Pernah satu ketika, tempat ini meriah dengan bendera-bendera kecil berkibaran. Bendera dengan pelbagai warna dan gaya, meliuk-lentok ditiup angin. Saya kadang-kadang turut teruja. Masakan tidak, tempat yang selama ini sunyi sepi dihias begitu warna-warni sekali. Manusia di sekeliling saya sedang berperang. Masing-masing seperti mahu tunjuk 'siapa lagi hebat?'. Kalau saya yang menjadi penilainya, dua-dua pun saya bagi kalah (dari sudut alam sekitar dan aspek estetika, gagal!).
Saya tidak begitu ambil peduli tentang bendera mana yang gah mahupun memberi sokongan kepada pihak yang mana. Ada teman-teman saya yang begitu bersemangat meminta saya menyokong pihak 'mesin ATM'. Kata mereka, saya ni pelajar biasiswa. Hidup dalam tanggungan 'mesin ATM', 'mesin ATM'lah yang beri duit untuk saya kalau tak siapa nak bagi lagi...bla,bla,bla. Saya yang pada mulanya malas nak masuk campur, berasa geram pula. Takkanlah sebab mesin ATM tu tugasnya mengeluarkan duit, saya nak kena sembah-sembah dan puja-puja pula! Mesin ATM tu hanyalah sebuah mesin, satu alat yang memang diciptakan untuk menjadi medium perantara supaya duit tu sampai kepada saya. Duit tu kan rezeki juga, sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Kenapa perlu risau pula? Kalau sudah rezeki saya untuk dapat duit itu, boleh saja bukan dari 'Mesin ATM', mungkin 'Peti POS', peti sejuk, atau apa saja. Saya berasa kasihan apabila perkara sebegini dimomokkan sebegitu rupa. Ini soal iman. Saya tidak mahu beriman dengan 'mesin ATM' sebagai pemberi rezeki saya.noktah.
Pada mulanya saya ingatkan tidak ada apa-apa. Rupanya ramai juga yang berfikiran seperti teman saya.

"Kita perlu berterima kasih dan memberi sokongan kepada pihak 'Mesin ATM', kalau tidak kerana mereka, kita tidak akan dapat mengecap hidup yang sebegini..."
Cehhh..
bukankah mesin ATM itu hanya mesin saja?
err..kamu fahamkah apa yang saya kata?
No comments:
Post a Comment