Monday, May 18, 2009

kota rindu


Belum 24 jam lagi, tapi dah rindu...

pada angkut yang pantas dan boleh memuatkan 15 orang (juga yang kena duduk di depan pintu)..

pada kreativitas penduduknya, ketabahan dan kesungguhan mereka dalam mencari rezeki..menjadi inspirasi. Untuk turun dari bas ini, sila tepuk tangan.


pada kedinginan air dari pergunungan...


pada bendi yang belum berkesempatan untuk dinaiki..(mereka panggil kereta kuda sebagai bendi!)


pada makanannya yang enaak banget! Ok, yang dalam gambar ini ialah empek-empek (kalau tak silap) Masyarakat di sini suka makanan dengan coklat dan keju. Oh, saya ada bawa pulang sedikit Chocolatos yang enak juga =)


pada pemandangan yang begitu mendamaikan dan kawasan pergunungan yang sentiasa mengingatkan tentang bagaimana Allah sering mengisahkan tentang gunung-ganang dalam surat cintaNya.



dan yang terutama kepada wajah-wajah mulus yang dipertemukan oleh Allah di sini..
Kangen banget, sih!

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!
Saya perlu sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana membantu kami di sepanjang perjalanan ini. Semoga pertemuan ini benar-benar mendapat redha-Nya dan menjadi pencetus untuk menggerakkan kita dengan momentum yang lebih baik selepas ini dalam mendaki perjalanan sukar untuk menemui Tuhan di Syurga kelak.

Jazakunnallahu khairan katseera buat semua.
Salam sayang, salam rindu.


Nak pergi lagi!!!!
Semoga berjumpa lagi..bi iznillah.

2 comments:

wanderfulmadnificent said...

where is this? the place seems very interesting!

kuchinque said...

It's in indonesia.
Extremely interesting and full of adventure. Especially when you travel with that angkut and other public transport. Cool!