Wednesday, October 15, 2008

hamba dunia

Hari ini selesai satu kerja di tapak pameran, dua minggu lagi perlu kerja di pameran yang lainnya pula. Saya menyangka selepas menghantar tesis segalanya akan menjadi lapang semula, tapi oh..masih banyak kerja rupanya. Badan yang semakin tua ini pun sudah terasa sakitnya. Itulah ragamnya menjadi student, hidup dengan assignment..kalau tidak mengerti tujuan hidup yang sebenarnya, pastinya saya menjadi penyembah assignement, study serta hiburan sekali-sekala. Betapa berjayanya 'mereka' menyibukkan kita dengan hal-hal ini sehingga kita hampir saja menjadi 'pak turut' dalam setiap perkara. Masakan tidak, digerun-gerunkan pula dengan bayangan kerja dan godaan harta kekayaan ketika bekerja. Manusia pun menjadi hamba dunia. Oh!~~ (harapnya saya tidak begitu! Ya Allah, mohon dijauhkan..)

Kelakar. Sejak dari pagi tadi saya mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak diketahui. Tahu-tahu saja orang itu bertanya kepada saya, "Apakah kamu pergi casting hari itu?"
Saya terkejut? Casting apa? Saya tak pernah di'simen', kalau pergi casting untuk berlakon apatahlagi. Rupa-rupanya orang itu dari syarikat penggambaran, kononnya saya pernah membawa anak saya yang bernama Farah mengikuti uji bakat di syarikat mereka. Dengan penuh yakin wanita di talian itu meminta saya membawa anak saya ke PJ esok untuk berlakon 2 scene. Malas membuang masa, saya berterus terang yang dia telah menghubungi nombor yang salah.
(Kasihan 'Farah' , kecil-kecil lagi telah didedahkan dengan dunia fantasi sebegitu.. Glamor? Ah, apa kelas!)

Manusia menjadi hamba dunia.
apakah mereka lupa,
dunia ini hanya sebentar..
dan tak sehebat mana..
dibandingkan pula dengan kehebatan SYURGA!


Membina tangga ke syurga..mahukah kamu ku ajak ke sana?

2 comments:

Raudhah said...

oh..teringat pd diri sendiri..study terlalu kuat sambil tak ingat dah bende lain..di akhirnya baru tersedar,apa purpose sy study sebenarnya?

study kerana Allah,bukan study kerana nak dapat kerja bergaji banyak..

p/s: glamer farah ye..kecik2 dah ade org suro berlakon..

Mama Hazim said...

yeaps!
betulx3..
kadang-kadang kita selalu terlupa apa tujuan kita buat itu dan ini..
sebab itulah perlu saling ingat-mengingatkan, tak gitu?
^_^