Monday, February 15, 2010

seni Tuhan yang indah


Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengetahuan khas dalam bidang seni lukis, apatah lagi yang abstrak seperti ini, adalah sangat tidak layak untuk saya memberi apa-apa komen atau kritikan. Setuju?

Jadi mengapa sebahagian besar manusia mudah saja membuat kritikan dan komen terhadap penciptaan agung daripada Yang Maha Berseni dalam setiap penciptaanya? Bagaimana mungkin kita mengiktiraf wajah begini dan begini adalah yang paling indah, yang begini pula tersorong-sorong. Apakah kita punya segala pengetahuan dan kelayakan untuk membuat pengiktirafan sebegitu..lalu terhegeh-hegeh sekalian manusia mahu menyerupai patung barbie yang kononnya mempunyai rupa paling indah buat template seluruh manusia wanita.

Oh, berapa juta kali harus kuulang bahawa penciptaan setiap dari kamu itu sangat istimewa. Setiap rupa kamu itu yang terindah sekali ciptaan unik dariNya. Maka jangan kamu gundah gulana andai tidak mempunyai rupa skema sang barbie kerana kamu ciptaan Tuhan yang Maha Indah penuh berseni.

Kita yang punya pengetahuan malah lebih sedikit dari setitis air di lautan, masakan mahu memandai-mandai.

dan kamu yang bising-bising kononnya seperti manusia bijaksana menilai seni sedunia, apakah kamu mampu menjangkau seninya Tuhan dalam setiap penciptaanNya?

Wednesday, February 10, 2010

peganglah tangannya dan masuklah ke syurga!

Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa melongarkan satu dari sekian banyak kesulitan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan melonggarkan satu dari sekian banyak kesulitan di akhirat. Barangsiapa menutupi keburukan seorang muslim maka Allah akan menutupi keburukannya di dunia dan di akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selagi hamba itu masih menolong saudaranya"
(HR Tirmidzi)

Hidup dengan ukhuwwah fillah.. hanya kerana Allah. nikmat teristimewa buat manusia =)

Monday, February 8, 2010

batu asas


Dilantik menjadi guru yang turut terlibat dalam bahagian disiplin (walaupun hanya sebagai pembantu mengisi data), bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Apatah lagi jelas-jelas cara disiplin sekolah tidak sehati sejiwa dengan saya. Undang-undang sekolah melarang pelajar perempuan memakai tudung singkat dan berbaju ketat, tetapi guru-gurunya..?

Lalu, selalunya saya akan jadi konsultan tak terlatih kepada pelajar-pelajar ini selepas rekod disiplin mereka diambil. Memperbaiki pelajar yang sedang tenggelam timbul dalam gelap pekat jahiliyyah zaman ini tentunya tidak mungkin dalam masa sekelip mata. It's going to be a very long process. Apatah lagi usaha untuk membaiki ummah yang mana perlu dimulakan dengan membina batu asas. Proses membina batu asas itulah yang paling lama kerana kita benar-benar mahukan sebuah rumah Islam yang teguh untuk dinikmati oleh semua umat manusia dengan selamatnya.

Maka jangan ditanya sekarang, kenapa rumah itu tidak siap-siap lagi.
Kerana usaha pembinaan cerucuk sedang giat dijalankan. Bi iznillah.

Ayuh teruskan usaha.
Masih banyak batu asas yang perlu dibina. Andai kita berlengah-lengah, maka lebih lambat rumah Islam kita dapat disiapkan.

Allah yusahhil.

my nightmare


"Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari Kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan." Tsauban berkata, "Wahai Rasulullah, gambarkanlah sifat-sifat mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya."Rasulullah saw. bersabda, "Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah di waktu malam sebagaimana kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah."

(HR Ibnu Majjah)

Friday, February 5, 2010

melompat lebih tinggi

Sudah 3 minggu dia tidak ke sekolah. Saat pertama kali saya menerima surat dari coronary care unit itu, hati saya terusik. Besar betul ujian buat dia dan keluarga. Bagaimana agaknya ayahnya menguruskan bil perubatan hospital sedang pendapatannya cuma RM800 sebulan. Tempoh hari dia kembali ke sekolah. Wajahnya pucat lesi. Sekali lagi dia menunjukkan surat daripada doktor. Katanya, dia harus menjalani ujian lagi. Doktor tidak berjaya mengesan nadinya. Ditunjuki tangan yang sudah separuh lebam dengan ujian darah tak henti-henti. Subhanallah, betapa banyak nikmatmu yang mungkin aku telah dustakan tanpa sedar. Subhanallah, betapa banyak anugerah darimu yang mungkin tidak digunakan dengan sebaiknya.

"Cikgu, saya ada bawa buku ke hospital. Saya cuba belajar sendiri..."

***

Seringkali kita berhadapan dengan ujian. Tapi sejauh mana kita menggunakan ujian itu sebagai cabaran untuk menjadi yang lebih baik? Atau adakah kita menggunakan ujian itu sebagai alasan lalu menjadikan kita malah lebih teruk lagi.

Ujian, sebagai alasan atau cabaran?

Jika kita memilih untuk menjadikan halangan daripada ujian itu sebagai satu cabaran, maka kita memilih untuk menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya.
Tetapi jika kita memilih untuk menjadikan halangan itu sebagai satu alasan, maka bukankah sepertinya kita memilih untuk memundurkan diri sendiri sahaja?

Hidup ini penuh dengan ujian dan halangan.
Tetapi ujian dan halangan ini dicipta untuk kita mencabar diri menjadi yang lebih baik, bukan sebaliknya.

Ayuh. Kuatkan semangat! Mari melompat lebih tinggi!!!

Kalau tak ada hurdle tu, pasti kita tak tahu yang kita sebenarnya mampu melompat lebih tinggi kan?

Wednesday, February 3, 2010

Feeding the soul


Bila perut lapar, hati rasa tak senang. Bermacam bunyi didendangkan dari dalam mohon diisi. Tidak cukup lagi, jus gastrik dalam perut memercik-mercik ke dinding perut menandakan tanda kecemasan untuk segera melakukan tindakan. Hebat. Mungkin begitu juga patut kita bayangkan tentang keadaan roh yang kelaparan. Andai setiap hari kita mampu untuk menetapkan jam itu dan itu untuk memenuhi keperluan perut jasad, maka seharusnya kita tetapkan juga masa itu dan itu untuk memenuhi keperluan roh yang tentunya kelaparan. Roh kita apabila lapar juga bermacam ragamnya, cuma kadang-kadang kita yang buat tak endah saja. Apabila iman meluncur laju turun dari graf, hati rasa tak tenang lalu mungkin saja kita lebih banyak menghampiri dosa tanpa sedar. Lalu bagaimana?

Teringat petikan kata-kata Syaikh Hamza Yusuf yang lebih kurangnya begini,
"Never let the dunya fills your heart, but do fill the heart with the remembrance of akhirah. When the dunya is in your hands and not in your heart, the dunya is all yours!"


Makan, makan juga. Makanan untuk roh jangan dilupa!
Takkan nak tunggu seminggu sekali baru nak makan... tsk!

Monday, February 1, 2010

TR. untuk Teacher


Melihat adik-adik yang merasa lebih dekat dengan Allah sememangnya turut membahagiakan saya. Dalam struggle menaikkan iman yang mudah saja diserang ghazwul fikr yang sedahsyat bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki, tentunya bersama akhowats itu peluang saya untuk mengecas semula iman. Terasa bahang bahagianya bila melihat mereka bahagia dengan iman, dan saya pulang dengan membuat kira-kira bahawa begitu banyak yang saya perlu lakukan untuk membaiki diri yang compang-camping dek serangan bertubi-tubi ghazwul fikr ini kala sendirian. Kalau bukan kerana rahmat Allah, entah bagaimana keadaan saya agaknya. Tentunya saya sangat geram dengan diri sendiri kerana masih tenggelam timbul. Itulah, perlu cepat-cepat belajar berenang sampai pandai. Macam mana nak selamatkan orang yang lemas kalau lifeguard pun tak pandai-pandai berenang lagi? Tsk..tsk..


"Jadilah kamu manusia Rabbani" 3: 79

DR. Doktor Rabbani TR. Teacher Rabbani

Ibnu Taimiyyah: "Rabbaniyyin ialah mereka yang ada kaitan dengan tarbiyyah"
dan seharusnya mereka yang mengikuti tarbiyah menjadi qudwah.

"Sesiapa yang tidak memberi apa-apa pengajaran pada kamu apabila kamu melihatnya, ketahuilah bahawa dia sendiri tidak terdidik. Siapa yang kamu tidak dapat hidu keharumannya daripada jauh, ketahuilah bahawa dia tidak ada wangian dan tidak perlulah kamu bersusah payah cuba menghidu-hidunya..!"

Da'i sebenar akan sentiasa bertambah hebat imannya. Akan terus meningkat ketakwaannya kepada Allah. Ia terus meningkat selama mana takwanya kepada Allah SWT dan tumpuan hatinya kepada dakwah meningkat sehingga dia dapat membunuh kelalaian orang yang memandangnya.

Malik bin Dinar: "Sesungguhnya orang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir-gelincir dari hati pendengarnya sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin."

Berapa ramai ahli fiqh yang berkata kepada manusia, "ini haram!" tetapi semakin banyak perkara haram yang dibuat oleh manusia. Ini kerana mereka berbicara seperti kitab-kitab berbicara, tidak menyambungkan hubungan jiwa dengan syariat. Ia kosong dari kekuatan yang menjadikan dirinya seumpama roh yang akan berpaut kepadanya segala roh.

"Sinaran kata-kata terpancar daripada sinaran hati, dan sinaran hati mengikut kadar ISTIQAMAH dan penyempurnaan kewajipan hak-hak sebagai hamba dan hakikat ubudiyah"

mode: koreksi diri yang semakin kronik ni. TR. is Teacher Rabbani, a teacher-murabbi!