Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. It's Syawal. I've been longing to post something here. I've been writing a few entries but it ends up to be in the draft section. I just can't get it published yet, not at the right momment I guess. So here is one, a dedication to a sister (yang nun jauh di sana) who actually made me happy on the night of eidulfitiri. ^_^
Entri ini adalah kisah saya kembali bertemu dengan fitrah. Kisah ini tentang..
AKU DAN TUHANKU
Terasa seperti baru semalam saya pun macam masyarakat 'normal' yang lain. Saya rasa sudah cukup menjadi seorang muslim dengan hanya melaksanakan rukun islam: Syahadah, solat, puasa (zakat, haji belum lagi..belum sampai masa!). Saya rasa dah cukup bagus dengan tak meninggalkan ibadat-ibadat ni, sesekali dengar ceramah di tivi atau di surau, puasa sunat kadang-kadang, baca qur'an, tolong orang lain dan buat apa sahaja perkara yang baik-baik. Selebihnya saya bebas melakukan apa sahaja yang saya rasakan 'normal' dalam masyarakat, selagi tak membatasi hukum syara' (ececeh..macam la tau sangat hukum syara' masa ni).
Saya bukan anti-islam. bukan juga anti-sosial. Saya rasa sesiapa yang berkebolehan dalam agama, akademik, sukan, sosial, ekonomi dan sebagainya merupakan orang yang hebat. (walaupun yang 'sebagainya' itu termasuklah dalam kategori penghibur dan penyair). Tapi saya rasa janggal untuk menjadi seorang yang terlalu islamik atau terlalu 'baik'. Haha..saya rasa cukup bagus untuk menjadi orang yang biasa-biasa saja. Orang yang 'normal' barangkali..?
Saya pernah terfikir, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hidup ini?
Lahir, belajar, belajar dan belajar lagi, kerja, kahwin, dapat anak, pencen, mati.
kemudian anak-anak pun akan menjalani fasa-fasa hidup yang sama. Begitukah?
(Tapi, perkara ni sekejap saja terlintas di hati saya. Tak pernah nak kaji dalam-dalam..)
Walaupun saya bukan anti-islam, tapi saya kadang-kadang agak ragu-ragu bila islam ini hendak diaplikasikan dalam semua hal. Pernah saya terfikir, "macam mana la pak lebai macam ni nak pimpin negara. Diorang macam kolot je. Ni dah zaman moden, diorang boleh handle ke?"
Kadang-kadang saya sendiri takut untuk menjadi terlalu islamik. Takut menjadi kolot dan tak 'open-minded'. Oh-oh.
Alhamdulillah.
Allah bawa saya untuk mengenal islam yang sebenar. Allah buka pintu hati saya untuk merasai sendiri nikmat islam dan kebahagiaan menjadi seorang mu'min itu. jika mahu mengira usia saya selepas mendapat islam semula, saya baru setahun jagung.
Di pertengahan tahun lepas segalanya bermula...
Saya ke sebuah kem di pinggir desa. Walaupun pada mulanya saya berasa sangat 'rebel', tapi Allah lembutkan juga hati saya untuk menerima petunjukNya. Saya seperti menerima tamparan yang sangat hebat daripada kem tersebut. Saya mengenali erti kehidupan yang sebenar, tujuan manusia diciptakan. Tujuan saya wujud di bumi ini.
ni petikan cerita saya yang pernah tulis kat tempat lain (penat nak tulis balik :P)
"Sampai saja di sana, saya berasa sangat tertipu kerana saya nak ke **** . Masa tu memang saya rasa geram sangat. Rasa nak balik je tapi tak tahu nak cakap macam mana. Saya memang bajet nak pergi camping ke, hiking ke. benda yg adventure2. sekali kat sana..aduh! Dahla masa saya sampai2 tu jumpa budak yg tudung labuh, yg tak ckp sgt selain membaca al-qur'an sj (student **). dahlah datang dengan baju yang tak ikut tema, memang lain la.. Saya memang tak ckp dgn sape2 pun, duduk sorg2 je (sbb masa tu tgh layan perasaan yg geram sgt sbb rasa tertipu). Sekali dtg pakcik sorang ni yg bagi ISK. saya dtg memang tak baw a buku nota apa pun. pen pun saya tak igt bw tak. al-Qur'an apatah lagi. Bila nak start isk n semua org sibuk2 nak tulis, saya pun mintak la kertas A4 potong separuh kat org sebelah saya. tak delah nak tulis sgt sbb sy rasa program ni takdelah best sgt kot. tp mula interested sbb byk juga bnd yg selama ni tahu mcm dpt kefahaman yg lebih jelas. saya habis tulis semua muqaddimah dalam kertas a4 separuh tu. sampai nak masuk graf isk the next day, memang dah macam tak muat. pak cik tu macam perasan dan bagi saya sehelai kertas a4 yg baru. dia tanya, "cukup ke?". saya jual mahal (ataupun tgh takut dgn pakcik masa tu sebab dia suka soal2 orang), katalah yang kertas tu muat lagi (memang tak logik la). tapi pak cik bagi juga kertas tu. tapi memang sikit je pun yg saya tulis pasal graf tu.
Apa yang buat saya interested ialah saya terjumpa sorang ni yang cambest(masa ni saya tak tahu yg dia jadi fasi). Dia duduk sebelah saya. Sangat baik dan cam sempoi2 gak la. Saya tengok dia ada Qur'an tafsir dan ada banyak tanda sticker yang kaler2. Saya tanya kat dia sebab cam unik tengok orang buat macam tu. Dia jawab, dia tanda sebab dia rasa ayat-ayat ni best." sebenarnya memang banyak yang saya dapat dari program ni. Susah nak describe. Tapi sejak balik dari program tu saya banyak berfikir dan buat refleksi sendiri. Ayat 51:56 dan 2:30 memang sangatlah terkesan pada saya. Macam kena penumbuk, terasa sakit dan tersedar.
"dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (51:56)
Saya seperti merasakan ayat 51:56 ni sangatlah terkena kepada diri saya. Bukan tidak pernah dengar ayat ni sebelum ni (rasanya memang ada dalam silibus sekolah dulu, kan?). Tapi masa belajar dulu, memang tak rasa maknanya dalam diri. Saya terasa ayat ni seperti mengingatkan saya kepada apa saja yang saya lakukan di atas muka bumi ini. Allah yang menciptakan saya, mana mungkin saya melakukan sesuatu yang selain dari apa yang dia kehendaki . Hanya beribadah, melakukan setiap sesuatu hanya kerana Allah. Saya mula berfikir dan menyoal diri saya dalam setiap yang saya lakukan.
"Saya buat ni kerana Allah ke?"
"Saya layan tengok cerita ini kerana Allah ke?"
"Saya buat macam ni rasanya boleh ke nak buat kerana Allah?"
--> hasilnya saya cuba meninggalkan setiap sesuatu yang saya rasa saya tak boleh buat kerana Allah.
Ayat lain yang membuatkan saya sangat terkesan ialah 7:179.
"Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
Memang satu das terkena saya lagi. Selama ini rajin membaca al-Qur'an, tapi tak pernah nak faham pun. Terjemahan al-Qur'an pun tak pernah ada. Al-Qur'an tu bukan diturunkan untuk baca dan dapat pahala dari membacanya saje. Tapi sebagai panduan hidup, manual yang paling penting untuk hidup. Kalau tak faham dan tak tahu, macam mana nak jalani hidup yang betul, kan? Kalau buku panduan, sepatutnya itu yang selalu ada di samping kita, kan? Terasa diri ni begitu jauh sangat dengan al-Qur'an...
Saya bukanlah manusia yang mudah-mudah nak percaya pada orang. Apatah lagi dengan program yang sehari dua ni. Saya mendapat jemputan ke program susulan beberapa minggu kemudian. Hati saya berbelah bahagi. Berat hati dan cuba mencari alasan untuk tidak pergi. Tapi ada suara kecil mahu saya ke sana juga. Akhirnya saya putuskan dengan berdoa pada Allah saja. Saya mohon, andainya program ini membawa kepada jalan yang benar dan membawa kebaikan kepada saya, saya inginkan seorang kawan untuk bersama saya ke program yang seterusnya. Saya cuba menghubungi ramai kawan-kawan saya dan mengajak mereka pergi. Sehinggakan pada hari terakhir, barulah seorang kawan bersetuju untuk menemani saya. Saya tidak punya alasan lain, tetapi untuk pergi juga.
Saya pergi sekali lagi. Alhamdulillah, kali ini Allah buka pula pintu hati teman saya ini dan limpahkan dia dengan hidayah. ^_^
Apa yang membuatkan saya sangat suka dengan teman -teman baru saya ialah kemesraan yang mereka tunjukkan. Walaupun saya ni agak berbeza, lebih 'rock' barangkali. Tapi, mereka tidak pernah meminta saya untuk berubah. Mungkin kerana saya orang yang degil dan susah mendengar kata, saya lebih tersentuh dengan perilaku manusia lain sama ada secara langsung atau tidak dengan saya.
Perubahan.
Kalau dahulu saya tidak pernah terfikir langsung untuk berubah. Walau selepas isk. Saya cuma rasa mahu lebih dekat dengan Allah. Tapi Allah banyak mendidik saya menerusi peristiwa. Ada masa saya rasa tak selesa, macam Allah nak saya buat sesuatu perubahan. Perubahan yang sedikit demi sedikit. Sehingga saya tak terasa pun. I just want to please Allah. Kalau dulu, mungkin saya takut dengan persepsi orang. Tapi bila fikir-fikir, bukan manusia yang tentukan siapa kita di akhirat nanti. Hanya Allah. Semuanya mesti kerana Allah.
Doa dan harapan saya, supaya Allah tetapkan hati saya..terus tsabat untuk mencari Redha-Nya. Sekembalinya saya kepada fitrah.. iaitu meletakkan seluruh hidup hanya untuk Allah.
Saya percaya, Allah tidak putus-putus memberi peluang kepada kita. Hanya kita yang mahu ambil atau tidak peluang yang ada. Jika pernah terlintas di hati kita untuk melakukan sesuatu kebaikan, mungkin itu juga lintasan hidayah dari Allah. Kata orang, kalau terdengar pintu hati diketuk. Cepat-cepatlah buka. Takut-takut, tiada lagi ketukan nanti.
Allahu a'lam.
Alhamdulillah. Segalanya memang indah bila merasa hidup ini hanya untuk Allah. Saya berasa serba cukup. Kalau dulu saya memang punya banyak impian dan cita-cita. Tapi sekarang saya meletakkan segala sesuatu hanya pada Allah. Bukankah Allah perancang yang paling baik? Allah lebih mengetahui. Ayat favourite saya.. 2:216
"...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)
Akhir kata, salam eidulfitri buat semua!
Berakhirnya Ramadhan bukan bererti tamatnya perjuangan. Tetapi merupakan permulaan kepada perjuangan yang lebih besar. Selamat bermujahadah di bulan-bulan seterusnya! Moga dengan latiahn yang dilalui di sepanjang Ramadhan cukup untuk bertempur di medan sebenar di bulan lainnya. Kalau tak cukup, kena pergi extra class dan buat extra homework la ye..
p.s: baru-baru ini saya terbaca salah faham orang terhadap ISK. ada ke kata ni jemaah baru? Aduh, kelakar betul. Nak tergelak saya baca. Ni program je. Lebih kurang macam ESQ, utk memotivasikan diri, tapi dengan cara reflek pada sejarah. Ada pula yang kata tak berpadukan al-Qur'an dan as-Sunnah..sedangkan selama yang saya pergi ni memang sangatlah ditekankan untuk bawa dan rujuk al-Quran dan hadis setiap masa. Kalau tak bawa al-Qur'an dan hadis masa program memang macam pelik la. mcm saya dulu2 :P
--> alhamdulillah. kini saya juga terlibat secara langsung dengan program isk ini. anda berminat??? ^_^
--> mungkin saya kena buat entri khas utk isk ni lain kali.

1 comment:
salam...
menariknya..Allah kurniakan jalan tarbiyyah ni lain org lain caranya..subhannallah..tersentuh saya baca..
hari tu saya jumpa dgn eija time program kat mesia, sampaikan salam kat dia ye..
p/s:buatla entry untuk menjelaskan kekeliruan ttg isk tu..hihi..macam2 skrg ek..smoga Allah mudahkan perjalanan kita semua..iA
Post a Comment