Monday, June 16, 2008

sekolah zaman sekarang


gambar dinding sekolah X

My first day as a so-called practical teacher in a secondary school. Stepping into the school compund I was mesmerized by the design of the building. Ye lah, sekolah baru..design pun canggih. Tapi yang sayangnya, budak-budaknya tak secanggih sekolahnya. Ramai yang ada banyak masalah. Selama ni asyik duduk bersama pelajar-pelajar yang nak belajar, sekarang kena berhadapan dengan 'Pelajar' yang kurang ajar dan tak nak belajar. Wah..memang mencabar! Siapa kata jadi cikgu tu senang, rilek je dan boleh selalu cuti? Dulu berada di sekolah rendah, memang seronok. Tapi bila dah ke sekolah menengah ni..macam-macam hal. Cikgu yang duduk di sebelah saya banyak memberi nasihat. Budak-budak ni dah berada di umur remaja, gejolak perasaan dia untuk mencuba dan mencari identiti tu memang di tahap maksimum. Ramai di sini yang tak berminat pun nak belajar, kebanyakan yang tinggal di apartmen berdekatan lebih cenderung untuk bekerja dan menolong mencari pendapatan untuk keluarga daripada ke sekolah untuk belajar. Oleh itu, guru tak boleh terus marah-marah kalau nampak mereka tak berminat. Perlu selidik latar belakang pelajar. jangan semberono .

Hidup adalah tarbiyyah
Saya amat bersetuju bahawa sepanjang kehidupan kita ini adalah tarbiyah. Banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman, yang buruk dijadikan pengajaran, yang baik dijadikan panduan.
Tiba-tiba terasa macam menulis secara skema pulak..Haha :P

Tapi, betullah. Saya banyak belajar daripada pengalaman hidup. Tak kisahlah pengalaman saya atau seseiapa juga, tetapi saya amat berharap tarbiyah daripada pengalaman ini akan terus meningkatkan iman saya. Huhu..

Apalah nak cerita pasal sekolah ni. Masa mula-mula datang terus ke pejabat untuk jumpa pengetua. Sementara tengah tunggu pengetua tu, cikgu-cikgu lain masuk untuk ambil buku rekod dan sebagainya. Ramai macam buat tak tahu je saya ada kat situ. Pandang, tapi buat-buat tak nampak. Huu.. sedihnya. Mana nilai-nilai Islam apabila ada tetamu yang datang? Terlalu biasa duduk di kalangan mereka yang mengamalkan melayan orang lain dengan baik membuatkan saya berasa janggal apabila berada di keadaan sekarang. Kalau saya ni superstar, tak payah tegur mereka pun mereka pasti berebut-rebut nak tegur saya, kan? Haha..perasan. Daripada jadi superstar, baik saya jadi superhero. Hehe..

Seorang cikgu yang baru berpindah daripada sekolah di kampung ke sekolah ini memberitahu saya bahawa dia menghadapi kesukaran untuk beradaptasi dengan pelajar di sini. Pengetua dan guru tidak saya nafikan memang baik, tetapi pelajar... hmmm. Kasihan mereka. Cikgu yang di sebelah saya itu banyak memberi nasihat dan menggalakkan saya untuk cuba mencari cara untuk menyedarkan pelajar-pelajar yang kurang ajar ini. Mana tak nya, cikgu dalam kelas pun boleh buat tak tahu. Ada yang boleh selamba baring-baring kat lantai kelas, angkat kaki atas meja dan paling teruk merokok semasa cikgu mengajar. Aduh.. kalau macam ni lah keadaan sekarang, saya rasa macam nak kena tukar profesion. Bukan tak sanggup, tapi saya ada prioriti. Saya perlu memilih cara yang muntij (pantas dan efisien) untuk menjadi seorang superhero. Er.. ini bukan main-main. Tapi saya memang ingin menjadi seorang Superhero.

Menjadi Superhero. Apekah??
Mungkin ramai yang akan mengatakan bahawa saya sedang bergurau atau bercakap kosong. Tapi realitinya, tidak. Siapa kata kita tidak boleh menjadi Superhero? Semua orang pun boleh jadi Superhero. Yang utamanya ialah kemahuan dan kesungguhan. Banyak nak cerita pasal Superhero ni. Mungkin di senggang masa yang lain. Tapi sekali lagi ingin saya nyatakan, saya MAHU jadi Superhero a.k.a penyelamat dunia. woha!

Akhir kalam
entri yang ntahpape.. sebab semua pun nak disumbat dalam entri ni sekaligus. Rasa tersiksa gak sebab kena pergi sekolah ni selama 2 minggu. Hm, betulkan niat. Moga Allah berikan tarbiyah yang baik untuk saya dan dapat lakukan sesuatu yang baik di sekolah ni. Moga saya dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan baik dan berjaya menggapai redha-Nya dalam setiap perbuatan saya. I'm nothing without you, God. May you be pleased with me...

Rindu pada kakak-kakak dan adik-adik sekalian. Rindu sangat..waaah. Mahu ketemu sama mereka.. Kapan ya?

No comments: