Tuesday, February 16, 2010

If you really love Allah, PROVE IT!!!


Jika dalam peperangan, Rasulullah melantik penyair-penyair untuk membangkitkan semangat dan meneguhkan hati para sahabat yang berjuang, maka saya dengan bertambahnya usia tahun ini saya juga melantik diri sendiri sebagai penyair buat diri dengan slogan baru untuk meniup semangat terus berjuang:
"If you really love Allah, PROVE IT!!!"


Kamu tahu, dalam Perang Badar para penyair menyeru "Ahad! Ahad!" dan dalam Perang Uhud mereka cuba membangkit semangat dengan ayat "Deenmu, Hutangmu, Dagingmu, Darahmu!". Seolah-olah mereka mahu mengingatkan, seharusnya Deen itu benar-benar berdarah daging dalam dirimu. Andai kita mencintai Allah dan mencintai deen ini, maka harusnya dalam setiap sel yang dibasahi darah turut basah dengan rasa cinta tak terhingga buat Allah dan deen kurniaan-Nya buat kita. Cinta yang terasa sehingga ke setiap nafas adalah milik perjuangan membawa nikmat Islam ini ke seluruh manusia jagat raya.

Hassan al-Basri turut selalu mengingatkan diri, berulang kali dicuapkan sebagai motivasi diri,
"Hai anak Adam. Sesungguhnya aku adalah himpunan nafas dan kumpulan hari. Apabila hilang satu nafasmu atau lenyap satu harimu, itu bererti hilangnya satu bahagian dari dirimu. Apabila satu demi satu bahagian itu terus hilang, nescaya sebentar lagi akan hilang dirimu secara keseluruhan."


Waktu itu adalah hidup kita. Hidup kita adalah setiap hembusan nafas yang keluar.

Lalu bagaimana sebenarnya kita memaknai setiap waktu yang diberi dan setiap nafas yang masih kita punyai?

Kisah Ibnu Jauzi yang pernah dihentikan seseorang di perjalanan untuk diajak berbual, "marilah kita berbual santai bersama-sama."
Lalu jawab Ibnu Jauzi, "Hentikan matahari kalau begitu!"

Subhanallah!!!
Mungkinkah kita (terutamanya saya) masih banyak mensia-siakan waktu?

If you really love Allah, prove it!!!

Towards a better me. insha Allah.

No comments: