Tuesday, October 28, 2008

Tuan-tuan dan puan-puan

Tuan-tuan dan puan-puan,
datuk-dato' dan datin-datin,
saudara-sedari serta hadirin hadirat sekalian.

Saya di sini,
anda di sana,
kata-kata saya
bukan sandiwara
bukan pula untuk berjenaka.

tuan-tuan dan puan-puan,
jalan-jalan
cari makan
apakah itu saja yang kamu fikirkan?

datuk-dato' dan datin-datin,
oh, nampaknya ada hal penting.
maaf, saya mohon sedikit masa.
ini hal genting.

saudara dan sedari,
ah, kamu masih menari?
duhai, lihatlah mentari
tidak pernah sesaat terhenti
dari mengingati Ilahi.

cukup-cukuplah,
mari ke mari,
Tuan-tuan dan puan-puan,
datuk-dato' dan datin-datin,
saudara dan sedari.

Hadirin hadirat sekalian,
saya cuma mahu tahu.
tidak perlu malu-malu.
dengan apa tujuan kamu di sini?
bukan.
bukan di blog cabuk ini.
tapi di dunia fana ini.
kamu mengerti?

Tuan-tuan dan puan-puan,
datuk-dato' dan datin-datin,
saudara-sedari dan hadirin hadirat sekalian.



Syahadatul-Haq
28 Nov 2009

29 Syawal 1429H
9.15 malam
T.M

No comments: