Ujian itu hiburan, hiburan itu sesuatu yang menggembirakan. Ah, masakan sesuatu yang menyakitkan itu bisa menjadi sesuatu yang menggembirakan?
Benar. Diuji itu menyakitkan. Apatah lagi ujian yang ditimpakan itu benar-benar menyakitkan fizikal dan emosi. Menyesakkan jiwa dan mampu membuat nafas terhenti sesekali bila memikirkannya. Ah, masakan ujian itu bisa menjadi satu hiburan? Bisa menggembirakan??
Tapi, tersiratnya daripada ujian yang diberi itu ialah salam kiriman sayang daripada Ilahi. Pastinya. Kerana mereka yang diuji itu adalah calon-calon untuk menjadi buah hati Allah, mahu diberikan kasih sayang istimewa buat mereka. Cuma kita saja yang kadang-kadang hanya melihat sisi negatif saja dari setiap ujian. Sedang sebenarnya di sebalik ujian itulah kasih sayang tak terhingga Tuhan buat sekalian umat.
Kadang-kadang mungkin juga diri merasakan, "Ah, kenapa aku ini diuji lagi dan lagi? Sampai bilakah mahu terus diuji begini??". Aduh, mungkinkah kita terlupa, bahawa kekasih-kekasih Allah itu lebih banyak dan berat lagi ujiannya bila mendapat tempat teristimewa di sisi Tuhan? Tidak pelikkah kenapa nabi-nabi dan para penyampai kebenaran itu tidak dimudahkan saja kehidupan mereka dalam setiap urusan, sehingga tidak perlunya ada ujian yang menyakitkan itu? Jangan silap. Sedangkan kehidupan ini adalah medan ujian. dan ujian juga wujud dalam dua bentuk. Satu yang alhamdulillah kelihatan persis seperti ujian kerana sememangnya sangat menyakitkan dan menyesakkan, sedang ujian yang satu lagi lebih membahayakan kerana berbentuk kesenangan. Rasa senang yang melekakan, kerana terasa persis tidak berada dalam ujian pun. Masya Allah. Jangan perasan ada bahagian dalam hidup ini yang kita boleh berada dalam zon bebas ujian. Kerana rasa senang dan lapang itu juga satu bentuk ujian! Masih ingat kisah monyet??
Sungguh. Ujian itu pasti buat semua yang dikurniai hati nurani. Kerana terciptanya manusia itu untuk diuji.
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Al-Mulk: 2)
(boleh cek lagi. Ada banyak ayat yang menjelaskan bahawa penciptaan manusia adala untuk diuji)
Tapi yang bestnya,
Kuatkan hati, tetap teguh pada perintahNya. Kerana pastinya kita tidak mahu gagal dari menjadi manusia yang mahu diberi kasih sayang istimewa itu. Peluang untuk mendapat tiket 'by-pass' khas ke syurga!

Sabda Rasulullah SAW,
"Seseorang akan diuji menurut kadar agamanya (keimanannya). Apabila kualiti agamanya tinggi, ujiannya akan ditambah"
(HR Ahmad)
"Setiap musibah (bencana) dan hal lainnya yang menimpa setiap Muslim, dengannya Allah akan menghapus semua kesalahannya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(HR Bukhari dan Muslim)
Kerana tentunya Allah sedang memilihmu, menjadi manusia istimewa di sisiNya."Seseorang akan diuji menurut kadar agamanya (keimanannya). Apabila kualiti agamanya tinggi, ujiannya akan ditambah"
(HR Ahmad)
"Setiap musibah (bencana) dan hal lainnya yang menimpa setiap Muslim, dengannya Allah akan menghapus semua kesalahannya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(HR Bukhari dan Muslim)
dan yang lagi bestnya,
Allah keep reminding us that He will test us and why He did so? Why He tested us? Because He wants to remind us to keep low and not to be arrogant!

"Kami tidak mengutuss seseorang nabi pun kepada sesuatu negeri, (lalu penduduknya mendustakan nabi itu), melainkan Kami timpakan kepada penduduknya kesempitan dan penderitaan supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri. Kemudian kami ganti kesusahan itu dengan kesenangan hingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak..."
(Al-A'raf: 94-95)
"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah ia; dan membelakang dengan sikap yang sombong..."
(Al-Isra': 83)

Malah, jika kita melihat kepada ujian yang diberikan kepada para rasul. Waaahh...sangat banyak yang boleh dipelajari. No wonder there are so many stories about the prophets in the Qur'an! Kisah rasul ini tentunya bukan sekadar halwa telinga semata-mata. Kerana terlalu banyak pengajaran untuk pedoman kita!
Siapa kata Nabi Sulaiman yang dikurniakan serba serbi kehebatan dan kekuasaan itu tidak menghadapi ujian yang sukar? Tanpa sedar, segala kekuasaan dan kelebihan itulah ujian besar buat baginda. Menjadi pemimpin itu bukankah sukar? Apatah lagi mahu memimpin segenap makhluk di langit dan di bumi? Subhanallah.
Cuba lihat pula Nabi Adam. Diuji dengan anaknya yang soleh dibunuh oleh anak kandung yang seorang lagi. Apakah kita sudah melihat di sebalik kisah Habil dan Qabil ini? Atau hanya sekadar tahu isi cerita?
Lihat pula kisah Nabi Ibrahim. Diuji Allah dengan seluruh kaumnya yang mendustakan Allah. Apatah lagi bila ayah kandung sendiri berada dalam kekafiran? Juga Nabi Nuh yang isteri dan anaknya turut kafir. Betapa berat ujian bila saudara dan keluarga sendiri memilih untuk mendustakan Tuhan? Subhanallah. Sedang Nabi Nuh itu benar-benar manusia yang sangat sabar. Menyeru kaumnya selama seribu tahun kurang lima puluh. Malah Nabi Lut yang isterinya sendiri melakukan khianat. Bukankah mereka manusia pilihan, diangkat sebagai insan istimewa sebagai rasul? Malah diuji sebegitu rupa?
Jadi, bagaimana pula dengan kita? Baru diuji sedikit sudah berkeluh kesah. Ah, tidak mahu jadi manusia istimewa kah? Tidak menjadi buah hati Allah kan? Tidak mahu disayangi Allah kah?
Manusia yang diuji itu manusia istimewa. Kerana ujian itu kurnia Allah kepada mereka yang menjadi pilihan-Nya.
Andai diuji, bergembiralah!
Siapa kata Nabi Sulaiman yang dikurniakan serba serbi kehebatan dan kekuasaan itu tidak menghadapi ujian yang sukar? Tanpa sedar, segala kekuasaan dan kelebihan itulah ujian besar buat baginda. Menjadi pemimpin itu bukankah sukar? Apatah lagi mahu memimpin segenap makhluk di langit dan di bumi? Subhanallah.
Cuba lihat pula Nabi Adam. Diuji dengan anaknya yang soleh dibunuh oleh anak kandung yang seorang lagi. Apakah kita sudah melihat di sebalik kisah Habil dan Qabil ini? Atau hanya sekadar tahu isi cerita?
Lihat pula kisah Nabi Ibrahim. Diuji Allah dengan seluruh kaumnya yang mendustakan Allah. Apatah lagi bila ayah kandung sendiri berada dalam kekafiran? Juga Nabi Nuh yang isteri dan anaknya turut kafir. Betapa berat ujian bila saudara dan keluarga sendiri memilih untuk mendustakan Tuhan? Subhanallah. Sedang Nabi Nuh itu benar-benar manusia yang sangat sabar. Menyeru kaumnya selama seribu tahun kurang lima puluh. Malah Nabi Lut yang isterinya sendiri melakukan khianat. Bukankah mereka manusia pilihan, diangkat sebagai insan istimewa sebagai rasul? Malah diuji sebegitu rupa?
Jadi, bagaimana pula dengan kita? Baru diuji sedikit sudah berkeluh kesah. Ah, tidak mahu jadi manusia istimewa kah? Tidak menjadi buah hati Allah kan? Tidak mahu disayangi Allah kah?
Manusia yang diuji itu manusia istimewa. Kerana ujian itu kurnia Allah kepada mereka yang menjadi pilihan-Nya.
Andai diuji, bergembiralah!
Kuatkan hati, tetap teguh pada perintahNya. Kerana pastinya kita tidak mahu gagal dari menjadi manusia yang mahu diberi kasih sayang istimewa itu. Peluang untuk mendapat tiket 'by-pass' khas ke syurga!
"Sungguh menakjubkan tentang orang mukmin itu. Semua perkara baginya adalah kebaikan, dan hal itu tidak berlaku kepada seorang pun kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika mendapat kelapangan, ia bersyukur dan hal itu menjadi kebaikan baginya. Jika ditimpa kesempitan, ia bersabar dan hal itu menjadi kebaikan baginya."
Bacaan best: Belajar Sabar dari manusia pilihan karangan Syaikh Musthafa al-Adawi
No comments:
Post a Comment