Alhamdulillah.
Hanya Allah tahu betapa gembiranya saya saat ni. Despite of tekanan kerja tesis yang masih berlambak (yang kadang kala sangat merisaukan), Allah memberi saya kekuatan untuk mencari ketenangan.
Tempoh hari saya bercadang untuk menghabiskan cuti hujung minggu dengan kerja-kerja menyiapkan tesis. Tetapi jauh di sudut hati saya, saya sudah lama mengimpikan saat bermalam dan beriktikaf di masjid. Apatah lagi di tempoh 10 hari yang terakhir ini. Saya mengimpikan untuk melakukan 'masjid hopping', melompat dari satu masjid ke satu masjid yang lain dan cuba mengalami suasana yang berbeza di setiap sepertiga malam. Indahnya...
Berada di kawasan yang masjidnya kurang dimeriahkan dan dengan kondisi yang tidak menggalakkan, menyukarkan saya untuk melaksanakan impian saya itu. Tetapi, Alhamdulilah sekali lagi panggilan jihad dilaungkan dan kali ini ditempatkan pula di sebuah masjid yang sememangnya sangat indah. Allah telah tunaikan impian saya...
Walaupun saya pada mulanya berkira-kira memandangkan kerja yang masih mengulit dan tidak mahu lagi ditolak tepi, saya cuba juga rungkaikan satu persatu ikatannya. Alhamdulillah.. Allah mudahkan. Walaupun banyak lagi bahagian yang masih belum selesai, sekurang-kurangnya saya dapat rasakan kekuatan yang Allah berikan untuk saya pilih peluang menyambut panggilan jihad tersebut. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Pagi yang indah di masjid itu, saya berasa amat sebak. Di kala ramai lagi manusia yang masih diulit mimpi, di kala banyak lagi khalayak yang masih tidak sedar akan tujuan hidup mereka, di kala banyak lagi di kalangan umat islam yang masih belum sedar akan tanggungjawab besar yang sepatutnya dilaksanakan... Allah telah pilih saya untuk berada di sana. Berada di kalangan mereka yang ingin memperjuangkan amanah Allah ini bersama-sama, mencurahkan kasih-sayang. dan pengalaman serta meniupkan api semangat kepada adik-adik yang ingin turut serta berjuang, membuka mata dan hati mereka akan keindahan hidup ini dengan islam. Ya Allah betapa indahnya saat itu.. betapa saya mengharapkan untuk menikmati saat-saat indah ini lagi, lagi dan lagi.
Saya banyak berfikir, mengapa bebanan kerja yang menimbun itu amat merunsingkan? Apakah yang merunsingkan saya sebenarnya? Apakah yang membimbangkan saya pada saat pelajar yang lain sibuk berebut mencari sekolah-sekolah untuk praktikum? dan saya pula memilih untuk keluar daripada segala kerunsingan, kebimbangan dan kegelisahan itu untuk mencari sesuatu yang Abadi.
Kita selalu bimbang akan sesuatu yang tidak pasti. Bagaimana kalau tesis ni tak sempat siap dalam minggu ini? Bagaimana kalau dia tak nak terima cadangan ini? Bagaimana kalau permohonan ini ditolak mentah-mentah? Bagaimana kalau sekolah yang dipilih itu pelajar-pelajarnya nakal? Bagaimana kalau....?
Kebimbangan kepada sesuatu yang belum pasti. Kebimbangan kepada..'kalau'?
Bagaimana pula dengan yang memang pasti? Mengapa kita tidak bimbang kepada sesuatu yang sememangnya sudah pasti? Sesuatu yang pastinya akan berlaku...
KEMATIAN itu PASTI, tetapi mengapa ia tidak membimbangkan kerja-kerja yang belum selesai? Sedangkan kematian itu juga merupakan satu 'due date' yang kita memerlukan kita menyudahkan segala kerja yang diamanahkan sebelum tarikh tamat tersebut. Sesuatu yang sepatutnya lebih-lebih lagi kita bimbangkan kerana kita tidak mampu lagi untuk 'deal' bagi meminta penangguhan.
AKHIRAT itu PASTI, tetapi mengapa kita seperti tidak bimbang dengan bekalan yang akan kita bawa ke sana? Tidak pula risau apakah amalan kita di dunia ini diterima atau tidak, apakah amalan kita cukup bersih dari segala kotoran hati yang berbaur ujub dan riya'? Apakah kita sudah cukup berusaha untuk berada dalam golongan yang diredhai-Nya?
Yang memang pasti itu 100% akan berlaku, yang belum pasti pastinya kurang daripada 100%, mungkin 20%, 50% mahupun 80%. Tetapi ini yang lebih kita bimbangkan..ini yang lebih banyak menyerabut dan mengkabutkan pandangan dan pemikiran kita. Kadang-kadang saya letih berhadapan dengan individu-individu yang sibuk mempersoalkan mengenai masalah 'kalau' ini. Ya, kita perlu bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Tapi bukanlah dengan bersikap 'discouraging', tak berani ambil risiko dan membantutkan semangat orang lain. Aduh..
Semuanya lahir daripada pemikiran kita. Sama ada kita lihat gelas susu itu 'half full' atau 'half empty'. Sama ada kita bersikap positif atau negatif dengan kemungkinan yang berlaku. Perkara itu BELUM pun berlaku dan kita pun BELUM PASTI ia akan berlaku, mungkin saja ada HARAPAN untuk ia tidak berlaku seperti yang kita sibuk-sibuk bimbangkan. Semuanya sudah PASTI dan tertulis dalam qada' dan qadar (oh, bukankah ini rukun iman kita). Urusan berlaku atau tidak..bukan urusan kita, bukan juga masalah kita.
Urusan kita ialah USAHA kita. dan meletakkan sepenuh keyakinan dan keimanan akan ketentuan hasilnya adalah daripada Allah sahaja. That is how it suppose to be. Do our very best, and BELIEVE that whatever happens, whatever the outcome is, that's the best for us.
Kerana itu saya memilih untuk ke sana..menghabiskan sedikit kelapangan di hujung minggu daripada menyudahkan sesuatu yang belum pasti kepada mencari yang lebih pasti dan abadi. Kerana saya bimbang, sekiranya hanya ini peluang untuk saya menambah iman dan amal, tetapi saya tidak berusaha untuk mendapatkannya...pastinya saya berada di kalangan mereka yang sangat rugi.
Ya Allah, moga hati ini tabah, tak berbelah bagi...

The future is not ours to see, que serra, serra,
whatever will be, will be.

No comments:
Post a Comment