Wednesday, September 24, 2008

Orang sastera?

Bismillah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Tadi baru lepas jumpa supervisor untuk tesis. Nak pergi tu punyalah berdebar-debar. Bukan apa, baru kali kedua nak jumpa selepas jumpa kali pertama beberapa bulan lalu.
(Mesti kena sound punye la..huhu)

Masuk saja ke bilik, memang kena sound.
"Ha..K. Mana awak pergi? Lama tak datang".
(haha.. ingatkan tak ingat nama saya, ye la kan ramai lagi pelajar di bawah seliaan dia)
saya buat muka selamba, "Saya buat balik projek saya tu. Saya pergi sekolah balik."
"Kenapa awak buat balik?"
"Sebab saya rasa tak best.."

"Em, encik. Saya tak ambil lagi Bab 1, 2, 3 yang saya hantar hari tu (beberapa bulan yang lalu, sebenarnya)."
"Ya, ada kat sini. Saya minta Cik Diba tolong semak awak punya."
"Ooo..ok."
"Awak tahu tak, awak punya ni bagus. Tapi...awak tulis macam sastera!"
Nak tersembur saya mendengarnya. "ERkk.. ye ke? Tak perasan la pulak"

Encik S menyelak-nyelak tesis tersebut.
"Ni, tengok ayat-ayat awak ni. Kalau Usman Awang baca pun, kalah!"
(Haha..serious, saya tak tahan nak ketawa. Tapi still buat selamba. Tak nak gelak, tak nak gelak..)

Selepas beberapa lama kena komen dan diberi cadangan untuk penambah baikan, saya pun cepat-cepat pulang.
Alhamdulillah sangat lega.
Sebenarnya tadi bawa bab 4 sahaja. Tak sempat siap sangat pun. Tapi sebab dah siap kena panggil, datanglah juga menghadap. Gerun juga, sebab beberapa hari sebelum ni tengok Encik S ni sound kawan saya masa lab. Dia macam dah nak nangis dah. Itu kalau boleh biar ada bab 4 minimum nak datang jumpa dia.

Alhamdulillah, lega sangat.
Lega sebab tak kena marah, hehe.

Tapi hari Jumaat ni kena hantar dari bab 1 hingga bab 5, complete!
Haha..lega la sangat!! :P


p.s: Ye ke saya tulis macam sastera? Tapi saya rasa macam biasa je... Haha..

2 comments:

Mohamad Hilman bin Nordin said...

salam.

saya amat bersetuju kalau orang kata sastera itu ada dalam diri awak.

teringat masa dulu-dulu kat sekolah meng'compare' karangan yang dibuat untuk improve diri sendiri.

...

kuchinque said...

but you're always the better writer.
no doubt.