Bismillah.
Sudah lama mencari peluang untuk menulis sesuatu yang lebih realistik. Mahu membincang sesuatu yang benar-benar dari hati. Ya, kerja-kerja dunia memang selalu saja menyesakkan. Kadang-kadang mahu juga mencari ruang untuk melepaskan lelah dan menghirup udara segar sedalam-dalamnya. Malah, yang lebih membimbangkan ialah apabila hati mula larut dalam kesibukan duniawi ini..akhirnya tewas malah terus terikut dengan arus yang deras dan kuat. Inilah yang amat menggusarkan saya. Iman yang baru mahu bercambah, masih terlalu rapuh bila menerima tekanan badai yang mengasak. Lemas, dan mungkin saja gugur semula. Aduh..
Saat saya mula berbicara tentang cinta.. mencari cintaNya..dan cuba menggilap hati agar bersinar dan berseri-seri dengan cintanya, saya harus bertanya kepada diri saya semula. Apakah benar-benar saya cinta padaNya?
Jika benar saya katakan cinta, maka mengapa ada masa yang masih saya persia bukan keranaNya?
Jika benar saya katakan rindu, maka mengapa masih berasa terlalu jauh untuk berbicara denganNya?
Jika benar saya katakan sayang, maka mengapa masih tegar melakukan kesalahan padaNya?
Jika benar saya katakan kasih, apakah bukti tanda kasih saya?
Dia tidak pernah menipu dalam cintaNya.
saat saya bersedih, Dia menghantar kata-kata indah dari kalamNya untuk mengubat duka.
saat saya berasa sukar, dipermudahkan pula.
saat saya berasa sendiri, Dia sentiasa di sisi.
tidak pernah satu saat pun Dia meninggalkan saya.
tidak pernah satu saat pun Dia tidak memberikan cintaNya.
sedangkan saya manusia yang lupa, lalai dan penuh dosa.
Maha Penyayang Nya.
walau berkali-kali kita melakukan kesalahan yang sama..
walau berkali-kali kita mohon ampun atas kesalahan yang serupa..
Dia malah mengampunkannya.
kerana KasihNya buat manusia.
Maha Cinta Nya..
walau berkali-kali kita membelakanginya dalam meminta.
malah meminta terlebih dahulu dari manusia, dari Dia yang lebih berkuasa.
namun Dia tetap tidak lokek untuk memberi.
kerana KasihNya buat manusia.
Saya masih berbicara tentang cinta.
tapi belum mampu untuk membuktikan..
Apakah saya benar-benar cinta padaNya?
4 comments:
assalamualaikum wbt kak kd..
best nya nukilan ni...mantap!
buat sendiri ke?? =)
erk?
tak la..hati yg berbicara, tangan menulis saja. yg pastinya..semua juga kurnia yang Maha Kuasa ^_~
em, ni tyqa yg kat belfast ke?
yela, saye yg kat belfast..=)
rindu k.kd..rindu m'sia..
k.kd slamat brjuang d m'sia..
moge sntiasa diberkati dan diredhai-Nya sntiasa..
oh ye, cane dgn usrah akak kt kyuem ye?
rindu awak juge..
dan semua kembar-kembar awak kat uk sana. cane la deorg ek?
alhamdulillah. usrah masih diteruskan selagi khidmat ini masih dibutuhkan..:P
sekarang tempoh untuk saya membuli (dengan kasih sayang :P) adik2 juniors awak pula..
^_^
Post a Comment