"Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah. dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan [nya]?, kecuali orang-orang [penyair-penyair] yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali."
(26:224-227)
(26:224-227)
Setiap kali bertandang dan bertemu dengan adik-adik di hujung negeri sana, saya pasti pulang dengan sesuatu yang indah buat bingkisan memori. Persis pujangga, kalian mampu menyulam kata-kata indah yang mengetuk hati. Langsung terlintas surah asy-syuaraa yang menggambarkan para penyair. Tapi bukan sebarang penyair, kalian ialah para penyair yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah. Oh, bila lagi dapat saya mendengar puisi nan indah daripada kalian?
Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk ke liang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur

- Penyair Islam, Abdullah ibn Rawahah
1 comment:
nama as-syuaraa sgt sweet!
X)
Post a Comment