Wednesday, October 29, 2008

Menjadi Luar Biasa

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Lega.
Selesai sudah tugasan di kala minggu kritikal sebelum peperiksaan terakhir ini: Pameran reka cipta alat bantu pengajaran daripada bahan terbuang. Sekuran-kurangnya 'raksasa' saya mendapat tempat di hati juri (Tak kisahlah kalau tak menang pun, tak fikir ke tahap tu pun ;p). Teringat mula-mula saya mencipta raksasa itu, habis ditertawa oleh teman-teman yang lain. Sabar je lah, mereka tak nampak apa yang saya nampak dengan raksasa ini. Bila dah siap dan dipamerkan, barulah terrgamam. Bukan nak kata bagus, tapi raksasa itu tidak kelihatan seperti yang dilihat semasa dalam proses untuk disiapkan. Sudah siap, baru mereka dapat lihat gamabaran raksasa ini secara keseluruhan. (sibuk nak ambil gambar pula!)


Itulah gambarannya keadaan kita. Banyak perkara dalam hidup ini melibatkan keyakinan dan keberanian untuk keluar daripada kebiasaan. Sekiranya dalam cerita saya tadi, saya hanya mengikut kata teman-teman dan berhenti mencipta raksasa yang pelik itu, mungkin hasil saya juga adalah biasa-biasa saja. Kadang-kadang kita terlalu takut untuk menjadi manusia yang dilihat pelik oleh masyarakat lainnya. Saya percaya, hanya manusia yang punya keberanian dan keyakinan yang tinggi mampu menjadi manusia yang luar biasa.


Kalau dulu saya juga mahu jadi manusia yang biasa-biasa saja. Manusia yang tidak terlalu ekstrim mahupun terlalu pasif dalam segala hal. Cuma, saya suka untuk menjadi unik dan kreatif apabila berkarya. Tidak kira dalam menulis, melukis, mencipta atau apa saja yang berkaitan dengan kreativiti. Paling tidak suka menjadi orang yang hanya ikut mengikut orang lain saja.

Tempoh hari saya menonton video-video lama. Ketika itu saya diminta untuk memasang beberapa video semasa peserta sedang berehat. Terjumpa video ketika kali kedua saya mengikuti program. Saya sempat menjelaskan kepada para peserta mengenai saya pada waktu itu. Ya, masih kelihatan sungguh keanak-anakan. Entah kenapa, saya berasa seperti mahu menangis ketika itu. Video itu baru lebih kurang 17 bulan yang lalu dan saya dapat lihat perbezaan saya pada waktu itu dan kini. Video itu mengimbau kenagan saya semasa mula-mula bertatih mengenal islam. Masih lagi saya yang takut untuk menjadi ekstrim dan mahu menjadi manusia yang biasa-biasa saja. Saya yang masih belum boleh terima perkataan yang 'terlalu' islamik. Saya yang masih bingung...

Lantas saya teringat surah ad-Dhuha...
Ad-Dhuha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi waktu Duha. (1) Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (2) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu). (3) Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (4) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). (5) Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? (6) Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (7) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? (8) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. (9) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. (10) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (11)

Sungguh signifikan sekali.
Surah yang meminta saya untuk melihat kembali segala kurniaan Allah pada saya. Anugerah yang terindah. Anugerah untuk saya mengenal cintaNya.


Baru-baru ini program Syahadatul-Haq, saya jadi bidan terjun buat kali kedua. Banyak perkara menarik mahu dicerita, tapi sudah dihantui kantuk pula.
Hm, ini tulisan seorang peserta mengenai program tempoh hari. Untuk Syahadatul-Haq, klik entri-entri seterusnya..

Ada masa sesuai, saya cerita lagi. Insya Allah.

No comments: