi:. said...

Akak....
muge terus tsabat...
menjadi cikgu dan sang murrabbi....

nurulnadia said...

Salam cikgu (^^,)..
saya anak didik cikgu mase ISK kat masjid Sunway bln 5 ke 6 hri tu x brpa pasti..
pastu msa SH kat Bukit Cerakah kalw x silap..
apa2 pn, selamat menjalankan amanah dgn baik..
x lama lagi saya pn akan insyaAllah secara rasminya menyertai team cikgu..
esok interview..doakan kami semua ye =)

thank you teacher!
jazakillah khair =)
harap dpt jumpa lg next daurah
Assalamu'alaikum wbt..

Mama Hazim said...

masya Allah! banyak murobbi-cikgu bakal lahir tahun dpn ye?
ayuh, warnai anak2 ini dgn pengertian sebenar kehidupan =)