Monday, May 25, 2009

hatinya celik


Ok, ini entri sambungan kepada 3 in 1 tempoh hari. Kami berprogram seperti biasa, tetapi kali ini programnya sepertinya sangat istimewa kerana ada seorang peserta yang istimewa. Subhanallah... biarpun tidak celik di mata, tetapi hatinya sungguh celik sekali! Semangatnya untuk turut serta sememangnya sangat menggugah kami yang diberi penglihatan sempurna. Betapa lagi bila mengetahui yang dia sedang berusaha mendapatkan Ph.D tidak lama lagi!

Tatkala yang celik matanya mengisi dan memenuhi buku catatan dengan nota,
dia memenuhi hatinya dengan sebanyak-banyaknya.
Malahan bila disoal semula, dia mampu menjawab lebih baik daripada mereka yang menyalin dan melihat dengan pancaindera sempurna.

Masya Allah, kata-kata terakhirnya saat refleksi malah menggugah siapa saja yang mendengar.
"Jangan lupa, kita ada tugas sebagai pendakwah apabila pulang selepas ini!"

Lantas mengingatkan saya dengan sahabat nabi yang hampir sahaja serupa sifatnya, Abdullah bin Ummi Makhtum. Betapa istimewanya beliau kerana surah abasa diturunkan dengan merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepadanya. Betapa istimewanya beliau bila menjadi duta bersama-sama Mus'ab ke Madinah. Subhanallah. Semoga sang celik hatinya ini juga menjadi Abdullah bin Ummi Makhtum yang seterusnya.

Juga buat kali pertama saya bertemu dengan adik-adik yang sungguh lembut hatinya. Pertama kali menemui peserta yang menangis biarpun tidak ada apa yang kami hidangkan untuk ditangisi. Subhanallah, saya lantas teringatkan hidayah Allah yang hadir dalam sekelip mata. Mungkin ini petandanya, kuasa Allah juga. Dalam kekalutan kami, Allah juga perancang yang terbaik. Segala puji dan syukur selayaknya dikembalikan kepada Allah juga.

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar!

Malam itu saya pulang dengan kereta panjang. Dalam gerabak yang sama saya temui insan-insan istimewa ini lagi. Kali ini, mereka sekeluarga. Ayah, ibu dan makciknya kesemuanya buta. Tetapi kuasa Allah juga, kesemua anaknya yang masih kecil itu sempurna. Lalu anak-anak kecil itu yang memandu arah mereka tatkala mahu keluar dengan si ibu masih mendukung anaknya yang paling kecil. Subhanallah! Betapa mungkin saya ini seorang yang kufur nikmat dengan apa yang telah dikurniakan Allah. Betapa mungkin saya sering saja mengeluh atas ujian yang tidak seberapa.

Astaghfirullah.

Ya Allah,
do forgive me when I whine.

For what you have given me are more than just fine.


Ya Allah,

bless me with patience and syukur

and prevent me from ignorance and takabbur.


Ya Allah,

help me to make the best out of everything given

so it will lead me to your heaven.




No comments: