Wednesday, May 6, 2009

rasa terikat?

Satu pengajaran besar yang saya pelajari daripada TTD karya encik FT ialah untuk tidak rasa terikat pada sesuatu. Rasa terikat akan membuat kita rasa akan diri ini empunya sesuatu, lalu apabila nikmat itu ditarik kita akan berasa sangat sukar untuk menerimanya dan mungkin saja beremosi tidak ketentuan hala.

Bagaimana?

Jika kita empunya kereta, kita mungkin akan rasa terikat bahawa kita ialah tuan punya kereta kerana kereta itu dibeli hasil susah payah diri mengumpul setiap sennya. Bila nikmat kereta itu ditarik, contohnya kereta dicuri atau kereta dirosakkan dengan sengaja. Sekonyong-konyongnya kita akan berasa geram, marah, sedih, dukacita dan kecewa. (Ah, saya dulu kehilangan basikal pun beberapa kali... menangis juga. huh)

Malah, jika barang kita digunakan orang lain tidak dengan sebaiknya pun kita akan melenting, geram dan rasa orang itu tidak tahu berterima kasih dan menghargai barang yang kita pinjamkan. Itu barang AKU YANG PUNYA. Mungkin itu sikap kita. Merasa keterikatan terhadap sesuatu seolah-olah kita yang punya.

Atau mungkin kita yang alpa.

Sedang kita hidup sebagai peminjam saja. Peminjam atas segala apa saja kurniaan atas bumi Tuhan ini. Bagaimana mungkin kita boleh berasa empunya barang segala?
Lantas, encik FT ingin mengingatkan kita bahawa rasa terikat itu nanti yang akan mengikat dan menjerat nanti.

Ada orang jadi gila bila kehilangan sesuatu yang dirasakan sungguh-sungguh miliknya.
Ada orang jadi marah tak tentu hala bila dirasakan miliknya diambil atau menjadi binasa.

Bukan saya hendak menidakkan hak. Tapi untuk mengingatkan diri yang alpa, hendaknya kita sedar rasa memiliki itu seharusnya berpada.
Tiada siapa yang empunya sesuatu dengan sepenuhnya.
Kerana hanya Yang Esa punya kuasa mutlak atas segala sesuatunya.

Lantas,
buanglah rasa terikat atas sesuatu. seolah-olah kita empunyanya.
Biar apa saja, landaskan bahawa ia pinjaman Yang Esa untuk dijaga sebaiknya.
Andai diambil semula dengan apa jua cara,
lapangkanlah hati untuk mengembalikannya jua.

3 comments:

Huzayfah Hafas said...

Salam, Kak KD...
Aaa,bestnyer dh baca TTD...
Nk baca jugak..
Sabar Zay, lepas exam....
wuuu....
;-(

Mama Hazim said...

TTD tu takle best sgt.
but i always look for the positive things yg boleh diambil dari buku tu. hehe.
kalu nak baca TTD kena baca sampai habis. kalu tak, salah faham pula. jgn lupe guna penapis ye :P

mun said...

TTD ---> kena faham btol2 ;)