Friday, November 27, 2009

Sederhana itu mendamaikan

Saya sukakan Aidul Adha ini. Tenang dan damai. Saat melangkah ke ruangan solat, semua menyapa dengan senyuman mesra. Salam dihulur walau entah siapa. Malah diraikan dengan saling menjemput untuk bertandang ke rumah. Tanpa mercun dan iklan khas untuk memeriahkan suasana, saya kira Aidul Adha malah lebih terasa meriahnya. Meriah dengan keikhlasan!

Benar. Andai di Aidulfitri sering kalut menguruskan semua; pakaian, rumah, makanan. Aidul Adha yang disambut serba sederhana itu lebih terasa indahnya. Indah kerana tidak disibukkan dengan hal remeh. Tenang kerana punya kesempatan untuk menyelami makna. Bertakbir dengan penuh rasa. Malah kelihatan semua orang pun begitu. Kerana sambutan yang sederhana ini, kita punya masa untuk bertegur sesama tetangga. Meluangkan masa berziarah dan menjamu mesra.

Indahnya hidup bersederhana pada dunia, tetapi meriah dengan rasa akhiratnya!

1 comment:

fieqa said...

tersentuh saya baca post ini.betul2.selamilah makna sebenar aidiladha..

=)

thanks for the reminder sis!