Sekali lagi saya mencemburui virus ini. Betapa dia berjaya menarik perhatian. Asal ada pada Headlines, semua mata seperti terjojol melihatnya. Malah ketakutan terhadap wabak ini lebih ditakuti daripada mati itu sendiri. Ah, H1N1 itu cuma satu bahagian daripada beribu-ribu penyebab kematian. Bagaimana bisa H1N1 itu begitu menggerunkan? Malah kematian itu juga sesuatu yang telah selamat berada dalam takdir Tuhan. Mahu ke mana untuk berlari andainya kematian itu tetap juga akan mengejar kita? Apa yang penting ialah persediaan untuk menghadapi sebuah kematian itu. Ingat, kematian hanya sekali. There's no turning back! Apa yang kamu bekalkan untuk dibawa bersama??
Buat sisters yang telah disahkan positif H1N1, terus tabah dan kumpulkan kekuatan. Tuhan mengajar kita untuk hidup dengan kesabaran. Kerana kejayaan itu buat mereka yang bersabar dengan setiap ujian Tuhan. Malah saya pun masih berusaha dalam menjadi golongan mereka yang diberi kesabaran. Ah, sukarnya! Tapi apakah yang lebih indah daripada menuai hasil dari kesabaran yang sekejap ini. Bertabahlah dan bersabarlah! Janji Tuhan untuk bersama kita. Selama kita teguh memegang janji kepadaNya.
Doa kami terbangkan dari Malaysia.
Semoga kesakitan ini menjadi penyembuh dosa-dosa
dan membawa ganjaran pahala yang tidak terhitung banyaknya.
Sisters... Saya rindu kalian!

1 comment:
ada ke sisters kita yang kena H1N1?
Post a Comment