Sunday, October 26, 2008

Neraka untuk Syurga

Bismillah.

Kakak bertanya, "Kenapa Allah ciptakan Syurga dan Neraka?"
dan Kakak menjawab pula, "Kerana Allah mahu berikan kita syurga. Allah mahu kita gembira di syurga. Tapi, kenapa Allah ciptakan neraka?"
Kakak menjawab lagi, "Kerana neraka adalah pilihan untuk orang yang tidak mahukan syurga."

Kakak membuatkan saya berfikir.
Saya selalu katakan yang saya mahukan Syurga. Sebab syurga itu indah dan pernuh nikmat. Malah lebih hebat lagi dari apa sahaja di dunia ini.

Tapi saya tidak pernah berfikir sebab Allah ciptakan Syurga dan Neraka.
Dua tempat yang sangat dan teramat kontra.
Syurga yang penuh nikmat dan keindahan lebih daripada yang kita dapat bayangkan di dunia ini..
dan Neraka yang penuh azab dan kegerunan lebih daripada yang kita dapat bayangkan di dunia ini.

Saya berfikir.
dan saya percaya.

Allah ciptakan Syurga kerana Allah mahu kita bergembira di dalamnya.

dan

Allah ciptakan Neraka kerana Allah mahu kita memilih syurga.

Kerana Allah sayangkan kita..
Allah ciptakan neraka.

Kerana Dia tahu, secara fitrahnya kita tidak akan mahukan neraka.
malah diciptakan lagi neraka itu sedahsyat-dahsyatnya..dan diceritakan dengan amaran dan kegerunan.

Agar kita memilih untuk ke SYURGA.

ALLAH MAHU KITA KE SYURGA.
ALLAH SANGAT SAYANGKAN KITA.

Tapi...
Apakah kita benar-benar telah tunjukkan yang kita juga SANGAT MAHU KE SYURGA?

Allah ciptakan neraka, supaya kita memilih mahu ke syurga... dan berusaha bersunggu-sungguh membuktikan diri selayaknya menjadi ahli syurga.

Saya percaya.

2 comments:

sHi said...

salam ukhwah buat KD,
nice post, nice blog. syurga itu yang kite nak, neraka itu yg kite tanak kan.. u r rite. sbb Allah syg kite lah sbb tu Allah jdkan neraka. agar kite rasa gerun pada neraka yg kite tanak masuk tu. jazakillah~

see you soon insyaALLAH =)

Mama Hazim said...

walaikumussalam..
kak shi!!!
wah-wah, tak sangka bertemu di sini.
lama juga tidak dengar khabar.
baru melawat blog akak,seronok!
^___^