Wednesday, October 14, 2009

Lemas


Sedang bersantai-santai di tepi pantai, tiba-tiba kedengaran sayup-sayup orang meminta tolong. Di suatu sudut, ada tangan yang sedang terkapai-kapai, tenggelam timbul dalam pukulan ombak. "Ada orang lemas!". Dia gugup. "Oh, apa boleh buat. Saya bukan tahu berenang pun. Tunggulah saya pergi belajar berenang dulu, baru boleh selamatkan orang.." Terus dia menyambung duduk santai-santainya di tepi pantai, melihat-lihat nyiur melambai-lambai. "Oh, pantai yang tenang..." dan suara yang meminta pertolongan itu kian tenggelam.

Pastinya kita sangat geram dengan orang yang sebegitu. Sanggup dibiarkan orang lain mati kelemasan hanya kerana merasakan diri tidak mampu untuk menyelamatkan. Andai mahu menunggu diri pandai berenang atau mungkin mempunyai sijil untuk menyelamatkan orang, entah berapa ribu nyawa kita sebenarnya telah korbankan. Atau mungkin saja pada hemat kita, "oh, tak mengapa. Pasti ada orang yang lebih arif dalam hal berenang dan selamat-menyelamatkan yang akan pergi menyelamatkan orang ini," lalu kita terus-terusan membuat hal sendiri tanpa mengendahkan langsung entah siapa yang akan pergi menyelamatkan orang yang kelemasan itu. Atau mungkin saja kita yang bersikap pentingkan diri, kerana tidak mahu bersusah-susah membasahkan pakaian atau terlalu kedekut mengorbankan masa bersenang-senang itu untuk menyelamatkan orang lain.

Berilah walau seribu alasan pun. Jika anda tetap enggan segera berbuat sesuatu untuk menyelamatkan orang yang kelemasan itu, anda seorang yang pentingkan diri sendiri!

Umat ini sedang lemas. Berjuta-juta orang yang sebenarnya hampir mati lemas tanpa mereka sendiri sedari kroniknya keadaan mereka itu. Lantas, bagi mereka yang tahu. Apakah kamu masih mahu membisu? Masih merasa diri ini tidak mampu melakukan sesuatu?

Lalu, apa yang telah kamu lakukan untuk dirimu agar bisa merasakan bahawa kamu MAHU dan kamu MAMPU?

atau kamu sememangnya senang,
menjadi pembunuh dalam diam?

3 comments:

semut said...

teringat pula isnin lepas ke kolam renang dengan sisters sini, main air...

=)

Mama Hazim said...

oh, bestnye.

hari tu terpandang kolam renang juga. rasa rindu nak berenang-renang dengan sisters.

Arifah said...

Wah. Menusuk ke dalam entry ni. Best2.