Friday, May 22, 2009

Fikirlah sendiri


Syukur.
Syukur.
Syukur.

Subhanallah. Keputusan praktikum sudah dikeluarkan oleh senat. Ini bermakna CGPA akhir telah pun saya dapati. Bagaimana? Alhamdulillah. Walaupun tidak mendapat Kelas Pertama seperti yang diimpi-impikan oleh banyak orang, saya tetap sangat bersyukur kerana masih lagi di atas angka 3.50. Sekurang-kurangnya saya tidak gagal dalam praktikum tempoh hari! Alhamdulillah.. Saya kembalikan semuanya kepada Allah semula. Dia Yang Menentukan segala yang terbaik, Dia yang memandu saya untuk melakukan apa sahaja.

Syukur.

Kini..
saya sudah tamat pengajian peringkat degree secara sah. Insya Allah.
Hanya tunggu sekeping sijil yang ditunggu-tunggu oleh semua. Sijil yang menunjukkan kelayakan kita di dunia saja. Di akhirat, belum tentu dapat masuk syurga tau.
Haha. Apakah kehidupan kita ini hanya untuk meraih sekeping sijil itu? Sedangkan ia langsung tidak mampu pun menjadi tiket untuk kita masuk ke syurga?

Teringat semalam bagaimana saya memeningkan kepala adik-adik.
Kenapa kita belajar sebenarnya?
Nak dapat A? Tapi A tu tak boleh pun jadi tiket kita untuk masuk syurga..
Kenapa kita susah payah, belajar tungkus-lumus macam nak rak.. tapi tak boleh guna pun A kita tu untuk masuk syurga? Bukan ke dunia in umpama ladang kepada akhirat. Kita nak menuai hasil dunia ini untuk hari akhir kita nanti. Ke syurga atau neraka..

Tanya seorang adik,
"Kak. Habis tu.. kita tak payah belajar ke?"

Hm, macam mana tu?? Fikirlah sendiri ;)

Seorang adik bertanya lagi,
"Macam mana tu, susahnya soalan akak ni.. lagi susah dari soalan exam tadi!"

Haha. Kita rasa susah. Sebab kita ada mindset belajar yang lain sebelum ni!
Kita belajar kerana nak exam. Nak dapat result yang best. Nak dapat A, dapat 4 flat.

Atau, Kita belajar kerana kesiankan kat mak dan ayah dah bersusah payah untuk kita. Inilah masa untuk kita balas jasa mereka. Begitu kah?
Atau,
Kita belajar kerana nak dapat kerja yang best. Dapat duit banyak, dapat beli apa saja yang kita nak.. atau nak ubah kehidupan kita kepada yang lebih baik dengan pekerjaan kita nanti. Macam tu kah?


Hm.. maka, kita ni belajar untuk apa?
Kalaulah kita ditakdirkan mati sebelum sempat nak capai semua-semua yang kita kata sebagai sebab kita belajar tu.. tak ke sia-sia je belajar? =P

Habis tu belajar ni untuk apa??
(Oh, kalau nak terangkan kat sini.. memang tak boleh secara panjang lebar. This post is intended to make you think, saje. Kalau tak mampu juga nak keluar mentol lip-lap-lip-lap, sila la beritahu saya jadi saya boleh tolong-tolong jelaskan ;)

No comments: