Wednesday, July 1, 2009

sainbod



Menelusuri jalan raya.
Kanan dan kiri ada saja sainbodnya.
Kadang-kadang di atas juga.
Pasti kelakar jika ada orang yang suka mengambil gambar sainbod untuk suka-suka. Ah, mahu tunjuk skill fotografi kononnya!
Sudut itu dan sudut ini, gambar-gambar sainbod berwarna-warni.
Bukan saya benci seni. Saya juga seorang yang cintakan estetika. Tapi sainbod itu bukan untuk difotograf cuma. Bukan untuk dikagumi cantik seni ukirannya. Kerana sainbod itu ada peranannya, menjadi petunjuk buat kita. Jika asyik melihat dan menkagumi saja tanpa mengerti petunjukknya, masakan sainbod itu jadi berguna. Ah, kacau jiwa dilihatnya. Manusia sibuk mengkaji sainbod. Apakah dibuat dari logam tertentu, ditempa bagaimana cara.. adakah itu yang utama? Sainbod itu pastinya tidak dicipta saja-saja. Sainbod itu penuh makna, dicipta dengan hebatnya bukan bermakna ia tercipta untuk dikaji sebagai suatu ilmu cuma. Ah, sia-sia. Sainbod sehebat itu tidak dimengerti kewujudannya di sana. Apakah akalmu serendah itu? Sainbod itu petunjuk buat mereka yang berfikir. Petunjuk dari Yang Esa buat panduan kita melalui jalan dunia. Bukanlah rupa sainbod itu yang harus dikagumi, tapi pengertian di sebaliknya. Ah, kasihan kau! masih lagi terpaut pada indahnya sainbod atau indahnya foto sainbod yang diambil. kau berbangga dengan pengetahuan tentang kehebatan sainbod tapi kau lupa, sainbod itu ada pencipta.
Apa guna tahu tentang hebatnya sainbod segala, tapi pencipta yang Maha Hebat itu tidak diketahui pula.
Apa guna berbangga dengan pengetahuan tentang sainbod segala sedang Yang Maha Mengetahui kau tak kenali pula?




No comments: