Tempoh hari saya mahu menulis tentang tajuk ini. Baru tulis beberapa perenggan, rasa tidak mampu pula untuk teruskan lalu saya simpan saja di peti draf. Hari ini, tidak semena-mena seorang sahabat menegur saya, "Awak nampak macam Alice in Wonderland hari ni..". Saya terpinga-pinga sedikit, masakan diketahuinya saya mahu bercerita mengenai Alice dalam entri seterusnya.
Haha.. sengaja buat suspens sikit.
Sahabat itu cuma merujuk kepada pakaian saya hari ini. Sedikit seperti Alice cuma dengan warna yang berbeza. Dan ya, sudah tentu bukan dengan rambut blonde sebegitu. Atau mungkin dia hanya merujuk kepada sepatu kami yang seakan sama. Apa-apa sajalah.
Saya terfikir tentang Alice dalam permusafiran kami tempoh hari. Seronok berbicara tentang masa-masa lampau dengan teman-teman sepermusafiran. Sayakehairanan sendiri kerana sudah terlupa masa lampau saya yang dahulu.
Dahulu,
saya sangat suka membaca.
Dahulu,
saya sangat suka menulis.
Sekarang,
apa sudah kena dengan saya agaknya?
Teman saya bertanya,
"Apa yang kamu sering tuliskan dulu?"
Saya lantas menjawab,
"Apa-apa saja.. yang pasti, saya tidak suka memberi cerita yang skema. Kelainan itu satu kemestian bagi saya."
Dan dia meminta saya memberi contoh-contoh karangan saya dahulu. Selepas bercerita beberapa ketika, saya berfikir-fikir sendirian.
Masa lampau saya,
penuh dengan khayalan tahap tinggi.
Jika mahu bercerita, seolah mahu pembaca turut sama menjadi penyerinya.
Laju saja bibir meluahkan rasa,
"Saya fikir, saya tidak mampu melakukannya lagi. Saya sudah temui realiti."
Ya,
Alice kini sedang keluar dari Wonderland.
Apakah dia pernah terfikir untuk kembali?
Realiti, Alice. Realiti.
Apakah kamu masih punya masa untuk berfantasi?

4 comments:
as one of your readers from your time in the wonderland, I would say you can still do both.
there are many people out there who can learn more from fantasy then reality. you can have fantasy as an approach to these young minds who have extraordinary imagination, sometimes giving them advices indirectly.
the Wright brothers fantasize about flying just like the birds, and they manage to put it to reality.
will you think it over?
this is just my opinion, maybe our definition of reality and fantasy is totally different.
hm, boleh difikirkan.
tapi budak zaman skrg ni nak ke membaca sgt?
-_-!!
dulu.. saya selalu kena marah dengan mak.
sebab ap yea?
hmm, sebab saya ibarat orang yang berada di dunia fantasi. dunia khayalan saya sendiri. saya cipta dunia saya. saya marah orang yang cuba rosakkan dunia saya. saya marah mak saya bila mak saya marah saya. hehehe.
Alhamdulillah.. bila dah bertukar dunia nie.. hmm, means Dunia Tarbiyah. Kita sepatutnya sedar akan realiti sekarang! huhuhu~
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu.. xpecially buat ibu saya yg semua orang x kenali.. hehehe =)
Sebenarnya..
saya masih dengan fantasi.tapi, fantasi yang bagus la. hmm, saya cipta dunia sya yg baru.. dunia tarbiyah dan motivasi dalam diri.
Dan...
Saya ingin mimpi saya jadi realiti..
Melihat sinar islam kembali!
insyaAllah... ^.^
cik anonym,
alhamdulillah.
melihat sinar Islam kembali,
itu bukan fantasi.
tentunya. dengan izin Allah jua.
Cuma,
kena selalu ingatkan diri..
jangan jadi Siti di Alam Fantasi ya..^_~
peringatan utk saya juga terutamanya.
Post a Comment