Monday, July 27, 2009

pengingat

How I wish I'm not such a forgetful person! How I wish I'm not careless! It's not that I don't care. It's just I am a little below than really-really taking a good care of things.

Uuuh.

Malam tadi saya rasa sangat bersalah. Kami pergi melawat nenek tersayang dan ketika mahu pulang saya terperasan yang saya tidak menjumpai beg tangan saya (Ok, big girls do carry handbags ya!). Ayah saya pula ada temujanji dengan kawannya di rumah kerana kawannya mahu meminta kunci daripada ayah dan kunci itu pula mahu digunakan pada malam itu dan jika tidak dapat digunakan habislah kerana semua orang pun sedang menunggu. Oh!

Mencari-cari di rumah nenek, beg tangan saya masih tidak juga ditemui. Pening kepala. Habis dipunggah satu kereta pun tidak jumpa. Oh, jangan-jangan tertinggal di R&R dalam perjalanan ke rumah nenek petang tadi. Kami meneka-neka. Ah.......... akhirnya kembali ke tol dan membuat perjalanan panjang untuk ke R&R yang tentunya memerlukan kami untuk buat U turn di tol yang berdekatan dengan R&R tersebut. Ha..kena bayar tol ekstra hanya untuk mengambil beg yang comot itu. dan dalam perjalanan ayah terpaksa membuat 'deal' baik-baik dengan temannya itu supaya keadaan tetap tenang. Oh, jantung saya saja yang tidak tenang. Bukan apa, rasa bersalah sangat! Mak, nenek, Ayah dan saya tetap berdoa. Ayah bertanya, "Apa yang ada dalam beg tu?". Telefon genggam dan beg duit selamat dengan saya kerana semasa di R&R tadi saya sibuk pergi membayar makanan dan membeli jeli kelapa sehingga terlupa yang beg tangan masih tertinggal di tempat kami makan. Jadi apa yang masih tinggal di dalam beg itu? "Ah, ada kamera, al-Qur'an tercinta, kompilasi hadis 40, al-ma'thurat, alat tulis (pen yang sangat baaaanyaak, pemadam, marker, liquid paper), minyak angin, penitis mata dan spek hitam saya kalau-kalau mata saya akan bertukar jadi merah bila-bila".

Tiba di R&R kami bergegas ke tempat kami makan. Ke kafe tersebut dan menemui pakcik penjaga kaunter. Oh, Alhamdulillah! Beg saya telah diselamatkan oleh beliau. Sebagai terima kasih, ayah menghadiahkan pakcik itu dengan 1kg cendawan yang nampaknya kami selalu bawa bersama-sama ke mana saja kami pergi. Pakcik yang sangat baik hati dan berbudi. Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan juga!

Ok. Itu kisah saya semalam. Tetapi hakikatnya saya sudah terlalu banyak kali menjadi orang yang pelupa buat sekian lama. Geram juga. Masih juga mencari solusinya. Ada juga saya terfikir untuk membuat poket besar-besar seperti doraemon. Jadi semua benda pun akan terlekat terus di badan saya. Tidak tertinggal di mana-mana. Beg saya selalu menjadi mangsa saya tertinggalkannya. Entah kali ke berapa. Dulu semasa di sekolah, saya selalu tertinggalkan beg sekolah di dewan makan selepas sarapan. Mungin kerana terlalu gembira makan yang sedap-sedap saya langsung terlupa akan beg comot saya. Lalu bila di kelas, baru terkial-kial berlari ke dewan makan untuk mengambilnya semula.

Minggu lepas pun saya tertinggal sampel kuih raya untuk di bawa kepada teman-teman. Sedangkan itulah salah satu tujuan utama saya pulang ke rumah. Kasihan ayah, terpaksa membuat U turn di tol yang berhampiran untuk mengambil barang saya semula. huhu..

Marah juga dengan diri sendiri.
Sedar juga akan kelemahan sendiri.
Kalau tak berubah juga..
ish2, tak reti-reti lagi??
uuuh.
maaf lah kepada semua di sana dan di sini.
harapnya mengerti.
saya ni absent minded sedikit. barangkali.
tapi harapnya tidak lagi.
kerana pastinya diri ini perlu diperbaiki.
oh, patutnya usaha sudah dimulai..
kerana seorang muslim itu tidak akan masuk ke lubang yang salah dua kali!

Subhanallah.
Astaghfirullah.

Mohon Allah beri saya jadi manusia yang pengingat dan bukan lagi pelupa. Juga pengingat yang sentiasa melaksanakan tanggungjwabnya bila saja mendapat peringatan dariNya!



1 comment:

Sufi is me said...

salam
sekadar nak mengshare tips dari org pelupa, kepada yg sama pelupa (hehe);

1. make a quicklist in your mind before going out/stopping: what do i do/ bring?
2. double check everything before u leave
3. jangan bawak byk sgt barang. minimise it ke tahap minimum. cth: hanya bawa purse n electronic devices je keluar dari kereta. make sure u count it twice sebelum keluar dan sebelum meninggalkan tempat kejadian.
4. pakai beg bertali pjg yg boleh sangkut kat leher. manggakan di leher jika perlu. huhu.
selamat mencuba!