Tuesday, December 30, 2008

Kutuk saja?

A Poem for Gaza

By Remi Kanazi

source

I never knew death until I saw the bombing of a refugee camp
Craters filled with disfigured ankles and splattered torsos
But no sign of a face, the only impression a fading scream

I never understood pain

Until a seven-year-old girl clutched my hand
Stared up at me with soft brown eyes, waiting for answers
But I didn't have any
I had muted breath and dry pens in my back pocket
That couldn't fill pages of understanding or resolution


In her other hand she held the key to her grandmother's house
But I couldn't unlock the cell that caged her older brothers
They said, we slingshot dreams so the other side will feel our father's presence
A craftsman
Built homes in areas where no one was building
And when he fell, he was silent
A .50 caliber bullet tore through his neck shredding his vocal cords
Too close to the wall
His hammer must have been a weapon
He must have been a weapon
Encroaching on settlement hills and demographics

So his daughter studies mathematics
Seven explosions times eight bodies
Equals four Congressional resolutions
Seven Apache helicopters times eight Palestinian villages
Equals silence and a second Nakba
Our birthrate minus their birthrate
Equals one sea and 400 villages re-erected
One state plus two peoples…and she can't stop crying
Never knew revolution or the proper equation
Tears at the paper with her fingertips
Searching for answers
But only has teachers
Looks up to the sky and see stars of David demolishing squalor with hellfire missiles

She thinks back words and memories of his last hug before he turned and fell
Now she pumps dirty water from wells, while settlements divide and conquer
And her father's killer sits beachfront with European vernacular
She thinks back words, while they think backwards
Of obscene notions and indigenous confusion

This our land!, she said
She's seven years old
This our land!, she said
And she doesn't need a history book or a schoolroom teacher
She has these walls, this sky, her refugee camp
She doesn't know the proper equation
But she sees my dry pens
No longer waiting for my answers
Just holding her grandmother's key…searching for ink


Pelik sungguh. Dengan kekuatan dan kuasa sebagai pemimpin-pemimpin negara hebat di dunia, mereka melihat kekejaman zionis dan hanya mengutuk tindakan mereka. Heran. Saya rasa saya pun mampu buat begitu. Kalau setakat ingin berkata, "si kuchinque mengutuk tindakan kejam rejim zionis". Saya pun boleh.

Pelik sungguh. Apakah mereka tidak punya perasaan melihat darah anak-anak kecil ini mengalir deras mewarnai bumi palestina. Saban hari. Atau apakah di negara mereka memang tiada anak kecil hingga mereka tidak punya perasaan untuk melakukan sesuatu yang lebih berkesan selain daripada hanya berkata, kami mengutuk kekejaman itu. Apa mungkin kutukan mereka itu membawa hasil? (oh, saya sedang berfikir)

Pelik sungguh. jika masih ada sambutan di ambang pagi esok. mungkinkah?


Sunday, December 28, 2008

penyaksian

Malam ini saya antara hadirin yang menjadi saksi terhadap mereka yang membuat penyaksian kepada al-Haq. Penyaksian kepada La Ilaha illaLlah Muhammadur Rasulullah. Subhanallah..dalam gegak gempita musuh Islam cuba untuk merosakkan umat Islam, kasih sayang Allah masih menyelimuti mereka yang masih belum berpeluang untuk menikmati cahaya Islam. Saya hanya mampu menitiskan air mata tatkala melihat mereka melafazkan syahadah di malam hijrah 1430H.

Tapi saya sedikit terkilan tadi, jemaah surau sepertinya tidak menyambut mereka dengan kehangatan sebagai seorang saudara seislam. Mungkin harapan saya yang terlalu tinggi untuk melihat mereka merasai kehangatan dan kebersamaan persaudaraan aqidah ini. Atau apakah mungkin masih ada ego dalam diri kita sendiri kerana berasa kita lebih mulia kerana telah mendakap Islam sejak lahir lagi. Mungkin saya kelihatan pesimis. Tapi dapatkah mereka bayangkan jika berada di tempat mereka. Terpaksa melangkah ke tempat yang sungguh asing sekali. Tempat ibadah yang dikerumuni puluhan manusia berbangsa asing, bercakap bahasa yang berbeza dan mempunyai budaya yang berbeza. Apalah salahnya jika kita cuba pecahkan tembok itu sebentar, biar mereka rasai kehangatan dan kemesraan kita. Serlahkan watak seorang muslim yang sebenar..agar mereka tak berasa asing dengan kita.

Kelakar sungguh. Tamat saja lafaz syahadah dan doa, mereka melangkah keluar tanpa ada jemaah yang bangun untuk mendakap mereka, mengucapkan kata-kata semangat dan menawarkan diri untuk memberi khidmat. Apakah mungkin mereka juga terkesima, atau masih tidak mampu menerima ketidak biasaan ini? Lesu dan hambar sekali. Bagaimana ingin kita bina kepercayaan kepada mereka andainya pada awal begini sudah dilayan sebegitu rupa. Ah, mungkin saya terlalu membayangkan keadaan ansar dan muhajireen saat mereka tiba di Madinah. Mereka tidak kenal antara satu sama lain, bukan juga bersaudara. Tapi sahabat Ansar yang baru sahaja memeluk Islam itu sanggup menggadaikan apa saja untuk sahabat Muhajireennya. Oh, mungkin itu yang patut ada dalam ceramah sempena maal hijrah tadi. Sepatutnya memberi saranan kepada semua umat Islam untuk menunjukkan contoh terbaik sebagai seorang Muslim. Apakah kamu mahu dipersalahkan kelak kerana tidak mempamerkan sikap seorang Muslim sehinggakan mereka yang bukan Islam melihat Islam bukan pada sudut yang sebenar-benarnya.

Kita semua bertanggungjawab untuk mempamerkan cara hidup sebenar Islam dalam setiap perbuatan dan sikap kita. Setiap daripada kita telah membuat penyaksian itu dan dibahu kita tergalas tanggungjawab yang berat ini. Allahu a'lam.

"Ya Allah, berilah kekuatan pada mereka. Teguhkanlah iman mereka dan jangan biarkan dosa-dosa kami menjadi penghalang untuk hidayahMu sampai ke hati mereka. "

Please don't..



Please don't buy this products.
Saya tak pasti jika kamu kesah tentang keadaan di Palestin yang semakin dahsyat semenjak genjatan sejata tamat minggu lepas. Dari hari ke hari keadaan sudah semakin parah. Israel laknatullah 'alaih sanggup melakukan apa saja supaya rakyat Palestin dan Hamas berpaling tadah. Di Afghanistan pun begitu, Amerika sanggup berbuat apa saja termasuklah mengedarkan bahan-bahan lucah untuk menggoncangkan iman para mujahideen di sana.

Maka apa peranan kita di sini?
Duduk dengan riang gembira tanpa berbuat apa-apa?
Atau hanya melihat, berasa simpati dan tidak berasa apa-apa sepertinya ia perkara biasa?
Atau hanya diam dan bersyukur kerana di sini kita hidup tenang dan aman tenteram saja?

Pastinya tidak. Kita yang diberi kesenangan dan kemudahan masih boleh lakukan sesuatu untuk mereka. Nah, saya tunjukkan bagaimana.

Pertama, tolong jangan beli produk-produk ini. Walaupun satu sen, kita mungkin mempunyai saham dalam membunuh rakyat palestin yang tak berdosa itu. Tahukah kamu yang sekarang Israel sedang menutup laluan ke Gaza dan saudara palestin kita sedang kelaparan sehingga terpaksa makan rumput saja (sila rujuk akhbar minggu lepas). Tahukah kamu sedang kita bermewah-mewah di sini mereka hidup dalam serba kekurangan sehinggakan bekalan elekrtik dan air bersih pun tak mampu disalurkan ke rumah mereka? Tahukah kamu sedang kita menikmati hidup yang baik di sini, mereka kekurangan ubat-ubatan dan saban hari dicederakan oleh peluru-peluru Israel yang tak berhati perut.

Tolonglah...jangan beli barangan ini. Cukuplah selama ini kita bersikap pentingkan diri.
Please don't buy these products. It wasn't hard. I've tried it myself. We still have lots of choices here.

Di sini saya cuba bantu anda untuk cari pilihan yang lain bagi produk yang biasa diguna. Ini produk pilihan saya, mungkin anda juga boleh cuba yang lain :)

Nestle: Ini produk faveret rakyat Malaysia.
susu: Pilihlah Marigold HL etc.
yogurt dan yogurt drink: Liteyo (sedap, ada macam-macam perisa)
Milo: Ovaltine (product GSK, setakat ni tak ada dalam list boycott yg saya jumpa)
Susu pekat: Oh ada banyak pilihan di pasaran.
Aiskrim: Marigold pun ok je.
Cereals: Aha, cari je yang selain ini. Asal halal dan boleh dimakan sudah.

Maggi: Anak syarikat Nestle-juga pilihan rakyat M'sia
Perasa masakan: Banyak pilihan dari Adabi
Sos: Juga banyak pilihan. Adabi, Jalen etc.
Mi segera: Lagi banyak pilihan (Ruski, Cintan, Mamee)

Kimberly-Clark:
Kotex: Pakai intimate pun ok je ;) Buatan Malaysia.
Kleenex: Banyak lagi jenama tisu di pasaran

Johnson&Johnson:
Losyen: Banyak pilihan. Sekarang dah ada yang halal macam Safi & Shurah.
Baby's Oil: Juga ada pilihan lain. Safi Manjacare kot.
Baby's wipes: Anakku!!
Sabun mandian: Oh, please don't tell me you can't find other thatn J&J's!

Danone: biskut-biskutan-feveret M'sia
Jacob's: IKO pun healthy biscuits. Lagi sedap. Serius!
Tiger BisKuat: elleh, makan biskut len pun boleh.
C hipsMore: ChipsAhoy pun ada. Chippy chips ke apa ke..banyak lagi. Takde alasan ya.

Carrefour dan Tesco: Pusat beli-belah
Mydin lagi murah kan? :P Banyak lagi pilihan lain!

McD:
saya tak pasti utk KFC dan Pizza Hut. Tapi saya dah tak makan tu pun. Em, rasanya boleh je kenyang kalau makan yang lain kan? Nasi Lemak Pak Atan lagi sedap!

Coke dan Pepsi:
Saya yakin banyak lagi air yang boleh diminum sebagai penghilang dahaga. Ingat, mereka di Palestin tidak dapat bekalan air bersih pun!


dan banyak lagi. Anda pasti boleh mengubahnya!!


Oh ya, juga jangan lupa untuk mendoakan mereka (selalu). Semoga mereka terus tabah dan mampu hadapi tekanan ini. Moga Allah membalas mereka dengan Syurga pastinya. Amin~

tag: 7 perkara pelik

Saya tergelak baca entri Raudhah tentang perkara pelik tentang dia. Memang unik. Allah ciptakan manusia ni unik antara satu sama lain. Unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebab itulah kita perlu saling bekerjasama antara satu sama lain. Tak sepatutnya ada orang asyik menunding kesalahan dan kelemahan orang lain sehingga kelihatan orang itu tidak mempunyai suatu kebaikan pun. Ingat lagi tak, manusia itu ibarat logam...kan? Masing-masing ada logamnya yang tersendiri, masing-masing ada potensi, bakat dan kelebihan. Apa yang penting ialah bagaimana kelebihan itu digunakan dan disalurkan sehingga membuahkan hasil dan kebaikan untuk seisi dunia. Kalau hanya mahu guna kelebihan diri untuk kepentingan diri saja, itu namanya kedekut dan pentingkan diri! Bagaimana kamu mahu orang lain membantu kamu dan berbuat baik dengan kamu sedangkan kamu tidak mahu gunakan kelebihan yang kamu ada untuk orang lain dan seisi dunia.

Saya rasa tag perkara 7 yang pelik ini unik kerana secara tidak langsung kita boleh kenal seseorang dengan lebih baik. Boleh tahu kesukaan dan ketidak sukaan dia terhadap sesuatu. Satu cara untuk membuat sesi perkenalan semasa 'sharing session' menjadi lebih menarik dan meriah. Oh, mungkin kerana saya mempunyai masalah untuk mengingati orang dan mengingati sesuatu yang unik tentang seseroang akan lebih memudahkan saya, ehe.

Baiklah, ini 7 perkara pelik tentang saya. Mungkin ada yang tak berapa pelik dan mungkin saja ada perkara pelik yang saya tak sedar saya lakukan. Sekiranya anda tahu perkara pelik yang lainnya, silakan tambat saja.. I'll be happy to know ;)


Pelik 1

Saya suka buat pernyataan jujur tentang sesuatu secara refleks. Contohnya, "Wah, sedapnya bau!", "Ee, bau busuk apa ni?", "Lapaaaar..", "Fuh, legaaaa betul..", "Sedap!". Kadang-kadang kena marah dengan kawan-kawan sebab jujur sangat. Tapi seperti yang saya katakan, ini pernyataan secara refleks. Saya tak sempat fikir pun apa yang saya cakap tu..serius!


Pelik 2

Saya suka berlari. Bukan masuk sukan lari-lari tapi saya memang suka berlari...walaupun saya tahu saya ni bukan lari laju sangat pun. Kalau rasa nervous, memang rasa macam nak lari sekuat-kuat hati. Berlari dan terus berlari..ehe. Kalau ada barang tertinggal selalunya saya akan volunteer untuk berlari ambilkan barang tu. (sebab boleh berlari!) ;P


Pelik 3

Excited teramat. Ini juga salah satu tindakan refleks saya iaitu kadang-kadang boleh jadi tiba-tiba excited sangat-sangat. Kalau terlalu gembira tu sampai terlompat-lompat, macam photon yang excited dan melompat-lompat. Pernah satu kali tu saya sangat gembira sebab pensyarah memperkenankan permintaan saya, bila keluar saja pintu saya dah melompat-lompat gembira. Mujur tak ada orang masa tu, cuma saya dan kawan yang pergi dengan saya saja yang ada. Fuuhh..malunya. Ini satu perkara pelik yang saya kena cuba ubah la. Bila dah gembira tu, rasa macam senyum tu dah sampai ke telinga. Ehe..


Pelik 4

Sejak dari kecil suka membaca. Bila nampak apa-apa yang ada perkataan dan boleh dibaca memang akan cuba baca, lagi-lagi kalau benda tu kecil dan susah nak dibaca, lagi la nak baca. Kertas buat balut nasi lemak pun seronok untuk dibaca. Sekarang ni? err..selalunya tertidur masa membaca. Apekah??


Pelik 5

Suka mencuci tandas dan bilik air. Rasa puas kalau dapat cuci sampai bersih dan berkilat. Rasa lega yang amat sangat. Teringat lagi masa sekolah, kalau dorm saya dapat tugasan mencuci tandas, kami akan bersorak gembira. Seronok dapat menghapuskan segala lumut yang ada ;)
Kalau sekarang saya selalunya mencuci tandas bila hati tengah gembira atau lega.


Pelik 6

Warna pink bukanlah warna kegemaran saya. Saya rasa saya patut buat pernyataan ini sebab sudah semakin ramai orang yang perasan yang saya ini macam suka warna pink dan merah. Hanya kerana saya mempunyai banyak barang dan pakaian dengan warna tersebut tak lah bermaksud saya suka warna itu. Saya suka warna hijau seperti warna epal hijau. Juga warna hijau macam tentera itu. Walaupun sememangnya barang-barang saya lebih banyak berwarna pink.


Pelik 7

BoldSemenjak dua menjak ini saya baru perasan yang saya selalunya tidak tidur atas katil. Rasa tak biasa pula nak selesa-selesa tidur sebab takut tak terbangun awal untuk pagi esoknya. Kadang-kadang saya sengaja tak pakai selimut supaya terasa sejuk dan terjaga malam-malam. Sebenarnya tak lah baik untuk kesihatan dan kadang-kadang terasa juga sakit belakang. Tapi, em..kan Nabi tidur pun hanya beralaskan tikar. Kena juga belajar supaya badan ni tak manja sangat. ;)



Dah habis tulis tujuh perkara yang saya perasan macam pelik tentang diri saya, rasa macam ada banyak lagi nak cerita. Tapi tak apalah..ini sebagai permulaan dalam perkenalan kita, ye tak Raudhah? Ceh, macam nak cakap dengan Raudhah sorang je.. Tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu yang saya tak boleh berlari di belakang awak. :P

Saya tak mahu tag sesiapa, tetapi kepada mereka yang mahu memberitahu kepada saya dan membantu saya untuk mengingati mereka dengan lebih baik, silalah buat tag ini juga. Terima kasih!!

p.s: Kalau rasa macam apa yang saya tulis tu tak pelik pun, abaikan je lah. Biar saya perasan sorang-sorang. Er, kalau ada yang nak tambah..silakan! ^__^
Justify Full

Friday, December 26, 2008

saya tak tahu


Astaghfirullahal 'azim..
Saya benar-benar terkesima. Saya baru saja melihat blog yang heboh satu malaya hari ini. Blog mana? Carilah sendiri, saya malas nak buat promosi untuk dia pula. Tapi, terima kasih kepada yang menyampaikan kepada saya. Saya tidak tahu mahu kata apa tentang blog itu. Mungkin saya belum pernah hadapi situasi begini atau dia telah membuat saya terdiam seketika. Saya tidak tahu apa motif si penulis blog sebenarnya. Kepada siapa saya mahu percaya pun saya tidak tahu. Mungkin saja ada orang yang mahu memperlihatkan kebodohannya sendiri, atau dia benar-benar tidak tahu dan mahu mewakili golongan yang tidak tahu supaya mereka yang tahu boleh memberitahu. Namun begitu, tidak dapat dinafikan yang penyakit sebegini sudah semakin menular dalam masyarakat kita. Penyakit apa? Penyakit tidak percaya pada agama.

Saya tidak tahu apa perasaan saya pada waktu ini. Marah? Mahu marah pada siapa? Kepada mereka yang sememangnya tidak tahu dan tidak faham tentang agama. Atau kepada mereka yang sedang berusaha merosakkan agama sedikit demi sedikit tanpa disedari. Atau mereka yang hanya mahu duduk diam dan tidak berbuat apa-apa? Atau kepada diri sendiri yang masih belum banyak berusaha dalam bekerja untuk memperjuangkan yang Haq? Mahu marah pada siapa sebenarnya?

Kalau saya mahu sedih, saya mahu sedih tentang apa? Tentang agama yang semakin dipijak-pijak? Tentang fitnah yang semakin membuak-buak? Tentang orang islam yang semakin leka dan hidup untuk kepentingan masing-masing? Atau kepada diri sendiri yang masih lemah dan masih tidak mampu memberikan kebaikan kepada dunia? Mahu sedih tentang apa sebenarnya?

Kasihan. Kalau perlu rasa kasihan, mahu kasihan pada siapa? Pada si penulis yang masih tidak dapat merasa nikmatnya hidup dalam kefahaman islam? Kepada rata-rata umat islam yang masih belum faham tentang islam dan kepentingannya dalam hidup? Kepada sebahagian umat islam yang hanya mengambil islam pada bahagian yang mereka selesa saja? Atau kepada diri sendiri yang kadang-kadang masih leka dengan misi utama di dunia? Mahu kasihan pada siapa sebenarnya?

Saya tidak mahu menjadi orang yang hanya tahu bising-bising bila perkara sebegini berlaku, kononnya saya lah yang paling tahu. Tapi tiada pula tindakan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Saya tidak mahu menjadi orang yang hanya semangat bila perkara sebegini berlaku, kononnya ingin membela agama. Tapi bila keadaan sudah reda, hilang entah ke mana.

Saya tidak mahu menjadi orang yang marah-marah kepada mereka yang tidak tahu, memaki mereka tanpa tahu apa punca masalah yang berlaku. Mungkin saja mereka benar-benar tidak faham, atau mungkin saja mereka mahu cipta kontroversi supaya umat islam bersatu dan sedar bahawa kita semua ada tanggungjawab untuk membela agama.

Oh, saya benar-benar tidak tahu.

p.s: Kalau tak tahu, silalah cakap tak tahu. Saya konfius kalau ada orang yang tak tahu buat-buat macam tahu. Oh ya, mari berdoa supaya Allah beri hidayah kepada mereka yang tak tahu..termasuklah kita. ^__^

Wednesday, December 24, 2008

Allah, thank you!!

Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini yang tak mungkin cukup hanya dengan mengucapkan syukur pada Allah. Masya Allah, memang tak terjangkau fikiran untuk mengecap nikmat sedemikian banyaknya. Ya Allah, aku berlindung dari sebarang perasaan ujub dan riya' dalam penulisan saya ini. Saya mohon moga entri ini bisa membantu sedikit sebanyak dalam meneguhkan diri saya dan anda semua di masa akan datang. Insya Allah.

Kisah 1: Tesisku!
Alkisah, pada suatu hari yang indah Sang Kucing telah pergi ke sekolahnya untuk mendapatkan permohonan elaun tesis dari penaja biasiswanya, KPM (Kedai Pak Mus). Sang Kucing sememangnya tidak tahu sangat mengenai elaun tesis itu dan sebenarnya malas mahu kisah. Tetapi memandangkan Sang Kucing ingin membantu untuk membayar yuran kelas memandu adiknya, Sang Kucng gagahi juga untuk menuntut elaun tesis yang kira-kira RM235 itu.

Sang Kucing pun ke pejabat HEP bahagian penajaan untuk bertanya mengenai permohonan tersebut. Didapati pintunya berkunci. Sang Kucing bertanya kepada pejabat lainnya dan mereka meminta Sang Kucing untuk bertanya kepada Pak Kus mengenai urusan tersebut kerana bilik Pak Kus bersebelahan dengan pejabat penaajaan itu. Sang Kucng tidak tahu Pak Kus ada urusan lain. Diketuknya pintu itu dengan sopan. Pak Kus mengizinkan pintu dibuka dan Sang Kucing pun membuka pintu itu dengan girangnya. Baru saja Sang Kucing mahu bertanya gerangan pejabat itu berkunci sedemikian rupa, Pak Kus berkata kepada Sang Kucing dengan nada yang agak tinggi, "Saya tengah ada urusan ni, awak tunggu di luar!". Eh, Sang Kucing pun hairan. Apakah salahnya untuk bertanya gerangan pejabat sebelah itu bertutup saja. Tak apalah, Sang Kucing malas nak merosakkan hari gembiranya. "Em, malas pula nak bertenggek lama-lama tunggu Pak Kus ni. Baik solat dhuha jap, dah alang-alang dekat dengan surau.."

Usai solat, Sang Kucing berdoa..moga-moga dimudahkan urusannya pada hari itu. Sang Kucing pun berangkat ke pejabat Pak Kus semula. Moga-moga selesai sudah urusannya dengan tetamu itu. Kelihatan seorang Cik Cleaner sedang menyapu sampah berdekatan pejabat penajaan itu. Sang Kucing senyum-senyum ramah dengan Cik Cleaner. Cik Cleaner bertanya akan urusan Sang Kucing di sana. Ya lah, pelajar-pelajar lain sedang bercuti. Apakah gerangan Sang Kucing muncul di sana secara tiba-tiba pula, kan? Sang Kucing pun berceritalah alkisahnya kepada Cik Cleaner. Cik Cleaner yang baik hati itu pun mahu cuba menolong Sang Kucing. "Tadi ada orang kat pejabat ni. Pelik betul, mana dia pergi ya?". "Oh, tak apa lah mak cik. Saya tunggu depan pejabat Pak Mus ni pun tak apa.."

Tiba-tiba datang seorang pegawai dari arah yang berbeza. Dia pun turut bertanya apakah gerangan Sang Kucing sibuk bertepek di muka pintu pejabat sedemikian rupa. Sang Kucing pun menceritakan gerangan hajatnya ke sana. "Oh, sayalah yang menguruskan hal ini. Hari itu saya dah hantar borang permohonan elaun tu ke Kedai Pak Mus. Awak tak tahu ke yang tarikh akhir hantar borang tu 22 Disember ni?" jelas sang pegawai dengan penuh hemah. "Oh, begitu kah encik? Kalau macam tu saya kena hantar sendiri la ye? Apa lagi yang saya kena buat? ....". Encik pegawai itu memanggil kakak setiausaha untuk membantunya yang sedang kesibukan itu. Wah, kakak itu sungguh baik. Sang Kucing sangat terharu. Semua urusan permohonan itu selesai dalam masa sekejap saja. Tinggal perlu minta tandatangan pensyarah penyelia dan hantar ke Kedai Pak Mus.

"Alamak, pagi tadi dah pergi ke bilik pensyarah tu. Tak ada orang. Hmm..macam mana ye..", Sang Kucing termangu-mangu sekejap. Cepat-cepat dihantar satu teks pesanan ringkas ke telefon pensyarah. "Boleh datang sekarang tak? Saya dah nak pergi Ipoh sekejap lagi.". Haa..Sang Kucing sangat terkejut mendapat jawapan daripada pensyarahnya dalam sekelip mata. Lekas-lekas Sang Kucing berlari menuju ke bilik pensyarah. Kelelahan dibuatnya. Syukur, Alhamdulillah. Semuanya selesai.

22 DEC:
Alamak! Borang tak hantar lagi ni. Kena hand-in sendiri nampaknya. Nak pakai courier memang tak sempat la. Sang Kucing agak gusar. Takut-takut pegawai di Kedai Pak Mus tak mahu terima permohonan itu sebab dah hari terakhir. Tapi semangat bonda dan ayahanda yang mahu ke sana menyebabkan Sang Kucing agar juga. Tiba di sana, Sang Kucing benar-benar terkejut. Pegawai di Kedai Pak Mus memang baik-baik belaka (jumpa dua orang saja). Tanpa banyak soal mereka menerima borang permohonan elaun tesis untuk diproses. Baik sungguh, asyik tersenyum-senyum saja. Wah, kalau begini semua orang bekerja..pasti bahagia!

Alhamdulillah. Sang Kucing sangat gembira dipermudahkan Allah atas segala urusannya ^___^


Kisah 2: Result ku!
Alkisah pada satu pagi yang indah, Sang Kucing menerima panggilan meminta pertolongan. Sang Kucing tidak berasa begitu sihat pada hari itu. Cuma period-pain, tapi pagi-pagi memang menyakitkan. Bila menerima panggilan kecemasan mohon pertolongan Sang Kucing tidak mahu jadikan sakit sekecil itu sebagai alasan untuk tidak menghulurkan bantuan. Lagipun sakit ni kalau dilayan pasti menjadi lebih mengada-ada. Kalaupun boleh membawa bahaya, lebih baik mati dalam perjalanan melakukan kebaikan daripada mati terlantar begitu saja..ye tak? Jadi Sang Kucing pun cepat-cepat bersiap dan cuba ke sana secepat yang mungkin.

Lama juga Sang Kucing kena berdiri sebelum tiba ke tempat yang dijanjikan. Alhamdulillah, semua baik-baik saja di sepanjang perjalanan. Tiba di sana, Sang Kucing cepat-cepat menyertai mereka dan menolong mana-mana yang perlu. Sememangnya mereka kekurangan tangan untuk membantu. Alhamdulillah, Sang Kucing berasa bersyukur kerana dapat menggunakan kudratnya untuk sesuatu yang baik. Sepanjang berada di sana Sang Kucing berasa sangat gembira. Bertemu dengan adik-adik kecil yang mungkin saja menjadi penyelamat dunia suatu hari nanti. Melihat karenah mereka membuatkan Sang Kecil geli hati. Subhanallah, andai Sang Kucing guru-guru mereka, pasti sejuk hati melihatnya. Sangat bersemangat dan baik-baik. Sang Kucing berdoa agar janganlah dihalang hidayah buat mereka dek dosa-dosa yang ada pada Sang Kucing. Moga Allah merahmati mereka dan menunjukkan mereka ke jalan yang diredhainya.

Pulang saja dari pertemuan dua hari dengan mereka, Sang Kucing mendapat tahu yang keputusan peperiksaan telah pun diumumkan. Berdebar juga dibuatnya. Sang Kucing berdoa agar diberi yang terbaik pada hemat Tuannya. Sang Kucing mohon diberi ketabahan atas apa saja keputusannya. Alhamdulillah, rezeki yang diberi baik-baik saja. Malah lebih baik dari yang Sang Kucing boleh jangka. Almaklumlah, peperiksaan kali ini Sang Kucing agak kelam-kabut. Semua ulang kaji dibuat pada minit-minit terakhir. Sempat pula berniaga sementara menunggu kertas terakhir. Tapi, rezeki itu kan sudah ditetapkan oleh Allah awal-awal lagi? Sang Kucing mengharapkan agar segala usaha yang dilakukan dalam menghadapi peperiksaan cukup untuk diterima sebagai amal oleh Tuannya.

Alhamdulillah, Sang Kucing sangat gembira. Terima kasih Allah!


Kisah 3: Kucing Parsi
Alkisah ada seekor Kucing Parsi yang tinggal di rumah Sang Kucing. Kucing ini lebih hebat dari Sang Kucing, bijak bestari lagaknya. Sang Kucing pula hanya kucing luar biasa yang dipungut tidaklah sehebat kehidupan Kucing Parsi. Namun begitu Sang Kucing tetap melayan Kucing Parsi seperti adik kandungnya sendiri. Walaupun mereka tidak banyak berbicara tapi Sang Kucing yakin mereka mempunyai persamaan. Sang Kucing begitu teringin untuk membawa Kucing Parsi menyertai Sang Kucing dalam misi menyelamatkan dunia. Tapi Sang Kucing tidak tahu bagaimana mahu menceritakan hal sepenting itu kepada Kucing Parsi. Lagi-lagi bahasa mereka berbeza. Sang Kucing lebih tua, takut juga apa yang diceritakan nanti tidak menjangkau pemikiran Kucing Parsi yang masih muda dan gagah perkasa.

Maka, pada satu malam yang syahdu..Sang Kucing mengajak Kucing Parsi untuk berbicara. Kucing Parsi buat acuh tak acuh saja. Dengan menggunakan kuasa veto sebagai orang yang lebih tua, Kucing Parsi dikerahkan juga untuk datang berbincang. Sang Kucing pun memulakan bicaranya biarpun Kucing Parsi kelihatan sungguh berat hati untuk mendengarnya. "Ini kes berat, ada bom akan meletup. Masakan aku mahu berdiam diri lagi..", Sang Kucing cuba meyakinkan dirinya. Sang Kucing sungguh tidak menyangka yang Kucing Parsi mendengar dengan cermat bicaranya. Di akhir kalimat, Kucing Parsi mengalirkan air mata. Sang Kucing terpinga-pinga. "Apa yang aku kata sehingga Kucing Parsi menangis sedemikian rupa?".

Keesokannya Sang Kucing menerima kejutan. Kucing Parsi berperilaku baik sekali. Solat di awal waktu, malahan pergi ke surau juga. Hati Sang Kucing berbunga-bunga gembira. Syukur ya Allah! Kucing Parsi juga menyatakan kesediaanya untuk menyertai Sang Kucing dalam misi ini (walaupun tidak secara rasmi). Apa yang Sang Kucing harapkan ialah Kucing Parsi tetap teguh dan faham tentang misi ini dengan lebih mendalam, sentiasa bersedia untuk belajar dengan lebih mendalam dan sanggup berkorban hingga terkorban ;)

Alhamdulillah... Allah, thank you for all the blessings!!!

Sunday, December 21, 2008

silent time-bomb


Life is a silent time-bomb.
You never know when it's going to EXPLODE.
But when the time has come,
it is just THE END.


Saya tak tahu kenapa. Tapi sejak akhir-akhir ini saya sangat suka mengaitkan kehidupan ini seperti bom yang akan meletup bila-bila masa. Mungkin saya sedang mencari sesuatu untuk mengingatkan diri saya supaya tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu kebaikan.

Masa yang sedang berjalan menunjukkan masa yang di hadapan kita semakin pendek.
Hari esok menyebabkan kita lebih dekat satu hari kepada penghujung hidup kita.
Kalau kita dapat lihat bom kehidupan kita dan sentiasa berwaspada akan semakin suntuknya masa kita..masihkah kita perlu berfikir untuk melakukan sesuatu yang sia-sia?

Atau apakah ada yang masih belum percaya..
yang dunia ini sebentar cuma?

Saturday, December 20, 2008

tag: yang tujuh


oh, teman saya telah men'tag' saya. pening kepala macam mana nak jawab. I'm not really into this tagging thing kerana ini akan menyebabkan saya rasa bersalah untuk tak menjawabnya (sebab orang itu menyuruh saya pastinya dengan harapan) dan juga rasa bersalah bila menjawabnya (because I have to spend my time to do something that won't bring much benefits, ye la saya ni buka sape-sape untuk dikenali...).

instead, I'm thinking of making this tag my own waaayy..ehe.


7 ciri wanita/lelaki idaman anda:--> (how I wish myself to be)
1. A good planner
(I have two personality on this. Sometimes I make plans before taking any action. Tapi selalunya I do things unplanned, on the very last minute! I think I'm oK to go both ways. But I would prefer to plan things well)

2. Sistematik
(Plan all my schedules and meeting. Watch every progress and keep track of my own performance on certain things. aha)

3. Understanding
(I wish I'm good in understanding people's feelings. Selalunya perasan je macam faham..huhu)

4. Semangat dan Kemahuan yang TINGGI
(waah..ini sangat penting. supaya tak rasa 'down' bila bertemu dengan masa-masa sukar)

5. mencapai 10 muwasafat tarbiyah
(ini paling atas patutnya. tapi tak larat nak tukar-tukar dah..ehe. But yet, ini sangat penting!!!)

6. Keep improving myself day by day
(life is like a silent time-bomb)

7. mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah
(untuk setiap masa dan selama-lamanya...)


7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup:--> (sesape je pun boleh kan?)
1. Prophet Muhammad S.A.W
-manusia agung..what else can I say! Contoh terbaik dalam hidup..love him because he brings love to the world :) (bi iznillah)

2. Para Sahabat dan Sahabiah
-if i have to put each of them in this list, it won't be enuff. But I love to read stories of them! Very inspiring :)

3. IHAB
-well-known, hopefully to follow his inspiring way in calling people to Allah..

4. SQ
- I love his way of writing, I can feel it comes from his heart. As-Syaheed yang sangat tenang di penghujung nyawanya. Very well-known for his Tafsir Fi Zilalil Qur'an (clue..ehe)

5. Salahuddin Al-Ayyubi (Sultan Saladin)
- Semangat yang tinggi!!! Perjuangan membebaskan al-Quds

6. Muhammad al-Fateh
- Bijaksana, berkepimpinan dan keimanan yang tinggi. Manusia yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah sebagai sebagai sebaik-baik raja dan tentera dibawah kepimpinannya.. wah, bestnya!

7. My murabbi and murabbiah
- Semangat kalian inspirasi saya!


7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati :
(ini saya tak nak jawab sebab it is based on future. Sorry, I don't have the ability to predict the future..ehe)

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:--> (What does it mean by pasangan anyways?)
1. SYURGA
(What else can I wish for?)

2. Makkah
(Baitullah dan mengambil teladan dari seerah rasulullah semasa perjuangan di Makkah. Juga perjuangan Ibrahim, Hajar dan Ismail)

3. Madinah
(Melawat Makam Nabi dan mengingati seerah perjuangan rasulullah di sana sehingga benar-benar terkesan di hati)

4. Al-Quds
(Bumi anbiya' dan isra' mi'raj)

5. Spain
(bumi andalus..moga-moga dapat menyuntik semangat untuk mengembalikannya kepada yang Haq)

6. Turki
(melihat sendiri kesan peninggalan bapa pemodenan mereka dan merasai kepedihan peristiwa 1924)

7. Mesir
(bumi anbiya'..menjejaki tapak-tapak kaki Nabi Yusuf dan Nabi Musa)

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda:--> (apekah???)
tak payah jawab boleh tak?

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan :--> (??)
pass~

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
oh takpe.. saya tak nak buat orang lain rasa bersalah.


kepada cik bulan yang telah men'tag' saya:
maaf, saya tak dapat jawab dengan baik. Saya tak pandai sangat..
harapnya, saya telah menjalankan amanah cik ini dengan sebaiknya yang saya dapat beri..

Wednesday, December 17, 2008

biasa atau luar biasa


Dulu saya selalu juga fikir mahu jadi orang yang ada 'special power'. Walaupun tak pernah lah terfikir sampai nak jadi Superhero mahupun penyelamat dunia, tapi saya selalu mencari andainya saya ada specialities yang orang lain tak ada. I mean, very rare specialities. Dulu pernah terbayang yang saya ni mungkin boleh ada kuasa vampire sebab dulu suka juga baca buku-buku omputeh pasal vampire. I don't know why, but I really love to read dark novels (dulu la). Cerita-cerita hantu, vampire, werewolves dan juga cerita pembunuhan.

Lepas tu saya minat juga cerita Roald Dahl: Mathilda. Sampai perasan konon-konon saya pun ada "psychic power". Saya pernah cerita pada kawan-kawan dan ada yang panggil saya "GK" dengan maksud yang berbeza..(sebab saya gila kuasa-kuasa pelik. ehe)

Tapi, bila dah semakin besar..saya fikir mahu jadi orang biasa-biasa saja. Bukan biasa dengan erti kata tak ada 'special power', tapi biasa yang macam rata-rata orang kita. Biasa dalam erti kata 'islamnya'. Kenapa? Sebab masa tu saya nampak orang yang islamnya nampak lebih sikit (i.e bertudung labuh, senyap dan sangat sopan) tu macam manusia-manusia pelik. Bukan bermaksud saya tak boleh terima kewujudan mereka (saya geng je dengan diorang. selagi boleh layan saya borak..hehe). Cuma saya rasa pelik untuk menjadi seperti mereka. Mungkin juga ketika itu saya lihat orang seperti mereka ni agak kolot, tertutup (tak open-minded) dan suka geng dengan set-set mereka je. haha..(jujur!)

Jadi saya memilih untuk jadi manusia yang biasa saja. Tak lah baik sangat dan tak lah teruk sangat (kononnya!). Fikir saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati islam dan jaga batas-batas (apa lah maksud batas yang saya tahu sangat sebenarnya waktu tu..tsk.tsk). Saya fikir jadi antara orang-orang yang di tengah ni lah paling best, sebab boleh geng je dengan sesiapa. Orang yang biasa-biasa dengan moto hidupnya, "Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!". (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-out dengan kengkawan, berlibur dan berhibur..layaaaan!)

dan tanpa saya sedar..
rupanya saya lah manusia yang telah memilih jalan kelabu--> Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

dan tanpa saya sedar juga..
saya telah memilih jalan yang salah! There's no such thing as Jalan Kelabu. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Putih atau Hitam. Haq atau Batil. Benar atau Salah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.

Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi.
Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam.
Bahkan bukan saya saja, malah berjuta-juta manusia lainnya yang melihat islam dan kehidupannya seperti ada pemisahnya.

Ah, lihat saja.
Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya (atau mungkin dengan pulau kecil yang ada banyak masjid tu..).
Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka (masa akad nikah pandai pula)
Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja (solat, puasa, zakat, haji)
Bagaimana dengan lainnya? dan saya bakal ketawa geli hati bila orang memanggil ini negara islam sedang seumur hidup saya tidak melihat islamnya.

Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai manusia. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam mereka dan tak tidak nampak 'extreme' dengan pakaian mereka.

Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa masa zaman saya. Definisi manusia itu kan berubah ikut sesuka hati mereka. Kini, orang islam dalam kategori biasa ialah:
-Solat. Tapi tak la sampai cukup 5 waktu. (kalau solat 5 waktu kira alim dah tu).
-Kapel pegang-pegang itu biasa. (Kalau kapel tapi tak pegang tangan tu alim)
-Pakai tudung. dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Bahagian lain tak kesah sangat. (kalau pakai tudung yang tak ada gaya terkini sangat tu, kira alim la)
- dan sebagainya....

Kalau inilah definisi manusia yang biasa pada masa sekarang. Bagaimana pula nanti mereka terjemahkan lagi? Makin kurang syaratnya?

Ah, saya bukan nak condemn sesiapa. Bukan juga nak tuju-tuju kepada siapa. Bukan juga saya ingin berkata yang saya ni bagus dan mereka tidak.

Oh, tidak.

Tapi saya cuma nak jelaskan kat sini.
There's no such thing as our own definition of Islam (dengan membuat sukatan sesuka hati kita saja) --> silalah rujuk kepada yang lebih pakar (of course bukan saya lah yang pakar itu).

dan

em, masih lagi mahu memilih jadi orang yang biasa-biasa dalam kaca mata manusia biasa?
orang biasa yang mungkin berubah-ubah definisi mereka terhadap term 'sederhana' itu? Mengambil islam dengan sederhana? Apakah maksudnya memakai tudung sekerat saja? Atau apa-apa sajalah. Kalau tak faham, baru tanya saya ya.

Sekarang saya fikir tidak mahu jadi orang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa yang ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya tak mahu lagi pilh jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak. Jadi kita boleh sama-sama ikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?

Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kelak kita sampai di sana...

"Wahai jwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"
(89: 27-30)

Saturday, December 13, 2008

well-oh-well

I'm not feeling well. No, I'm not sick. Just my feelings don't feel so well. uhuks..

(sigh~~)

I think I have home-sickness. Not homesick, but the sickness that occur when you have been too long at home and cannot use yourself to the maximum. I'm not a doctor, not even a medical student. But I can sense that this sickness is really bad and it is going to get worse if I don't take any action..uhuhu.

I don't know why...somehow I feel so uneasy. So lazy to even write in this blog even though I have all the time I need. 

I tried to read books, but reading does not need much physical action and again I feel myself getting weak for not acting much. Oh well, maybe I should try reading and walking at the same time, or maybe reading and jumping. I have to do lots of reading yet I feel my body need to do something more energetic. I have tried doing aerobics everyday, but I still  didn't use much of my energy. I finished all the session in senamRJ video non-stop and still don't feel tired at all. 

I'm thinking of running. Run and run with all my might. Maybe that will do..

Oh, then what is  my real problem?

I feel that I could not occupy my needs here at home. All my needs to the maximum. I want to be exhausted going here and there, doing this and that..exhaustion that brings satisfaction.

Because I'm worried.
How will I answer,
If God ask me..
"What did you do with your time? What did you do during your youth?"

Oh, God.
Forgive me. 
For I'm still having problems to optimize my ownself. 
Forgive me.. and do show me how.

Wednesday, December 10, 2008

coretan borneo


Bismillah.

Saya ada menulis sepatah dua cerita sempena aidul adha. Tapi mungkin kerana suasana yang sedikit beku di sini menyebabkan saya menjadi sedikit kaku untuk menulis. Lantas tulisan itu masih separuh saja dan tersimpan di peti draf.

Saya hutang satu cerita mengenai advencer di Borneo. Maaf, saya masih belum dapat menyusun bicara. Mungkin kerana terlalu teruja untuk menceritakan pelbagai perkara, saya menjadi kelu untuk meluahkannya pula. Satu perkataan untuk menggambarkannya: INDAH.

Banyak yang saya pelajari di sepanjang episod pengembaraan ini. Bukan saja belajar mengenai tempat dan bahasa baru, tetapi sesuatu yang lebih daripada itu. Sejak di awal kembara ini lagi saya merasa sedikit risau. Bukan kerana keselamatan, tetapi kepada apa yang akan saya bawa pulang nanti. Saya tidak berharap untuk membawa beraneka jenis buah tangan, bukan juga gambar-gambar indah di sana sahaja tetapi saya mahu lebih daripada itu. Saya risau apakah saya benar-benar ikhlas atau apakah saya masih menyimpan sekelumit rasa untuk bersuka-suka tanpa niat tulus mencari redha-Nya.

Subhanallah.
Tiba saja ke destinasi pertama, saya berasa agak kaku. Bukan apa, tempat yang disediakan itu terlalu mewah buat kami. Saya fikir saya mahu merasa hidup bersusah-susah, melatih diri dengan nilai berkorban dan kesabaran. Namun saya lihat nilai pengorbanan itu dalam diri tuan-tuan rumah yang kami dampingi. Saya pula menjadi segan. Mereka terlalu ramah dan baik hati.

Di Brunei, kami juga disambut dengan begitu meriah sekali. Masakan tidak, makanannya saja boleh membuatkan saya menambah berat badan tak sampai tiga hari. Brunei sememangnya destinasi yang sangat menarik. Bukan sahaja kerana tempatnya yang cantik-cantik, tetapi kepada pelajaran yang saya dapat di sepanjang perjalanan di sana. Hm..apa yang menarik sangat tu?

1. History
haha..macam skema plak. Sebenarnya tak ada intention pun nak pergi Brunei untuk belajar pasal history dia. Tapi hari tu, dibawa melawat ke muzium. Jumpa pula adik seorang ni yang minat nak cari history Brunei, so kami pun mengembara kembali ke zaman silam mencari sejarah yang telah dilupakan (ececeh..). Apa yang kami jumpa? Sangat menarik! Ada coins yang diberi oleh khalifah-khalifah islam dulu kepada sultan brunei. Antara nama yang kami recognize ialah Khalifah Umar Abdul Aziz, Harun ar-Rasyid dan yang paling best, Salahuddin al-Ayyubi! Brunei yang dulunya sangat gemilang dengan islam...Kalau nak cerita pasal sejarah yang kami jumpa ni, kena tanya sendiri la sebab tak larat nak explain kat sini (boleh tak?).

2. Life
Saya belajar tentang kehidupan orang-orang Brunei. Tak lah faham semua tapi sekurang-kurangnya saya dapat lihat perbezaan dan persamaan mereka. Saya kagum sebab mereka hidup dibawah pemerintahan sultan. Berbeza dengan kita yang selalu dilanda kemelut politik. (ada orang Brunei tanya pada saya tentang peranan sultan kita..saya tak tau nak jawab apa. huhu..) Hm..saya juga suka dengan sikap orang Brunei di jalan raya. Sememangnya patut dicontohi..

Interesting facts that I gathered along my journey in Brunei:
-Tiada biaya untuk perubatan di hospital kerajaan. Hanya $1 utk pendaftaran. Kalau kena wat operation overseas pun ditanggung beres.
- Kg. Air (perkampungan di atas air) yang sangat menarik itu mempunyai 35, 000 orang penduduk, 12 buah sekolah, siap ada Balai Bomba, Balai Polis, Klinik kesihatan, pam minyak (utk bot) --> semuanya atas air!
- Penggunaan tulisan jawi secara meluas. esp boleh lihat di billboards.
- Radio nur islam brunei yang ada ceramah dari mufti (best jugak la)
- harga makanan yang murah2..=D (nasi katok=nasi ada ayam sambal harganya $1 saja, nasi ayam pun $1)
- Pantai yang sangat cantik dan bersih
- dan lain-lain. (tak ingat dah..)

Cukup dulu utk cerita di Brunei. Kita teruskan ke destinasi seterusnya..BT!

Masya Allah. Apa yang saya dapat di BT seperti ada kesinambungannya dengan setiap destinasi perjalanan kami. BT memberi penutup yang paling best untuk kembara ini. Bukan juga kerana tempatnya yang menarik, tetapi kesan dan pengajaran yang diperolehi. Alhamdulilllah, Allah pertemukan saya dengan manusia-manusia yang benar-benar mahu berjuang dengan setiap masa yang mereka ada. Saya sangat kagum dengan adik-adik remaja lepasan SPM yang sangat matang! Sudah ditarbiyah seawal berada di tingkatan 2 lagi. Hasilnya mereka malah berupaya untuk memberikan hujah-hujah bernas dalam gerak kerja mereka. Subhanallah..kalaulah semua pelajar pun matang seperti mereka..sangatlah menenangkan jiwa.

BT, memang sangat sesuai untuk menjadi pusat training! hehe..

gambar? tengoklah kalau saya rajin nak upload ;P

Saturday, December 6, 2008

my borneo journey

Bismillah.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar


Baru pulang dari advencer di Borneo selama seminggu. There's a lot to share about. Sekarang sedang cuba menyusun cerita. hehe..

Harap-harap dapat ceritakan di sini secepat mungkin =)
Come again soon!

Wednesday, November 26, 2008

Asadullah in action!


Bismillah.

Alhamdulillah. Pulang dari PMC dengan membawa semangat dan kenangan yang teramat indah. Terlalu banyak yang ingin diceritakan. Saya fikir semua peserta pun begitu. Empat hari terasa berlalu dengan sangat cepat. Jika anda membaca entri ini dan merasakan ia sangat bosan, ini adalah faktor penulisan saya yang membosankan kerana PMC ini sememangnya tidak membosankan.

Saya memang sukakan aktiviti lasak. Seronok betu dapat masuk hutan dan buat jungle trekking. Bukan, jungle trekking inilah yang paling mencabar setakat ini (siap ada tempat kena turun dan panjat guna tali). Sangat melelahkan ketika memanjat bukit yang curam untuk tempoh masa yang agak lama. Maklumlah, kurang bersenam stamina pun kurang. Terasa betapa kurangnya menjaga muwasafat 'qawwiyyul jismi' itu. Dulu pernah bercita-cita nak panjat kinabalu. Tapi, kalau dengan stamina macam ni, tak payah mimpilah. Buat malu je. Heh.

Tempat kami jungle trekking ini masih baru, belum banyak orang lalui. Jadi agak special sebab jalannya masih mencabar (i.e tak ada trek khas). Wak yang jadi penunjuk jalan untuk kami cakap kami berjaya habiskan jungle trekking ni dalam masa 2 jam saje. Kumpulan-kumpulan yang pernah buat jungle trekking ni dulu-dulu ambil masa 2 setengah jam atau lebih. Hehe..girl power!

Petang tu kami ada 'explorace' yang boleh tahan mencabar juga. Nak cerita semua, memang tak larat. Tapi banyak perkara yang dipelajari di sepanjang aktiviti tu terutamanya untuk 'team-building'. Lupa nak cakap, kami ni kumpulan Asadullah. Asadullah in action, Aummm!!!

Lepas explorace ada 'war game' yang paling mengujakan. Sebelum ke medan perang kami siapkan senjata kami. Bukan 'war game' guna paintball macam sisters UK selalu main. Tapi pakai paintballoon, hehe. Kami guna belon dan bancuhan air+tepung+cat. Saya ditugaskan untuk menjadi penjaga panji (kebetulan masa tu saya tengah pegang bendera). Fuh, terus saya terbayang Mus'ab bin Umair yang pernah bertugas menjadi pemegang panji dulu. Kumpulan-kumpulan bergabung untuk membentuk dua kumpulan besar yang bakal berlawan di medan perang nanti. Kami bergabung dan menamakan kumpulan kami 'Ahlul Badar' dan memilih bendera kumpulan kami sebagai panji pasukan 'Ahlul Badar'. Pasukan lawan menggelarkan diri mereka 'Ruhul Jadid'. Dalam perlawanan one-to-one, pasukan kami menang dan diberi peluang untuk memilih kubu. Dengan bantuan perisik yang kami hantar untuk melihat keadaan medan perang (yang belum dapat kami lihat lagi ketika itu), kami memilih untuk membuat kubu pertahanan di bahagian bukit. Kami diberi peluang untuk maju ke medan perang dahulu dan mempersiapkan pasukan di kubu pertahanan.

Sampai saja di medan perang, saya benar-benar tergamam. Melalui sebuah khandaq (parit) dan melihat 'bukit uhud' yang tersergam membuatkan jantung saya berdebar-debar. Saya lantas memanjat 'bukit uhud' untuk meletakkan panji. Panglima pasukan membahagikan tentera kami untuk menyembunyikan diri di celahan batu sebelum pasukan lawan tiba. Saya benar-benar teruja, beginikah keadaannya di medan perang sebenar. Sungguh mendebarkan apabila melihat kelibat pasukan lawan yang tiba tidak lama kemudian. Kubu kami dipisahkan dengan khandaq di hadapan pasukan lawan. Pasukan 'Ruhul Jadid' juga kelihatan tergamam melihat keadaan medan perang yang sememangnya tidak tergambar di fikiran. Apabila semboyan dibunyikan bagi menandakan perlawanan bermula, pasukan 'Ruhul Jadid' terus membahagikan diri mereka untuk menyerang kami dari semua arah. Tanpa disangka-sangka mereka cuba memanjat bukit yang menjadi kubu pertahanan panji dari bahagian belakang dan tepi. Semuanya berlaku dengan pantas. Tiba-tiba kami mendengar laungan "Ketua pasukan Ahlul Badar dah mati!!". Benar, keadaan di bawah bukit menjadi kacau bilau. Saya dan beberapa orang yang berada di atas melihat sendiri keadaan di bawah tanpa dapat berbuat apa-apa. Kami perlu menjaga panji ini kerana kemenangan diberi kepada pihak yang berjaya merampas panji pihak lawan.

Pasukan 'Ruhul Jadid' mula memanjat bukit berama-ramai dari semua arah. Saya cuba menghalang dengan membaling 'bom' kepada mereka tetapi tidak mengena pada sasaran. Bom yang ada tidak boleh dipersia. Seorang demi seorang melakukan serangan berani-syahid ke kubu kami tetapi berjaya diberi serangan balik dengan bom yang ada. Sehinggalah pemegang panji pasukan lawan merempuh masuk ke tempat kami. Serangan berani-syahid ketiga. Kami kaget. Dalam keadaan kacau bilau dan rampasan panji yang sedang berlaku, saya sempat terlihat bom yang terakhir di kaki saya dan terus mengenakan bom tersebut kepada pemegang panji pasukan 'Ruhul Jadid'. Saya mengambil panji mereka dan memberikan kepada pasukan saya yang berada di bawah bukit untuk dibawa kepada pengadil. Tapi oleh kerana keadaan kacau-bilau dan kebanyakan orang pun dalam keadaan tak faham apa yang berlaku di atas bukit, perlawanan dihentikan. Yang peliknya, saya sangka pasukan saya yang menang kerana saya berjaya 'mensyahidkan' pemegang panji dan merampas panji pasukan lawan. Pasukan lawan pula sangka mereka menang kerana merampas panji pasukan kami (sedangkan saya rasa pada masa itu saya telahpun mengambil panji mereka dan mencampakkan ke bawah bukit untuk dibawa lari oleh pasukan saya). Haha, mungkin masing-masing pun perasan sendiri. Perlawanan berakhir dengan tidak mengetahui pasukan mana yang menang pun (anti-klimaks betul). Tapi kami semua sangat gembira dan teruja dengan perlawanan ini. Saya masih terbayang-bayang saat mendebarkan di atas bukit uhud itu. Pengalaman yang sungguh indah dan manis. Tamat saja perlawanan dan tanpa disuruh, kami lantas berpelukan dan memohon maaf jika berlaku kasar terhadap satu sama lain. Ah, ukhuwwah itu memang indah!

Satu hari penuh dengan aktiviti yang sangat mencabar memang sangat menggembirakan saya. Esoknya pula kami dihidangkan dengan pembedahan buku Antara tetap dan berubah. Menu yang sangat bagus untuk disantap sebagai bekalan buat kami. Saya belajar banyak perkara daripada pembentangan ini.

Persembahan malam terakhir membawa kenangan indah untuk dibawa pulang oleh saya. Kami berlakon cerita singa yang diadaptasi daripada analogi dalam buku Muntalaq. Sayalah yang melakonkan watak singa itu (kuchinque akhirnya menjadi singa ^_^). Singa yang dulunya seekor kijang yang pengecut akhirnya menjadi singa yang gagah berani..sentiasa bersedia untuk menegakkan al-Haq. Asadullah in action!

Alhamdulillah. Saya berasa sangat bersyukur ditakdirkan oleh Allah untuk berada di PMC dan dapat mengikuti segala aktiviti dengan bail. Saya belajar untuk menghitung nikmat yang tidak terkira ini. Ada saja antara kami yang fizikalnya kurang sihat, tetapi masih berhempas-pulas memberi yang terbaik dalam setiap aktiviti. Saya memang harus bersyukur..

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

(tak dapat tangkap banyak gambar. kamera perlu diberi kepada pihak urusetia untuk disimpan di tempat selamat. huhu)


Friday, November 21, 2008

last minute

Alhamdulillah.
Saya sudah mendapat tesis saya semula pagi tadi. Itupun semasa berjumpa dengannya di dewan pembentangan proposal tesis pelajar masters, dia masih belum selesai menanda tesis saya. Semalam saya berkampung di pejabatnya dan hanya dapat berjumpa dengannya kira-kira jam 4 petang. Itupun untuk masa yang sekejap (kerana diberitahu tesis saya masih belum ditanda). Pada mulanya saya memang nekad nak 'haunting' dia. Plan tak nak berganjak dari pejabat itu sehingga tesis saya disiapkan. heh. (Lagipun pejabat tu selesa. Jadi tak kesah nak duduk lama-lama. Siap ada orang tolong bukakan TV untuk saya sebab kesian tengok saya tunggu lama-lama kot..)

Hari ni saya menunggu dia menanda tesis saya dengan hati yang berdebar-debar. Tesis ditanda depan mata. Takut juga kalau dia tak faham tentang kajian saya tu. Saya dah plan, kalau dia bagi markah ciput, saya tak nak balik selagi tak explain dan dapat explanation tentang markah yang ciput itu. Huhu..kadang-kadang kena buat serangan berani mati juga. Memanglah sepatutnya kita bertawakal, tetapi selagi ada ruang untuk berusaha, kena usaha! Kalau masih ada peluang dan tak gunakan sebaiknya, lebih kurang macam orang yang give up lah.

Saya cuma risau jika terlalu banyak perkara yang perlu dibaiki. Takut tak sempat nak siapkan sebelum esok. Tapi...kawan saya selalu ingatkan. Masa tu kan milik Allah, mintalah pada Allah. Tak perlu risau...
Betul, kadang-kadang kita memang selalu risau untuk perkara yang "kalau" ni.
"Kalau tak sempat, macam mana?"
"Kalau teruk, macam mana?"
"Kalau kena marah, macam mana?"

Itu baru "kalau", belum lagi 100% akan berlaku kan?

Alhamdulillah.
Allah knows best.
Memang saya ni orang yang sesuai untuk buat kerja last minute kot.
Sebab tu Allah bagi ujian macam ni. Sesuai dengan kemampuan saya...

Dah siap pun proses editing dan converting kepada PDF.
Esok bersedia untuk hantar, bi iznillah.

Semoga dipermudahkan Allah.
Terima kasih Allah. Sayang Allah! ^__^

Wednesday, November 19, 2008

heedlessness

سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩

"And surely, We have created many of the jinn and mankind for Hell. They have hearts wherewith they understand not, and they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). They are like cattle, nay even more astray; those! They are the heedless ones. (Qur'an 7:179)


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)"


A clip from Shaykh Hamza Yusuf that explains about heedlessness. A very worth-to-watch video!



Heedlessness (ghafla) is a condition whereby we are not aware of the danger (can also be considered as being fooled or duped in my own words, heh.) Keadaan manusia yang lalai dan leka dan tidak menyedari akan bahaya.

Kupasan yang diberikan oleh Shaykh Hamza Yusuf mengenai keadaan "heedless" ini sangat menarik. Dalam ayat 7:179 ini, Allah menyatakan bahawa telah tersedia neraka jahannam untuk kalangan jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati (atau intelek), mata dan telinga tetapi tidak digunakan dengan cara yang sepatutnya. Mereka ini seperti haiwan ternak. Bukan, mereka lebih dahsyat sesat daripada haiwan ternak iaitu apabila mereka berada dalam keadaan yang lalai.

Kenapa haiwan ternak??
Allah menggunakan perumpamaan haiwan ternak dalam ayat ini. Kenapa? Mari kita bezakan keadaan haiwan ternak dengan haiwan liar. Haiwan liar hidup dalam persekitaran yang memerlukan mereka sentiasa bersedia dan berwaspada. They are aware of the danger. If they are not aware, there will be endangered. Haiwan mempunyai mata dan telinga yang sangat sensitif. Contohnya, arnab liar akan menegakkan telinganya, matanya buntang dan hidungnya menghidu-hidu (ini saya tambah ;). Arnab liar itu menyedari akan bahaya yang berada di sekitarnya.

Haiwan ternak pula setelah beberapa lama hidup di dalam peliharaan manusia, diberi makanan dan tempat tinggal dan keselamatan mereka dijaga..Mereka hidup dengan selesa sehinggakan mereka hampir tidak sensitif lagi seperti haiwan-haiwan liar dari spesies mereka yang sama. Mereka mungkin tidak 'aware' dengan bahaya yang tiba-tiba datang. Contohnya musang yang berbulu ayam :P. Namun begitu, haiwan ternak masih boleh bertindak apabila menyedari keadaan yang bahaya. Mereka akan lekas-lekas melarikan diri, berbunyi memanggil tuannya atau melakukan apa saja cara untuk menyelamatkan diri mereka.

Bagaimana dengan manusia yang 'heedless'?
Manusia 'heedless' (bukan 'headless', ya) ialah manusia yang lalai dan leka. Manusia yang lalai ialah mereka yang dikatakan oleh Allah lebih teruk keadaannya daripada haiwan ternak tadi. Lebih sesat daripada keadaan haiwan ternak, mengapa? Kerana haiwan masih mempunyai 'sense' bahawa mereka berada dalam keadaan bahaya. Tetapi manusia yang 'heedless' ini tidak sedar akan bahaya yang bakal menimpa mereka. Bukan sahaja tidak sedar, mereka malah TIDAK PERCAYA. Kenapa? Kerana manusia inilah yang hanya mempercayai logik akal semata-mata. Men are so clever, yet their cleverness kills them. (Oh, saya rasa mereka ini juga ialah mereka yang melihat al-Qur'an dengan membuat tafsiran menerusi terjemahannya sahaja dan menyesuaikannya dengan logik akal mereka. Bijak-bijak..)

Manusia yang 'heedless' ini juga ialah mereka yang tidak sedar akan tujuan kehidupan mereka. If you have no purpose in life, you wil be playing and do anything to entertain yourself. Somehow, people are becoming slaves of their own selves. Kasihan. Mereka fikir mereka bahagia dengan memuaskan keinginan-keinginan mereka dan mencapai apa sahaja impian yang tergambar dalam fikiran mereka. Sedangkan mereka sebenarnya melakukan perkara yang sia-sia...kerana mereka tidak mencapai tujuan kehidupan. Mereka tidak sedar akan bahaya dan musuh-musuh yang melingkari diri mereka sehingga mereka akan dibawa jauh dari tempat terbaik yang Allah ingin anugerahkan iaitu Syurga yang abadi. Musuh-musuh yang melingkari hidup manusia: Nafs, Shaytan, hawa' dan dunia.

Syurga itu benar, Neraka itu benar dan Hari Pengadilan itu benar. Dunia ini hanyalah satu ilusi. Ramai orang yang fikir seperti mereka akan hidup selamanya. Bekerja tak hengat seperti duit itulah segala-galanya. Sebenarnya, hari esok akan membawa kita satu hari lebih dekat dengan kematian..satu hari lebih dekat kepada penghujung kita. Seperti tali pada bom yang sedang terbakar. Hari esok menyebabkan tali itu makin pendek dan masa untuk bom meletup semakin hampir. Our time is running out! Sebab itu kita diajak untuk buat sesuatu pada hari esok lebih baik daripada hari ini dan tidak boleh berlengah. Sebab hari esok menyebabkan kita lebih dekat kepada masa tamat kita!

Manusia sepatutnya sedar akan kehilangan kehidupan abadi mereka nanti. Tak kan nak hidup senang-lenang untuk dunia yang sebentar ini dan terpaksa menanggung siksa dan derita untuk selama-lamanya pula. Banyak kali telah diingatkan tentang dunia ini sementara dan hidup ini hanyalah satu perjalanan ke satu destinasi yang abadi. Di sepanjang perjalanan itu ada pelbagai bentuk bahaya, secara nampak mahupun terselindung. Kalau manusia itu leka dan tidak ingat akan destinasi abadi itu, mudah saja tergoda dan akhirnya membawa diri kepada kemusnahan sahaja. erk, takkan nak game over awal-awal lagi?

Manusia 'heedless' juga ialah mereka yang pentingkan diri
Mereka hanya memikirkan untuk kepentingan diri mereka semata-mata. They don't think about other people! Makan tak hengat, shopping tak hengat..hidup adalah untuk mendapat kepuasan diri sendiri. Tamak, ego dan kedekut. Lihat sahaja keadaan di Malas-ya, di jalan raya sahaja. Berapa sangat orang yang akan mendahulukan pejalan kaki above all others. Keadaan sampah-sarap yang dahsyat. Manusia pun malas nak kisah mengenai manusia lain. Aku ialah aku, kubur lain-lain. Mereka lupakah yang untuk membentuk hubungan dengan Allah juga perlu baik hubungannya dengan manusia. Manusia dah hilang sifat kemanusiaan yang diajar oleh islam. Orang islam terutamanya, sifat mereka seperti yang dilihat di negara tercinta ini langsung tidak menunjukkan cara islam sebenar. Mereka pemalas, pengotor, kuat mengata, mengumpat dan bermacam-macam lagi. As long as we are living our own way, tak de sape kesah. Begitu?

Oh, please... don't let ourselves be the heedless ones!
The time is running out.
Esok menyebabkan kita satu hari lebih dekat kepada penghujung kehidupan kita.

Tuesday, November 18, 2008

teman ke PMC



Alhamdulillah.
Patah tumbuh, hilang berganti.
Semuanya juga kurniaan Illahi.

Teman baru untuk ke PMC.
Sedia untuk beraksi.
^__^


(Gambar diambil menggunakan teman baru saya. Lihatlah awan yang sungguh dramatik itu. Masya Allah!)

PMC= Proactive Motivational Camp
(nama yang sesuka hati diberi oleh saya. maaf, pihak penganjur)

Monday, November 17, 2008

sabar dan istighfar

Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang membanyakkan istighfar nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, tiap-tiap kesempitan ada jalan keluar dan ianya diberi rezeki yang datangnya dengan tidak disangka-sangka"
(Riwayat Ahmad)


Di kala rata-rata rakan di kampus mula beransur-ansur pulang. Saya menghitung hari dan menarik nafas panjang menunggu tesis yang masih belum siap diperiksa oleh pembaca kedua. Oh, ke mana pula pensyarah itu pergi? Tarikh akhir hantar semula tesis ialah hari Jumaat ini.

Bersabarlah..
dan istighfar.

Permudahkanlah ya Allah..

Sunday, November 16, 2008

eMa


Sebentar tadi baru dihantar pulang oleh eMa. eMa sahabat baik saya sejak mula menjejakkan kaki di sini. Esok dia sudah mahu pulang ke kampung halaman, meninggalkan saya termangu-mangu sendirian menunggu tesis yang masih belum siap diperiksa. Kami sempat berbual-bual dan mengimbau kembali kenangan semasa di sini. Terharu, sedih dan gembira. Perasaan saya bercampur baur. Saya tahu, dia akan menumpahkan air mata bila-bila saja. Jadi saya diam saja. Terlalu banyak kisah antara kami. Bergaduh, menangis dan tertawa kembali. Satu persahabatan yang sangat istimewa buat saya.

***

"Aku suka la tengok dia.."
Terdengar satu suara bercakap di belakangku. Aku menoleh dan dia membuat reaksi terkejut. Tangannya menutup mulutnya yang ternganga. Aku tersenyum saja. Ketika itu aku sedang menguruskan pasukan sorak blok kami. Sejak itu bermulalah kisah persahabatan antara saya dan seorang insan bernama eMa.

eMa bukan seperti rata-rata pelajar perempuan yang lain. Dia sedikit istimewa. Ke mana saja dia pergi, selalunya menjadi perhatian orang. Kadang-kadang saya geram juga dengan orang yang tidak tahu menghormati perasaan orang sepertinya. Mereka fikir orang seperti eMa itu sesuai untuk dibuat bahan gurauan sehingga berkelakuan biadap sekali. Rata-ratanya lelaki. Sungguh, saya tidak pasti saya mampu bertahan jika berada di tempatnya.

Saya kagum dengan eMa. Walaupun dia tahu yang dia sedikit berbeza, dia tidak menjadikan perbezaan itu sebagai penghalang untuk dia mencapai sesuatu. Dia sangat mesra dan prihatin dengan saya. Di tahun pertama kami tinggal berjiran. Rumahnya di hadapan rumah saya. Kami juga sekelas. Banyak tugasan yang kami lakukan bersama. Pendek kata kami memang serasi bekerja bersama. Saya pun sudah biasa melayan kerenahnya, begitu juga dengan dia. Kami biasa membuat nota bersama-sama. Bila saya bosan belajar berseorangan, saya akan ke rumahnya dan kami akan berbincang bersama. Walaupun berpindah ke luar kampus, kami masih berjiran.

Hidup berkawan, tidak lepas daripada perselisihan dan persengketaan. Pernah sekali saya begitu geram dengan eMa. Saya pun tidak ingat mengenai apa. Tapi saya nekad untuk pulang ke rumah dan meninggalkan dia keseorangan. Saya tahu, dia tidak berani tinggal sendirian. Saya begitu geram sekali sehingga sanggup membiarkan dia ketakutan di rumahnya. Tapi tidak sampai seharian, kami kembali bermaaf-maafan dengan air mata menjadi saksi terjalinnya semula persahabatan.

Justify FullSejak mula berjinak-jinak dengan tarbiyah, dia sedar akan perubahan saya. Saya tahu dia tertanya-tanya. Tapi saya tetap melayannya seperti biasa. Ada juga saya menceritakan kepadanya serba sedikit tetapi saya pasti masih ada persoalan besar yang tersembunyi di hatinya. Terasa seperti mahu menceritakan segalanya padanya. Cuma saya risau dia tidak mampu menanggung tanggungjawab sebesar ini. Tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Saya ceritakan kepadanya yang prioritinya sekarang adalah keluarganya. Keluarga eMa masih banyak memerlukan bantuannya. Dia satu-satunya anak perempuan. Abangnya pun masih perlu diperingatkan. Begitu juga adiknya. Emaknya bergantung penuh kepadanya. Apa yang boleh dikongsi saya cuba kongsikan juga dengannya. Kadang-kadang saya berasa bersalah. Apakah saya telah menunaikan tanggungjawab syahadah ini sepenuhnya kepada dia. Saya rasa bersalah juga memandangkan dia masih menghadapi konflik dengan keluarga dan diri sendiri. Saya takut..apakah ini cuma alasan saya sedangkan dia berhak untuk mendapat haknya yang lebih besar? Saya tahu, tak semua orang dapat memahami dan menerima sesuatu yang berat seperti ini...

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya, merahmatinya dan memberi hidayah kepadaNya. Semoga dia dapat merasa kemanisan iman dan hidup di dalam kasih sayangNya.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya, sekiranya saya tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada dia.

***

Sempat juga dia bertanya tadi,
"Pergi Brunei nanti, buat dakwah juga ke?"

Saya tersenyum dan menjawab,
"Mesti! Kat mana-mana pun."

Hati saya berbunga-bunga riang kerana mempunyai seorang sahabat yang benar-benar memahami.

Terima kasih sahabatku di atas memori yang sangat manis ini. Maaf, saya mungkin akan merindui kamu.

Catatan terakhirnya dalam secebis kertas buat saya,
"eMa mulai kenal +paham apa itu 'kawan'. eMa ikhlas terlalu sayangkan persahabatan kita.."

kingdom of boredom


Dulu selepas tamat peperiksaan saya selalu dihimpit perasaan bosan.

Bosan dan kosong

Dulu saya selalu rasa nak habiskan exam cepat-cepat sebab nak buat banyak perkara.
Dulu saya selalu terbayang rancangan-rancangan menarik untuk dilakukan selepas tamat exam.
Dulu saya selalu fikir yang saya akan jadi manusia yang paling bahagia selepas exam.

Tapi,
bila tamat exam....

Saya selalu rasa BOSAN
rasa KOSONG.

saya cuba macam-macam...
baca magazine, komik, buku
tengok TV, movie marathon
dengar musik, menyanyi (sorang-sorang)
melukis dan menconteng
mengacau orang lain


But it never works.
I thought I'm going to be happy when I entertained myself..
But I was WRONG.


sehinggalah,
saya temui....
Penawarnya.


o_O

bukan susah pun.


hati itu kosong
bila kita tak penuhkan
dengan cinta..kepada Allah.

hati itu tidak akan tenang
bila tak digunakan untuk mengingati Allah.


Saya jumpa penawar ini setahun lalu,
sehingga kini masih berkesan pada saya
kerana saya percaya:
"...dengan mengingati Allah, hati akan tenang..." 13:28


Bagaimana mungkin kita dihimpit rasa bosan dan kosong itu, sedang kita diminta untuk sentiasa mengingatiNya.

Gunakan segala peluang yang ada..

Setiap detik
saat
minit
jam
hari

untuk mengingati Allah dan mendamba RedhaNya.


Keluarlah dari kingdom of boredom..moga ditemukan dengan kingdom of heaven. ehe =)

Friday, November 14, 2008

Laskar Pelangi



Tamat sudah membaca novel fenomenal ini. Laskar Pelangi karya pertama Andrea Hirata. Saya hampir mahu berhenti setelah hampir separuh buku ini dibaca. Bukan kerana buku ini tidak bagus, cuma kisahnya terlalu mempesona. Kisah zaman kecil si penulis yang penuh warna-warni. Saya tercari-cari tema sebenar novel ini. Pada mulanya saya menyangka temanya bersangkutan dunia pendidikan, tetapi setelah membaca sehingga ke ayat yang terakhir saya dapat simpulkan temanya berkait dengan memori dan advencer si penulis dan teman-temannya sejak mereka mula bertemu hingga dewasa. Perjalanan hidup yang dicerita dengan penuh perasaan.

Harapnya saya tidak terlambat untuk membuat ulasan mengenai novel yang begitu indah ini. Filemnya sudah ditayang di Indonesia bulan September lalu dan di Malaysia Soundtrack oleh Nidji sudah berkumandang di radio. Saya tidak memberi harapan tinggi dengan filemnya. Sudah banyak kali filem yang dihasilkan daripada buku mengecewakan saya. Bukan tidak bagus, cuma fantasi saya dengan membaca buku selalunya lebih indah daripada yang ditayangkan di filem. Menonton Harry Potter semasa di zaman kanak-kanak dulu pun tidak seseronok membaca bukunya. Tetapi filem merupakan alternatif yang baik bagi mereka yang malas membaca dan sukar berfantasi. Haha.. (sarkastik betul :P)

Membaca Laskar Pelangi membuatkan saya melihat diri saya mempunyai sedikit-sebanyak persamaan dengan penulis yang memegang watak Ikal dalam anggota Laskar Pelangi. Seorang yang observant, suka memerhati, suka menulis dan berkarya, suka berfantasi, suka melihat pokok dan alam yang indah, bersemangat dalam bersahabat dan sangat menghargai sahabat-sahabatnya. Cuma saya tidak mempunyai kebolehan bermain badminton seperti Ikal. Juga tidak tidak pernah terlibat dengan perasaan cinta pertama. Saya sukakan tulisan Andrea Hirata ini, gaya bahasa yang mudah dengan menjadikan alam sebagai bayangan keindahan ceritanya. Satu persatu watak dan tempat digarap bagi memberi bayangan yang detail akan keindahan Pulau Belitong yang menjadi inspirasi cerita. Sekiranya anda bukan pembaca novel yang berbahasa indah dan menyukai tema biologi dalam novel, anda mungkin cepat bosan. Andrea seboleh mungkin mahu menceritakan setiap peristiwa dengan sedetailnya. Kisah, atmosphere dan perasaan semuanya diceritakan bagi memberikan gambaran harmonis keadaan di waktu itu.

Saya tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan novel ini begitu fenomenal? Bukan mahu mepersoalkan kehebatan novel ini, tetapi saya mahu melihat kehendak masyarakat terhadap satu-satu karya. Saya dapat simpulkan masyarakat pada masa dan waktu ini sedang mengharapkan sesuatu yang dapat memberikan ketenangan, mengeluarkan mereka daripada kerunsingan dan karya ini memberikan mereka peluang untuk mengembara ke alam yang indah di Pulau Belitong, bersama anak-anak penuh pesona dan menelusuri kehidupan mereka yang penuh warna-warni. Inilah salah satu bentuk escapism yang juga dilakukan oleh watak Ikal dalam novel ini dengan membina fantasi di Edensor sebagai satu cara meredakan hati yang gundah-gulana. Edensor, ibarat syurga bagi Ikal kerana keindahannya daripada fantasi buku yang dibacanya itu memberi seribu ketenangan.

Saya memandang keistimewaan buku ini dari sudut yang berbeza. Saya sukakan watak Bu Mus, guru Laskar Pelangi yang sangat tabah dan penuh semangat. Juga watak Lintang yang saya pasti mempunyai peminat yang ramai di kalangan pembaca. Novel ini juga membuktikan peri pentingnya pelajaran dan kefahaman Islam diberikan kepada anak-anak sejak kecil. Bu Mus melatih anak-anak muridnya untuk mengamalkan cara islam yang sebenar. Sekolah islam yang miskin ini juga mempunyai moto yang sangat unik, "Amar Makruf Nahi Mungkar". Penulis juga menunjukkan betapa sekolah ini berjaya mendidik mereka untuk berpegang dengan cara hidup islam. Cuma mungkin tidak banyak penekanan diberi dalam novel ini mengenai islam itu sendiri. Watak Pak Harfan juga tidak kurang hebatnya, seorang guru yang sepatutnya menjadi inspirasi semua guru-guru. Penuh semangat dan wibawa.

"Ketika mengajukan pertanyaan beliau berlari-lari kecil mendekati kami, menatap kami penuh erti dengan pemandangan matanya yang teduh seolah kami adalah anak melayu paling berharga. Lalu membisikkan sesuatu di telinga kami, menyebut dengan lancar ayat-ayat suci, mencabar pengetahuan kami, berpantun, membelai hati kami dengan wawasan ilmu lalu diam, diam berfikir seperti kekasih merindu, indah sekali."

Pak Harfan juga meninggalkan pesan yang begitu mengesankan,
"Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya. Bukan menerima sebanyak-banyaknya."

Novel ini berjaya membuat saya tertawa dan menangis. Satu pesan saya, jika sudah mulai membaca mesti dihabiskan hingga ke akhirnya. Kerana di akhir cerita punya kejutan dan jawapan untuk pelbagai persoalan. Novel ini terlalu indah sehingga saya sendiri takut untuk meneruskan pembacaan. Takut terleka dengan fantasi indah Pulau Belitong dan terlekat dunia. Namun begitu, menghabiskan novel ini tidak sia-sia. Saya menemui jawapan untuk menjawab persoalan yang selalu menjadi dilema untuk saya menerangkannya. Persoalan antara takdir, hasil dan usaha. Seperti yang kita ketahui segala hasil sudah termaktub sebagai takdir, oleh itu bagaimana mahu dikaitkan usaha dengan takdir. Ada orang malas berusaha kerana percaya jika berusaha bagaimanapun tidak akan mengubah takdir. Andrea memberi analogi ringkas dalam novel ini yang mungkin membantu untuk menjelaskannya.
"..hidup dengan usaha adalah mata yang ditutup untuk memilih buah-buahan dalam bakul. Buah apa yang kita dapat, tetap mendapat buah."

Mata kita tertutup kerana kita tidak dapat melihat takdir. Kita tidak tahu hasil sesuatu perkara yang kita lakukan. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan berusaha, kerana usaha membolehkan hasil itu tercapai. Kita hanya mendapat buah jika kita bertindak untuk mengambil buah. Tetapi usaha itu bukan penentu hasil kerana hasil itu sudah ditentukan sebagai takdir. Dengan kata lain, buah apa yang akan kita capai itu adalah takdir. Kita hanya bertindak untuk mencapai buah itu sahaja sebagai satu usaha. Pengalaman pula mengajar kita untuk memilih buah berdasarkan pengalaman yang lepas. Walau dengan menutup mata (tidak tahu akan takdir sendiri), kita masih boleh menggunakan pengalaman bersama-sama dengan usaha. Hasilnya, biar saja Allah yang tentukan. Dengan cara ini kita akan terus berusaha dan berusaha...menggunakan pengalaman yang ada dan kekuatan semaksima mungkin untuk berusaha. Kerana mata kita tertutup, kita perlu berusaha mencapai buah yang ada. Supaya kita memperoleh buah juga. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan malas berusaha, kita hanya mengharapkan buah yang tidak kunjung tiba. (jika rasa komplikated, sila baca dengan perlahan-lahan)

Akhir kata, buku ini mampu memberi inspirasi buat anak-anak yang menghadapi kemelut pendidikan, buat guru-guru dan manusia lainnya. Lihatlah pada sudut bagaimana islam mendidik mereka menjadi manusia-manusia berguna. islam yang menjadi nadi segala kehidupan.

p.s: Laskar Pelangi ialah sebuat tetralogi. Buku-buku lainnya sudah ada di pasaran. Cuma buku keempat belum tiba di Malaysia.

Thursday, November 13, 2008

hitam, putih dan kelabu


Bismillah.

I'm back at home. Unplanned.

Ambil cuti sebentar daripada menjual nasi lemak dan karipap. Harap tidak mengganggu perkembangan bisnes kami. Semalam saya menjaja dari satu bilik ke satu bilik sehingga tidak perasan saya telah ke tingkat 9 hanya dengan memanjat tangga. Oh, mungkin ini yang dimaksudkan dengan semangat dan ketekunan. Sehingga sesuatu yang saya pernah fikir sangat mustahil untuk dilakukan berjaya dilakukan, tanpa sedar! Saya seronok mengetuk pintu-pintu bilik mereka. Menyapa mereka dengan senyuman indah seawal pagi (ceh, perasan!), melihat wajah-wajah yang tersipu-sipu malu apabila mengenal saya seorang demonstrator yang pernah mengajar di makmal satu masa dulu dan melihat semangat pemudi-pemudi harapan bangsa yang bangun awal untuk mengulangkaji. Mungkin selepas ini mereka akan lebih mengenal saya sebagai si penjual nasi lemak dan karipap berbanding kakak yang berdiri di hadapan makmal sebagai demonstrator =D

Saya terfikir juga. Apakah saya punya kekuatan begini untuk mengetuk setiap pintu rumah mereka dan menceritakan tentang indahnya Islam. Seperti Rasulullah yang tidak pernah jemu mengetuk pintu setiap rumah di Makkah, seperti Mus'ab yang tidak meninggalkan walau satu rumah pun di Madinah daripada menceritakan mengenai Islam. Aduh, kadang-kadang saya malu sendirian. Apakah usaha saya sudah semaksima mungkin? Sungguh, apabila mengenangkan kembali Syahadah al-Haq ini, saya sendiri berasa malu dengan telunjuk yang tegak dalam ikrarnya. Saya malu andainya telunjuk ini bisa berbicara dan mengingatkan kembali akan syahadah yang saya lafazkan saban waktu. Tuhan, begini beratkah dosaku?
Saya harus mengingatkan diri ini berkali-kali akan tanggungjawab syahadah ini bukanlah ringan dan semudah mengangkat telunjuk ini ketika bersyahadah.

Baru-baru ini saya membaca satu entri yang sangat mengharukan. Kisah bagaimana seseorang ditemukan dengan hidayah Allah yang indah. Bagaimana dahulu dia sangat benci dengan orang yang membawa islam dan mengajakkannya kepada islam. Dek kerana kebenciannya yang meluap-luap dia lantas mempelajari islam kerana mahu membuktikan bahawa mereka yang membawa islam ini tidak akan ke mana-mana, dia mahu membuktikan mereka yang sibuk bercerita tentang islam ini hanyalah sebagai satu escapism. Dia seorang muslim, tetapi dia sendiri malu dengan islam. Dia malu berjalan dengan seseorang yang bertudung kerana mereka melambangkan islam. Mungkin pada ketika itu dia berasa islam itu lemah dan tidak sesuai dengan arus semasa (saya juga pernah berfikir demikian sebelum didakap hidayah yang indah ini). Allah itu Maha Pengasih, perlahan-lahan dibuka pintu hati insan ini untuk melihat sudut indah islam sehingga sampai satu saat dia benar-benar mahu kembali pada Allah. Dia tidak tahu ke mana hendak dituju, dan dia kembali kepada manusia-manusia yang pernah dibencinya dahulu. Manusia yang mengajaknya kepada islam tanpa jemu. Katanya, banyak perkara-perkara kecil yang dilihat pada mereka telah menyentuh hatinya. Mereka tidak pernah bersifat judgmental, menerimanya seadanya. Walau pernah memarahi mereka, mereka tetap bersabar dan tidak menyimpan rasa. Banyak betul yang saya pelajari daripada tulisan hati insan yang dipilih Allah ini. Allah mencurahkan hidayahNya buat mereka yang mencariNya. Jika kita menuju kepada Nya dengan berjalan, Allah akan menyambut kita dengan berlari!!! Merangkul dan mendakap dengan penuh kasih sayang ^_^

Sisi pahit daripada tulisan ini ialah apabila dia membongkar keadaan di tempat kerjanya. Bagaimana sebuah syarikat yang hampir 99% muslim, hanya 4 daripada 40 orang yang dilihatnya menunaikan solat. Bagaimana dia saban hari diajak oleh teman-teman untuk clubbing sehingga dia merasakan tembok iman dia mula runtuh hari demi hari. Saya benar-benar terkesima. Jahiliyah benar-benar berkecamuk di Malas-ya. Kata teman saya, kalau di Eropah yang hak dan batil itu benar-benar dapat dilihat berbeza. Jelas sekali batas antara duanya. Mungkin benar seperti Yang Aneh-aneh karya Faisal Tehrani, islam di sini kelihatan sungguh aneh sekali. Ya, di Malaysia warna kelabu itu semakin berleluasa sehingga warna hitam dan putih pun tidak dapat dibeza. Semakin juga yang memilih warna kelabu sebagai warna kegemaran mereka. Oh, pening kepala. Jelas sekali islam di Malaysia belum benar-benar jelas. Juga bukti pelajaran agama di sekolah gagal menjelaskan orang-orang islam mengenai islam itu sendiri. Oh, saya terlupa. Mungkin mereka hanya gilakan pada huruf 'A' dalam perkataan islam itu, sehingga huruf-huruf yang lain dipandang hanya sebelah mata (atau tidak dipandang langsung!)

Saya bingung. Apakah alasan mereka untuk tidak bersolat? Terlalu sibuk? Saya suka untuk bercerita bagaimana surah 'Abasa menyentuh hati saya.

"maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): (24) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. (25) Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; (26) Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran, (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma, (29) Dan taman-taman yang menghijau subur, (30) Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput; (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu." ('Abasa, 80: 24-31)

Manusia bekerja untuk mencari rezeki. Jika ditanya kalau tidak bekerja bagaimana dan dia lantas akan menjawab, "Habis sape nak bagi aku makan??". Maka, saya pun sukalah untuk bercerita mengenai ayat ini. Manusia dengan megahnya berkata yang mereka terlalu sibuk walau untuk seketika menghadap Tuhan (dengan bersolat). Tetapi dalam sibuknya manusia, sibuk lagi Sang Penguasa alam menguruskan segala macam yang ada. Lihat dan dalamilah setiap ayat itu satu persatu. Bagaimana Allah menguruskan makanan kita, yang selalu dibimbangkan oleh segenap lapisan manusia. Paling menyentuh hati ialah ayat 27, Allah menjaga setiap benih yang jatuh ke bumi. Bumi dibelah untuk memberi ruang benih ini bercambah, lalu pucuk dan akar dapat menembusi lapisan tanah lalu membesar menjadi sepohon pokok. Bagaimana dengan pokok-pokok yang lain? Semuanya dijaga dengan rapi oleh Allah. Rumput dan rumpai, pokok tinggi dan rendah, semuanya cukup. Saya suka ke hutan dan melihat daun-daun pokok yang bergumpal-gumpal seperti awan. Setiap tumbuhan dengan karakter yang tersendiri, benar-benar menggamit rasa. Ini baru mengenai tumbuhan, bagaimana pula dengan haiwan-haiwan? Bagaimana dengan serangga yang mendapat posisi pertama dalam jumlah populasinya di bumi? Ya, Allah lebih sibuk menguruskan pelbagai perkara. Namun tidak pernah Da terlupa untuk membenarkan butiran-butiran oksigen masuk ke kerongkong kita. Tidak pernah Dia terlupa walau satu saat membiarkan kita terbiar tanpa kawalanNya. Cuma kita saja yang suka berdolak dalih, memberi alasan dengan kesibukan yang dicipta-cipta. Kita hanya tahu mencariNya apabila ditimpa musibah dan diruntun kesedihan. Hanya tahu menyumpah-nyumpah lantaran takdir yang diterima tidak seindah harapan.

Tuhan Yang Maha Pengasih itu tidak pernah putus-putus memberi peringatan. Lantaran kasih-sayangNya yang tidak bertepi. Diberinya musibah, agar kita kembali meminta padaNya. Betapa Dia rindu untuk mendengar suara hambaNya, berdoa dengan tulus memohon ampun dan meletakkan sepenuh pengharapan padaNya. Ada manusia yang menganggap Tuhan tidak adil kerana tidak memberi apa yang dihajatinya. Maka manusia itu seharusnya mengingat kembali akan tidak semua yang diimpikan itu terbaik untuknya. Fikiran manusia itu cetek, terhad dan tidak mampu menandingi luasnya pengetahuan Tuhan. Tidak perlulah menujuk-nunjuk dengan IQ yang sehebat mana, mahupun kelebihan yang tanpa disedari juga kurnia Tuhan padanya.
"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (6) karena dia melihat dirinya serba cukup. (7) Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali [mu]. (8)" (al-'Alaq, 96: 6-8)

Ah, saya sendiri takut sekiranya saya berbangga-banga dengan pinjaman Allah buat saya. Mohon dijauhkan...

Kalau dahulu saya juga di kalangan manusia yang memandang rendah dengan islam. Tidak mahu kelihatan terlalu ekstrim dengan mempamerkan islam di setiap masa dan ketika. Saya juga dahulu mahu menjadi golongan yang tengah sahaja. Tidak terlalu ekstrim kepada islam dan tidaklah pula ke arah yang terlalu batil itu. Tanpa saya sedari, saya sebenarnya telah memilih warna kelabu. Saya sebenarnya sedang mencampur aduk yang hak dan batil sehingga menjadi warna kelabu yang disukai ramai. Warna kelabu yang sebenarnya menyesatkan dan akhirnya menolak kita semakin hampir kepada hitam. Allah menciptakan dua jalan untuk kita dengan jelas. Pengakhirannya juga jelas, jalan putih menuju ke syurga dan yang hitam menuju ke neraka. Tiada tempat untuk mereka yang memilih jalan kelabu kerana yang kelabu itu sebenarnya kelak menolak ke arah hitam juga.

Kelabu itu bagaimana?
Apabila kita hanya mengambil islam itu setengah-setengah dan tidak bersetuju dengan setengah yang lainnya, sebenarnya kita sedang memilih jalan yang kelabu. Apabila kita mengambil islam dan menyesuaikannya mengikut suka hati kita (i.e tak payah solat sebab tak sempat), kita sebenarnya mencipta jalan yang kelabu. Kita juga sebenarnya sedang menebuk al-Qur'an dengan mengambil ayat yang disukai dan membuang sebahagiannya kerana berasa ia tidak sesuai dengan keadaan semasa. Kita juga memilih jalan kelabu apabila mencampur adukkan yang halal dan haram kononnya dengan tujuan yang baik (em, tak payah bagi contoh kot. isu sensitif..). Kita juga menjadi seorang penggemar jalan kelabu apabila mengamalkan islam di setengah-setengah masa, tetapi tidak mengamalkan islam di masa lainnya (i.e pakai tudung tapi mencuri. tudung saji kot :P). Banyak lagi keadaan yang sebenarnya menjuruskan kita kepada jalan yang kelabu, jalan yang samar-samar tapi kononnya nampak seronok kerana mendapat pilihan nombor satu dalam hati masyarakat Malas-ya. Pendek kata, generasi kelabu ini semakin meruncing. Mereka mungkin tidak sedar akan kekelabuan pemikiran dan kefahaman mereka terhadap islam kerana rata-rata masyarakat menerimanya sebagai satu norma. Mereka yang memilih jalan putih kelihatan sungguh ekstrem walhal mereka sebenarnya berada di landasan yang betul. Awas: sekiranya anda masih mempunyai perasaan yang tidak baik terhadap sebahagian hukum islam, memandang sedikit rendah terhadap syariat dan tidak dapat mengamalkan dan merasai nilai-nilai islam dalam setiap sudut perilaku, anda harus berhati-hati kerana ini mungkin simptom memilih jalan yang kelabu!!

Jangan keliru dengan yang kelabu!
Carilah Allah, kelak Dia akan menyambut kita dengan limpahan kasih sayang.


Hidayah itu indah, hadiah buat mereka yang mencari dan mahu kembali kepadaNya.