Monday, February 1, 2010

TR. untuk Teacher


Melihat adik-adik yang merasa lebih dekat dengan Allah sememangnya turut membahagiakan saya. Dalam struggle menaikkan iman yang mudah saja diserang ghazwul fikr yang sedahsyat bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki, tentunya bersama akhowats itu peluang saya untuk mengecas semula iman. Terasa bahang bahagianya bila melihat mereka bahagia dengan iman, dan saya pulang dengan membuat kira-kira bahawa begitu banyak yang saya perlu lakukan untuk membaiki diri yang compang-camping dek serangan bertubi-tubi ghazwul fikr ini kala sendirian. Kalau bukan kerana rahmat Allah, entah bagaimana keadaan saya agaknya. Tentunya saya sangat geram dengan diri sendiri kerana masih tenggelam timbul. Itulah, perlu cepat-cepat belajar berenang sampai pandai. Macam mana nak selamatkan orang yang lemas kalau lifeguard pun tak pandai-pandai berenang lagi? Tsk..tsk..


"Jadilah kamu manusia Rabbani" 3: 79

DR. Doktor Rabbani TR. Teacher Rabbani

Ibnu Taimiyyah: "Rabbaniyyin ialah mereka yang ada kaitan dengan tarbiyyah"
dan seharusnya mereka yang mengikuti tarbiyah menjadi qudwah.

"Sesiapa yang tidak memberi apa-apa pengajaran pada kamu apabila kamu melihatnya, ketahuilah bahawa dia sendiri tidak terdidik. Siapa yang kamu tidak dapat hidu keharumannya daripada jauh, ketahuilah bahawa dia tidak ada wangian dan tidak perlulah kamu bersusah payah cuba menghidu-hidunya..!"

Da'i sebenar akan sentiasa bertambah hebat imannya. Akan terus meningkat ketakwaannya kepada Allah. Ia terus meningkat selama mana takwanya kepada Allah SWT dan tumpuan hatinya kepada dakwah meningkat sehingga dia dapat membunuh kelalaian orang yang memandangnya.

Malik bin Dinar: "Sesungguhnya orang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir-gelincir dari hati pendengarnya sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin."

Berapa ramai ahli fiqh yang berkata kepada manusia, "ini haram!" tetapi semakin banyak perkara haram yang dibuat oleh manusia. Ini kerana mereka berbicara seperti kitab-kitab berbicara, tidak menyambungkan hubungan jiwa dengan syariat. Ia kosong dari kekuatan yang menjadikan dirinya seumpama roh yang akan berpaut kepadanya segala roh.

"Sinaran kata-kata terpancar daripada sinaran hati, dan sinaran hati mengikut kadar ISTIQAMAH dan penyempurnaan kewajipan hak-hak sebagai hamba dan hakikat ubudiyah"

mode: koreksi diri yang semakin kronik ni. TR. is Teacher Rabbani, a teacher-murabbi!

No comments: