Wednesday, October 22, 2008

Angah dan Adik

Angah terkedu. Berkedip-kedip matanya melihat 'utusan segera' daripada adiknya. Tidak pernah disangka adiknya akan bertanya sedemikian rupa.

Adik: Angah, f**k tu apa?

Angah terdiam sebentar. Adiknya baru berusia sepuluh tahun. Perangai pun masih seperti kanak-kanak ribena. Angah cuba juga menjawab pertanyaan adik. Angah tahu, dia mesti hati-hati. Jangan berkasar, takut adik salah faham pula.

Angah: Adik, itu perkataan mencarut. Jangan guna, tau. Nanti orang ingat adik ni teruk.
Adik: Okay
Angah: Mana adik baca tu?
Adik: Chat
Angah: Adik chat dengan siapa?
Adik: Tak tahu. Dia yang invite. Adik terima je la.
Angah: Adik, internet ni bahaya. Adik tak boleh terima orang yang adik tak kenal.
Adik: Adik dah kenal la...
Angah: Kenal dalam internet tak cukup. Internet ni bahaya. Bukan boleh percaya. Nanti orang tu hantar virus, rosakkan computer, nak? Macam-macam boleh jadi kat internet ni. Orang pun boleh curi duit kat internet.
Adik: Ok.
Angah: Habis tu, adik nak buat apa sekarang?
Adik: Tak nak
Angah:Ok. sekarang adik klik kanan pada nama orang tu, pilih 'block'. Ok?
Adik: Ok
Angah: Adik dah buat?
Adik: dah
Angah: Ok, ada siapa-siapa lagi yang bukan family kita dalam senarai adik?
Adik: Ahmad
Angah: Ahmad ni siapa?
Adik: Adik jumpa dia kat Iloveislam. Dia belajar kat Universiti.
Angah: Adik, tak boleh. Adik tak kenal dia.
Adik: Adik kenal. Dia baik.
Angah: Adik, kalau kat internet kita tak boleh kenal siapa baik atau tak. Banyak orang jahat yang menyamar jadi baik. Internet ni bahaya. Jangan kawan dengan siapa-siapa sesuka hati saja.
Adik: Habis tu nak kena block juga ke.
Angah: Ya
Adik: Ala..
Angah: Adik, Angah sayang adik. Angah tak mahu jadi apa-apa kat adik nanti.
Adik: Okay..
Angah: Adik buat macam yang angah ajar adik tadi ya. Block Ahmad tu.
Adik: Ok. dah block.
Angah: Ada siapa-siapa lagi?
Adik: Tak de.
Angah: Betul ni?
Adik: Betul. Tak caye, cek la.
Angah: Bagus. Alhamdulillah. Angah doakan adik supaya selamat dan dijaga oleh Allah. Lepas ni adik kena bagitahu Angah apa-apa yang Adik buat dalam internet ni. Internet ni bahaya. Website pun tak boleh buka sesuka hati saja.
Adik: Ok. Angah..tolong adik cari website yang ada game. Bosanlah...
Angah: Ok, dear :)

Angah sungguh risau. Adiknya itu sungguh naif. Kadang-kadang Angah dihimpit rasa bersalah tidak sempat meluangkan masa untuk adik. Adik, maafkan Angah..

p.s: mungkin selepas ini saya akan membuat siri khas mengenai Angah dan Adik pula ;)

1 comment:

Hilman Nordin said...

got the same problem here.

my sis. dia tau byk benda as a 10yr old than mase kita dulu. now she can make a video and post it in youtube.

aisy...