Friday, February 5, 2010

melompat lebih tinggi

Sudah 3 minggu dia tidak ke sekolah. Saat pertama kali saya menerima surat dari coronary care unit itu, hati saya terusik. Besar betul ujian buat dia dan keluarga. Bagaimana agaknya ayahnya menguruskan bil perubatan hospital sedang pendapatannya cuma RM800 sebulan. Tempoh hari dia kembali ke sekolah. Wajahnya pucat lesi. Sekali lagi dia menunjukkan surat daripada doktor. Katanya, dia harus menjalani ujian lagi. Doktor tidak berjaya mengesan nadinya. Ditunjuki tangan yang sudah separuh lebam dengan ujian darah tak henti-henti. Subhanallah, betapa banyak nikmatmu yang mungkin aku telah dustakan tanpa sedar. Subhanallah, betapa banyak anugerah darimu yang mungkin tidak digunakan dengan sebaiknya.

"Cikgu, saya ada bawa buku ke hospital. Saya cuba belajar sendiri..."

***

Seringkali kita berhadapan dengan ujian. Tapi sejauh mana kita menggunakan ujian itu sebagai cabaran untuk menjadi yang lebih baik? Atau adakah kita menggunakan ujian itu sebagai alasan lalu menjadikan kita malah lebih teruk lagi.

Ujian, sebagai alasan atau cabaran?

Jika kita memilih untuk menjadikan halangan daripada ujian itu sebagai satu cabaran, maka kita memilih untuk menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya.
Tetapi jika kita memilih untuk menjadikan halangan itu sebagai satu alasan, maka bukankah sepertinya kita memilih untuk memundurkan diri sendiri sahaja?

Hidup ini penuh dengan ujian dan halangan.
Tetapi ujian dan halangan ini dicipta untuk kita mencabar diri menjadi yang lebih baik, bukan sebaliknya.

Ayuh. Kuatkan semangat! Mari melompat lebih tinggi!!!

Kalau tak ada hurdle tu, pasti kita tak tahu yang kita sebenarnya mampu melompat lebih tinggi kan?

4 comments:

alKhair said...

betul2..

kerna kita mampu...insyaAllah

"la yukallifullahunafsan illa wus'aha"

(^^)v

Mama Hazim said...

jazakillah saudari dari jauh ;)

iman said...

assalamualaikum kak kd!
wah! anak murid akak... bwk buku p hospital... rse sayu.. sok, kmi dah mule sem bru.. tp rase liat nk blajar.. kirim slm syg kat ank murid akak! :)

Mama Hazim said...

waalaikumsalam, iman.
haa..kalau rasa liat, nanti kena piat!

=P