Nak menghasilkan artwork yang paling cantik, mesti sabar. Yalah, ketelitian dan kesabaran. Itulah yang akan hasilkan satu karya seni yang paling mengagumkan. Kalau mahu menghasilkan karya seni muziknya, kena sanggup berjam-jam dalam studio untuk pastikan setiap tempo dan bunyi-bunyian yang dihasilkan benar-benar memberi irama yang menakjubkan. Kalau mahu menghasilkan karya batik canting yang paling halus dan cantik, perlu bijak menata corak dan warna.
Sabar, tekun dan teliti.
Jika mahu cepat, mungkin ada saja cacatnya nanti. Hasil tidak secantik dan sehebat yang kita mahukan.
Bagaimana pula dengan kita?
Sudah sabar, kah?
Hidup ini hanya cantik dengan kesabaran. Mungkin itu tarbiyah yang paling banyak yang perlu untuk saya. Sabar, sabar dan sabar.
Saya selalu kurang sabar kalau ada kereta yang pandu lebih laju dari saya :P
- Insya Allah dah mampu atasi ini. (Kalau dulu selalu rasa geram bila kereta saya asyik kena potong---> selalu rasa nak speed je)
Saya selalu kurang sabar bila terpaksa menunggu.
- sudah berkurang. Tapi masih perlu dibaiki. Sabar, sabar..
Saya selalu kurang sabar bila cuaca panas dan rumah tak ada kipas yang mampu menyejukkan saya.
- Hm. Sabar, sabar, sabar.. Padang Mahsyar lagi panas.
Saya selalu kurang sabar bila saya penat, lapar dan tak mampu berfikir dengan tenang lagi.
- Oh, tiada alasan. Takkan mahu kalah dengan syaitan? Sabar!
Katanya, mahu mengukir manusia yang bisa mengubah dunia. Kalau benda-benda sekecil ini pun tidak mampu bersabar... jangankan nak ukir manusia, nak ukir bunga pada sabun pun belum tentu boleh.
Ayuh, didik diri kita dengan sabar.
Bila diberi kesusahan --> SABAR dan Istighfar.
SABAR
SABAR
SABAR
FA SABRAN JAMIL!!

No comments:
Post a Comment