Hujan ribut kelmarin
menghadirkan calitan warna-warni pelangi
menghiasi dada langit
yang mulanya muram dan kusam.
Aku tahu
pelangi tetap akan menghilang
dan langit akan tetap sesekali beribut kencang
tetapi sang pelangi hadir
di sela-sela waktu
menghiburkan hati
mengingatkan diri
bahawa Allah sentiasa di sisi.
Andai terasa susah dan gundah,
mengapa tidak segera
kembali kepada Sang Pencipta yang Maha Indah?
KDPetang nan indah* Look closely, and you will see it's a double rainbow!
1 comment:
bukan saja hujan,
bukan saja langit,
bukan saja pelangi,
bahkan semua nikmat yg kita rasai,
andai diterjemah semua rahmat ilahi,
pasti sedarlah kita kekuasaan ilahi,
akan teringatlah cintanya DIA pada diri,
susah, senang, gundah dan gulana,
tiada menggoncangkan benih2 iman yg bersemi,
tiada melonjak tatkala senang,
tiada resah tatkala kesusahan,
kerana kita pasti tahu,
itulah kerja Tuhan,
dan apa yg penting,
kita tetap meyakini,
bahawa
ITULAH YG TERBAIK BUAT KITA..^_^...
insyaallah..
salam syg, salam satu perjuangan dr mumtaz buat kak kd..uhibbuki fillah..
Post a Comment