Dalam sebuah kelas, jam 5 petang.
"K, cuba la buat gaya macam orang puasa sikit!", saya ditegur sahabat di tempat duduk belakang.
"Em, gaya macam mana tu?"
"Macam ni.." dia menyandarkan tubuhnya ke dinding dan mebuat muka keletihan.
"He..he.. letih ke?"
"Ye la, dah pukul 5. Awak pula nampak happy saja. Tak puasa ke?"
"Eh, puasa laaaa.... orang puasa la kena nampak happy..."
Gembira?
Memang sangat gembira!
Sebab hari ni saya rasa Allah sangat dekat dengan saya.
Saya rasa macam Allah dah bantu saya dalam banyak perkara. (banyak yang terjadi hari ini, dan saya dapat merasai pertolongan Allah satu demi satu)
Alhamdulillah..
Tapi, itulah manusia.
Bila dapat perkara yang menggembirakan hati, barulah rasa nak bersyukur.
Bila dapat perkara yang tak menyedapkan hati, mula sangka bukan-bukan..
ke manakah pergi syukur itu?
Bukankah ujian itu..tandanya Allah mahu kita lebih dekat dengan kita.
Mahu kita mohon dan berdoa padaNya dengan sangat-sangat...
Mahu kita mendambakan untuk berada lebih dekat denganNya.
Mahu menambahkan rasa penuh harap kita padaNya semata-mata..
huhu..
saya selalu sedih bila perkara tak 'best' berlaku.
kenapa tak gembira dan bersyukur..seperti mana kita dapat perkara yang 'best'?
2:216 ingat tak? lihat bawah ni... =D (ayat favourite saya juga..)
...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ۞
(al-Baqarah, 2: 216)
(al-Baqarah, 2: 216)
No comments:
Post a Comment