Tuesday, May 12, 2009

calon


"Assalamualaikum. Cik K, saya daripada FST. Awak terpilih untuk menjadi calon anugerah pelajar cemerlang. Sila hantar CV selewat-lewatnya esok."

Ha, calon ape? Astaghfirullah..macam tak percaya menerima panggilan tersebut. Saya pun terkial-kial menyalin e-mel yang diberi. Masya Allah, hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Adakah ini satu lagi ujian daripadaNya? Atau mungkin satu petanda untuk saya teruskan pengajian pula?

Saya sedar, ramai lagi yang lebih bagus daripada saya. Rasa tidak layak pun ada. Entah-entah, saya ni calon yang ke-100 saja. Apa-apa pun saya tetap bersyukur dan berasa gembira walau hanya menjadi calon sahaja. This is good enough for me, alhamdulillah. Jika tidak menerima anugerah pun tak apa, yang penting kena usaha sungguh-sungguh untuk hasilkan CV yang best! Siapa tahu apa takdir yang telah tertulis oleh Yang Maha Kuasa? Oleh kerana kita tidak punya pengetahuan itu, seharusnya kita bersungguh-sungguh dalam berusaha dan sentiasa berlapang dada untuk menerima apa sahaja yang tertulis dalam kehendakNya. Pastinya apa yang ditetapkanNya itu yang tebaik buat kita! Mesti optimis!! ^__^

Kembali memikirkan saat saya melangkah ke kampus itu. Saya benar-benar berazam untuk mendapatkan gred yang terbaik di sepanjang tempoh pengajian. Sehingga menginjak ke tahun ketiga barulah saya kembali sedar (atas kehendak Yang Maha Kuasa) akan matlamat sebenar belajar itu sendiri..malah matlamat kewujudan saya di muka bumi. Allahuakbar! Bagaimana saya telah tertipu selama ini. Sepertinya semua usaha saya untuk belajar kelihatan sia-sia sahaja. Saya belajar kerana mahu mendapat gred yang baik, atau mungkin kerana mahu membalas jasa umi dan abah yang banyak berkorban. Jadi, di mana saya letakkan Tuhan? It sounds so fake to say that I have studied for God, but deep inside I want the success for myself. It sounds so unreal to say that I devoted my life for God, when I keep doing things for my own sake. Saat mendengar ayat 51:56 dan 2:30, saya benar-benar rasa terpukul. Astaghfirullah.. apa yang telah saya buat selama ini??

Saat menerima suluhan cahaya ilahi dan ditunjuki jalan ini, saya turut diuji. Pertama kali saya tidak menerima sijil dekan. Bukan saya tidak bersungguh-sungguh dalam belajar, malah lebih-lebih lagi kesungguhannya as I was thinking to cover back what I have done in the past. Saya belajar sungguh-sungguh keranaNya dengan matlamat bahawa gred itu bakal membantu saya dalam perjuangan menegakkan kembali al-Haq. Tetapi, Allah lebih mengetahui. Mungkin itu satu ujian untuk saya, sama ada saya benar-benar telah meletakkan tawakkal kepadaNya. Apakah saya benar-benar akan berlapang dada dengan apa sahaja yang ditentukanNya? Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur. Mungkin itu salah satu cara Allah mengajar saya untuk benar-benar devote my life for Him. Menerima apa sahaja yang ditentukanNya.

Jadi, sama ada saya menerima atau tidak anugerah itu sudah lama tertulis. Peluang yang saya ada sekarang ialah untuk berusaha!! (ya, dengan niat jika saya menerima anugerah tersebut, ia bakal menjadi alat tambahan untuk saya diterima dengan lebih baik oleh masyarakat dalam usaha mengembangkan lagi dakwah Islam yang indah ini..insya Allah)

Hm, doa tu pun salah satu usaha juga. Maka, marilah berdoa untuk saya beramai-ramai dan beramai-ramai kita cuba dapatkan pahala dari Allah ;) Tapi, kalau jadi calon untuk syurga Allah mesti lagi best! So, doalah supaya kita semua pun jadi calon ahli syurga! Ehem, tapi mesti kena diikuti dengan amal ahli syurga juga ya!!!


Allahu a'lam.
Pena telah terangkat dan dakwat pun telah kering.

2 comments:

wHoSeNa said...

gewd luck dear..!!!

Anonymous said...

Tahniah for the achievement :) Happy belated teachers day cikgu KD :)

KD, awak pi tak walimah ekin? Dah janji dengan siapa-siapa? Nak pegi sekali?