Ini bukan iklan atau promosi minuman tiga dalam satu. Semalam sebenarnya adalah hari istimewa 3 dalam 1 untuk saya. Berasa sedikit tamak kerana mahu memenuhi kesemua 3 dalam 1 tersebut, tetapi Allah lebih mengetahui saya hanya mampu menghadiri salah satu daripada tiga keperluan tersebut.
Jemputan pertama dari sahabat sekolah lama ke majlis perkahwinannya. Tentunya hati saya teringin hendak pergi kerana pastinya rakan-rakan sekolah yang lain akan berada di sana. 6 tahun tidak bertemu, entah bagaimana keadaan mereka agaknya?
Jemputan kedua adalah daripada klik saya semasa di matrikulasi, The N.I.T.E Genk. Sudah lama juga tidak bertemu dengan mereka. Mengimbau kembali kenangan lama, kami ini memang suka membuat hal kami sendiri. Maklumlah masih berjiwa kanak-kanak riang lagi ketika itu.
Jemputan yang ketiga bukanlah sebarang jemputan, tetapi tanggungjawab yang lebih utama. Di saat saya yang lebih lapang dan kurang dibatasi oleh tanggungjawab lain, adalah lebih utama untuk saya memenuhi tanggungjawab tersebut. Lagipun, saya tidak mampu untuk mencari alasan yang lebih kukuh untuk tidak memenuhi tanggungjawab tersebut. Tanggungjawab untuk membawa manusia kembali menikmati Islam seterusnya mengecap bahagia dengan mendekatkan hati kepada pencipta. Saya memilih untuk memenuhi jemputan yang ketiga. Menjadi peserta taman syurga dan moga-moga berada dalam naungan para malaikat juga =)
Untuk jemputan yang pertama. Saya mendoakan kebahagiaan anda dalam rahmat dan kasih-sayang Allah. Semoga membentuk keluarga bahagia yang sentiasa meletakkan Tauhid sebagai tunjang utama pendidikan keluarga.
Untuk jemputan kedua, saya memohon beribu-ribu kemaafan daripada mereka kerana tidak dapat bersama. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Rancangan supaya mereka berkumpul di tempat yang berdekatan dengan jemputan ketiga saya supaya sempat berjumpa dengan mereka nampaknya tidak berhasil. Mereka berjaya berada di sana. Cuma saya yang tidak sempat untuk bertemu mereka. Tambahan lagi saya kehabisan kredit untuk menghubungi mereka dan terpaksa menghantar beberapa orang adik pulang ke tempat mereka. Kepada teman baikku sekalian, saya mohon maaf sangat-sangat. Mungkin saya yang patut menjenguk kalian selepas ini =)
Saya mahu menceritakan tentang jemputan ketiga yang sangat bermakna. Mungkin panjang sedikit tetapi ada banyak perkara yang begitu mengesankan hati saya. Insya Allah di penulisan yang lainnya.

1 comment:
it's okla dude...ktorg pn xkesah...
insyaAllah ade kesempatan lain yg akan diberi kelak...
hehehe..kita merancang..Allah yg menentukan..
btw..gud luck for wuteva u do dear..=)
Post a Comment