Membaca berita seperti ini membuatkan saya menarik nafas panjang. Semua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain. Semua sibuk menunding jari, bukannya mahu bahu-membahu mencari solusi. Kalau ditanya pada saya, terasa mahu menyalahkan semua umat islam kerana masih sibuk mengurusi diri sendiri saja. Umat yang sedang tenat ini, siapa yang peduli? Atau mungkin menyalahi diri sendiri kerana masih belum cukup kuat bekerja lalu masyarakat semakin parah dan membarah.
Saya terkadang cemburu dengan H1N1 kerana mendapat perhatian khusus dari semua, tapi penyakit yang sedang menyerang hati manusia... siapa saja yang mahu ambil peduli? Seperti yang selalu kata, apa saja bencana dunia pun berlaku apabila manusia tidak mahu mengambil Islam sebagai solusi. Manusia dan alam, saling berkait dan berhubungan. Alam tetap tunduk dan patuh kepada kuasaNya yang Maha Esa, tetapi manusia yang kerap engkar lalu terjadilah ketidak seimbangan antara alam dan manusia. Epidemik itu bukan keranan faktor persekitaran saja, tetapi kerana manusia masih tidak mahu menyelesaikan punca penyakitnya. Penyakit yang ada di dalam dada, hati dan keimanan kepada Allah semata-mata.
Sekiranya anda masih tidak nampak perkaitan antara H1N1 dengan keimanan, awas! Segeralah berguru kepada yang lebih tahu =)
Saya suka juga untuk mengingatkan, jangan jadi seorang yang simptomis (hanya cuba untuk mengubati simptom), tetapi perlu diselidiki dengan rapinya apa punca sebenarnya. Masalah pelajar sekolah hanya satu simptom kepada penyakit hati apabila pendidikan tidak bersifat keimanan.
Muvi favorit saya yang terkini, Laskar Pelangi sedikit sebanyak mengetengahkan betapa pentingnya pendidikan yang berdasarkan keimanan. "Pendidikan ugama itu bukan sekadar pelengkap kurikulum tetapi harus didasarkan kepada hati! Membentuk keimanan!"
Walau masih berasa yang karya novel tetap lebih bagus, usaha daripada mereka untuk mengetengahkan isu pendidikan sebegini tetap menggembirakan saya. Cuma, kalau tidak ditambah-tambahi dengan unsur-unsur cinta manusia, past lebih baik! (nampaknya masyarakat masih mendewakan cinta, sepertinya aneh jika tiada unsur cinta manusiadalam cerita. aduh!)
Melihat anak murid seperti mereka, kembali memberi semangat kepada saya. Mungkin masih lagi ramai anak-anak seperti mereka. Yang mampu dibina dengan keimanan dan ketundukan pada Yang Maha Esa.
"Selamat Hari Guru buat semua Guru dan Murobbi yang telah mengenalkan saya untuk hidup keranan Pencipta"
p.s: Aneh sungguh kerana Laskar Pelangi tidak didapati di Malaysia. Alhamdulillah, berjaya mendapatkannya semasa di Indonesia. Semoga dapat dimanfaatkan bersama ^___^
No comments:
Post a Comment