Tuesday, October 13, 2009

Berlanggar dengan masa


Bila kerja menimbun dan test saling datang bertandang, kadang-kadang kita seolah merasakan diri inilah yang paling sibuk. Terasa lemas dan nafas termengah-mengah dibuatnya. Sehinggakan kalau boleh mahu menggunakan segenap ruang masa untuk menyudahkan kerja-kerja dan mengulangkaji. Tapi suatu perkara yang kita tanpa perlu disuruh tetap meluangkan masa untuk itu iaitu makan!

Pelik, bukan?
Secara otomatis sepertinya tubuh kita mampu memberi signal bahawa kita lapar dan memerlukan makanan. Lalu kita bergegas mencari makanan bagi menghilangkan rasa lapar tersebut. Mungkin kerana makan ialah suatu perkara yang telah menjadi rutin kebiasaan kita sejak mula kemunculan kita di dunia ini. Sejak dari bayi sehinggalah ke umur entah berapa kini, tidak lepas daripada makan dan makan. Sehingga sesibuk mana pun, kita akan cuba mencari masa supaya menjamah sesuatu untuk makan dan selalunya, kita berjaya.

Tetapi, bagaimana pula untuk makanan hati kita? Makanan buat ruh kita yang memerlukan untuk selalu diperingatkan dan berada dalam lingkungan keimanan. Bagaimana kita menyantuni sang hati nan satu milik kita itu? Saat hati itu kelaparan dan menunjukkan simptom-simptom kurang sihat apakah kita mengendahkannya? Bila hati tidak lagi memperingatkan kita kepada sang Pencipta, tidak lagi berasa tenang dalam iman atau mungkin tika itu hati bersenang-lenang dengan perkara yang membawa jauh dari Tuhan, apakah kita prihatin betapa hati itu sedang sengsara kehausan mengharapkan cahaya iman membasahinya?

Lantas apa yang kita lakukan?

Terus-terusan membiarkan?
terus-terusan mengabaikan?
lalu panggilan suara kecil hati itu kian menjauh..
ditenggalami oleh suara-suara besar mengganas
dibunuh tanpa suara
dan kita terus bergembira..
hidup dalam kelam,
tanpa cahaya,
tanpa sekeping hati suci,
untuk memandu diri
mengembara di dunia ini.

Masa itu milik Allah. Andai kita menggunakan sedikit masa yang ada buatNya, tidak mustahil untuk Allah memberi lebih banyak masa buat kita.
Bukan banyaknya masa itu yang utama, tetapi sejauh mana keberkatan dalam setiap masa yang kita guna.

Andai berlanggar dengan masa,
kembalikan segala urusan kepada Yang Maha Kuasa.

Untuk kalian, lagu penenang hati =)


3 comments:

Abu Khalid said...

Post yang menarik

Ikut pemahaman ana tentang post ni, entah betul atau tidak

Seseorang itu akan sanggup buat apa sahaja untuk 'makan' kalau dirasakan sangat penting 'makan' tersebut buatnya, supaya tidak dilanda 'lapar' atau 'gastrik'

Menjadi peranan kitalah nampaknya utk menerangkan pada mereka apakah sebenarnya 'makan' itu...

Menarik tentang makan ini juga, walau sesibuk mana pun manusia itu, di celah benua mana pun, dia akan tetap makan (kali ni, makan makanan zahir; breakfast, lunch, dinner). Naqib/ah tiada dapat beralasan, "ana sibuk, anak usrah pun sibuk" utk perjumpaan tidak rasmi sepanjang minggu... kerana mereka dapat makan bersama, menyelesaikan masalah2 kecil bersama...

Cuma masalahnya, selalunya naqib/ah pula yang suka beralasan... Entah mereka ini minat nak DF anak2 mereka lagi atau tidak...

semut said...

lagi best kalau 'makanan' tu daat tiap2 hari, bukan weekly kan..?

dan alangkah baiknya kalau setiap 'makanan' yg dpt tu dihadam dengan baik, dan terlekat pada setiap tisu daging ni..

=)

atiqah ottawa said...

salam kak kd, wah mcm mana tau nickname sy? huhu. mesti dah sampai blog sy ni. btw, post ni sikit sbnyk menjawab soalan sy haritu kot. alhamdulillah.

tp sy stuju ngn akak, kdg2 blh misguided hny dgn pembacaan. sbb perbezaan timezone, n kekangan masa, susah jgak nak ym. huhu. nnti2 akan sy buzz akak inshaAllah :)