Friday, October 3, 2008

A cup of love, anyone?



"Cepat, kita kena fikir theme untuk group ni. Sape-sape ada idea?"
"Love!", jawab saya spontan.
Semua mata tertumpu kepada saya. Terpana.
Salah ke apa yang aku cakap?

Kisah ni berlaku semasa saya di semester 2. Saya menyertai satu kem fasilitator untuk program motivasi pelajar PMR di sekolah. Sebelum ke sekolah, kami perlu menjalani latihan berkumpulan.

Love. Pelik sangatkah sampai semua orang pun buat muka terkejut?
Love tu kan maksudnya kasih-sayang.
Apa yang saya maksudkan ialah kasih-sayang antara semua manusia. Tak kira bangsa, tempat dan agama.
Pelik sangatkah?

Oh, saya terlupa. Sekarang ni manusia sibuk dengan 'Love' yang picisan.
'Love' murahan.
Bila disebut 'love', kebanyakan orang terbayang cinta muda-mudi. Atau cinta antara dua jantina.

Ceh, saya pula yang jadi malu akhirnya.
Saya bagi cadangan tu dengan full intention nak bercakap pasal kasih-sayang manusia. Tentang manusia yang ditindas, tentang manusia yang terpinggir di saat orang lain sibuk dengan hal masing-masing --> pentingkan diri.
(tapi, tak sempat nak bagitahu sebab semua orang buat-buat tak layan dan cepat-cepat bagi cadangan lain. Ciss.)


LOVE. LOVE. LOVE.
tak kisahlah orang rasa pelik bila saya cakap pasal love. sebab saya tahu maksud saya betul. Habis tu nak panggil apa? Humanity@kemanusiaan? Itu diskriminasi kepada haiwan. takkan haiwan kena 'treat' cara 'animality' pula..?
There's no such thing as humanity to me. It's LOVE. Duh!
Tak kisah lah kepada sesiapa pun. Manusia ataupun haiwan. Semua perlu di'treat' dengan LOVE.


Hidup yang 'LOVELY'.
Ya. Saya sudah mula belajar untuk hidup yang 'lovely'. Hidup yang penuh rasa kasih-sayang. Itulah hidup cara Islam. Sebagaimana Allah dengan kasih dan sayangNya memilih kita untuk mengenal Islam, sebegitu juga kita perlu hidup untuk menyebarkan kasih-sayang tersebut. Kalau dulu mungkin saya tak nampak 'love' yang sebegini. Tapi, itulah hakikatnya.
ISLAM = LOVE

Islam itu dihadiahkan oleh Allah kepada kita sebagai tanda kasihNya kepada kita. Islam itu untuk menyelamatkan kita dari dunia yang penuh kesesatan ini. Islam itu sebagai hadiah untuk kita mendapat bonus yang lebih besar di akhirat nanti. Hadiah yang tidak putus-putus dari Allah. Allah is soo sweeet. Sudahlah kita ni hanya peminjam, segala yang ada pada kita ni semuanya pinjaman dari Dia. We have nothing. Macam pengemis, tapi lebih teruk lagi. Sebab setiap satu sel yang ada pada kita ni pun bukan milik kita. Yet, Allah tak pernah kenakan apa-apa bayaran pun. Interest apatah lagi. Yang ditawarkan hanyalah hadiah, bonus dan bonus lagi. Tak putus-putus. Cuma kita yang pilih nak ke tak nak. Kalaulah manusia ni boleh nampak bonus ni macam diorang nampak duit, mesti semua orang pun berebut-rebut nak bonus yang Allah bagi ni. Tapi, sebab Allah nak uji siapa yang benar-benar tulus kepadaNya, tu yang tak berapa nak nampak kan? Hehe. Tapi, Allah uji kita pun sesuai dengan tahap kita. Again, He knows us better.

Setelah mengenal The True Love, saya juga belajar untuk menjadi orang yang spread love. Pasti lebih manis bila semua orang pun dapat merasai The True Love itu. Oleh itu, orang-orang yang ingin spread love ini juga perlulah spread love dengan penuh kasih-sayang. Masakan ingin mengungkapkan kata penuh kasih dan cinta, tapi bunyinya kasar dan menyakitkan hati saja. Kerana itu orang yang ingin spread love ini juga perlu tahu dan penuh sedar cara untuk menyampaikan cinta seharusnya dengan menyentuh hatinya terlebih dahulu. Hati manusia itu fragile, mungkin juga keras membatu, mungkin juga kasar, dingin dan mungkin juga persis 'Azkaban'? Tapi, disitulah kunci utamanya.

Menyentuh hati pastinya tidak semudah yang dikata. Ada orang perlu dipikat dengan perutnya, baru dapat disentuh hatinya. Ada orang perlu diangkat begnya, baru dapat disentuh hatinya. Ada orang perlu didendang dengan kata-kata, baru tersentuh hatinya. Manusia itu unik, maka cara untuk menyebarkan cinta juga perlu berseni. Tapi, banyak juga perkara kecik-kecil dalam hidup kita sebenarnya boleh menyentuh hati manusia. (Dulu hati saya tersentuh bila ada sekumpulan orang yang berebut-rebut mahu mengangkat beg saya. Kisah yang manis..^___^)

Saya ada seorang teman yang baru pulang dari Yu K. Orangnya manis sekali. Kalau melihat dia, seperti melihat simbol hati beterbangan di sekelilingnya seperti buih-buih. Kata dia,
"Setiap hari, bangun pagi dengan penuh keazaman untuk sayang semua orang pada hari itu."
Ya. Saya juga cuba mempraktikkannya. Terasa hari yang dilalui memang indah. Riang dan gembira. Terasa mahu memberitahu seisi dunia, hidup anda pasti indah bila dapat tahu The True Love. Bila merasai cintaNya, bila merasai cinta dari orang-orang yang terkesan dari cintaNya. Indah, memang indah.

Saya ingat dia pernah cerita, orang-orang di Yu K memang penuh dengan cinta. Di pasar saja, dia akan dipanggil dengan panggilan 'Love'.
"Good Morning, Love. What do you want for today?"
Sungguh. Mungkin kerana itu dia pulang dengan membawa butir-butir 'Love' juga.
Manusia di Yu K itu memang sangat baik hati, sentiasa bersedia untuk menolong siapa jua dengan sedaya upaya mereka. Tapi di sini, di negara yang sepatutnya mengamalkan The True Love...sungguh mengecewakan.

Mengapa?
Kerana kita tidak merasa 'Love' itu sebagai yang istimewa.
Atau tidak merasa sendiri 'The True Love' dalam hati kita.
Atau masih tidak pasti dengan 'Love' dariNya?
Atau masih mahu menolak 'Love' yang tidak putus-putus dariNya.. kerana kita masih disibukkan dengan dunia?

Sangat malang. Bila kita sudah diberikan cinta yang teragung, tetapi kita menolaknya pula. Kerana lebih cinta kepada dunia dan segala keindahannya yang sementara.

Jika kita telah dipilihNya untuk menerima cinta. Jangan disimpan begitu saja. Spread Love. Masih ramai lagi yang belum merasainya! Sebarkan 'The True Love', supaya semua orang boleh bergembira menikmatinya. ^__^




Hidup ini lebih indah bila mengenal dan merasai islam itu dengan hati... lebih yummy!

p.s: Alhamdulillah, sempat curi-curi tulis blog walaupun tesis tak siap lagi. Doakan supaya tesis ni siap. huhu..;)

6 comments:

Raudhah said...

kita masih tak dapat nak praktikkan the true love sebab kita percaya bahawa love=suka terhadap berlainan jantina.

jd,love itu disebarkan kepada golongan2 tertentu sahaja...

raudhahkholidah,nasihat yg baik!

Mama Hazim said...

thanks, Raudhah.
it's ok. once you have tasted the truest love,you'll feel the same way I do. Rase macam nak terbang and spread the love to the whole world.

But first,have a cup of mine. Will you? ^__^

niesa.imana said...

salam...

eid mubarak.. mintak maaf dunia dan akhirat..

cam sy x?
hehe.. +)

Mama Hazim said...

salam.
selepas melakukan penyiasatan selama beberapa minit..
ya, saya pasti ini mesti
DAYANG!!!

isk3, lama tak dengar citer awak.
huhu..maaf atas segala khilaf juga.
selama saya membuli awak dulu..
membuli? ehe

melanie said...

terima kasih sudi follow..
moganya sama2 mendapat manfaat

Arifah said...

I love you too. Hehe.

Saya ok sis! Thanks for the concern. ;)