Monday, February 15, 2010
seni Tuhan yang indah
Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengetahuan khas dalam bidang seni lukis, apatah lagi yang abstrak seperti ini, adalah sangat tidak layak untuk saya memberi apa-apa komen atau kritikan. Setuju?
Jadi mengapa sebahagian besar manusia mudah saja membuat kritikan dan komen terhadap penciptaan agung daripada Yang Maha Berseni dalam setiap penciptaanya? Bagaimana mungkin kita mengiktiraf wajah begini dan begini adalah yang paling indah, yang begini pula tersorong-sorong. Apakah kita punya segala pengetahuan dan kelayakan untuk membuat pengiktirafan sebegitu..lalu terhegeh-hegeh sekalian manusia mahu menyerupai patung barbie yang kononnya mempunyai rupa paling indah buat template seluruh manusia wanita.
Oh, berapa juta kali harus kuulang bahawa penciptaan setiap dari kamu itu sangat istimewa. Setiap rupa kamu itu yang terindah sekali ciptaan unik dariNya. Maka jangan kamu gundah gulana andai tidak mempunyai rupa skema sang barbie kerana kamu ciptaan Tuhan yang Maha Indah penuh berseni.
Kita yang punya pengetahuan malah lebih sedikit dari setitis air di lautan, masakan mahu memandai-mandai.
dan kamu yang bising-bising kononnya seperti manusia bijaksana menilai seni sedunia, apakah kamu mampu menjangkau seninya Tuhan dalam setiap penciptaanNya?
Tags:
tulisan hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
:)pendek tapi sgt bermanfaat!jzkk
baru minggu lepas mendenda 3 org murid kerana mulut dgn mudahnya mengutuk fizikal org lain ciptaan Allah swt. harap2 mrk dpt msg yg betul drp dendaan tu
same case here.
saya pun tak pasti apa cara terbaik utk ajar dan buat mereka faham tentang ni.
Post a Comment