Tuesday, July 28, 2009

di mana kau letakkan rindu itu?

Alhamdulillah.
Allah sememangnya tahu yang terbaik buat saya.
Dalam saya mencongak-congak, menyusun kata, memikir-mikir cara yang sebaiknya supaya tiada yang terluka..
Allah permudahkan segalanya. Subhanallah..

Minggu lepas saya terasa seperti mahu menangis. Saya paling tak suka berasa putus asa. Tetapi di saat fikiran menjadi buntu..kepada siapa lagi saya mahu mengadu??
Pastinya Allah yang punya solusi, cuma menunggu kita untuk bicara hati ke hati, mengambil sedikit masa untuk bertemu dan mengadu kerana Dia takkan pernah jemu! Biarpun kita lesu, beku dan kaku.. Dia takkan pernah jemu menyantuni kita, membuai kita dengan rahmatNya. Andai saja kita berusaha berlari untuk mencariNya di saat tangis mahupun gembira!

tanya pada hati..
di mana kau letakkan rindu itu?

No comments: