Hari ini aku dikejutkan dengan hadiah Allah. Allah Maha Pemurah, tidak putus-putus nikmat yang diberikan kepada hambaNya. Sudah tentu aku amat gembira menerimanya, tetapi aku juga bimbang andainya syukurku masih belum cukup jika berbanding segala nikmat anugerah dari Nya. Hadiah Allah ini juga datang dengan bukti bahawa usaha bukanlah penentu hasil tetapi segala hasil itu adalah sememangnya atas kehendak Allah juga untuk memberi. Maka dengan keputusan peperiksaan yang aku perolehi ini, aku yakin bukanlah diperoleh hasil aku bertungkus-lumus belajar tetapi anugerah Allah jua. Masakan tidak, jika melihat kembali keadaan aku yang tidak terurus belajar dalam musim peperiksaan, dengan kesibukan harus berlari ke sana sini tidak mungkin mendapat keputusan sebegini baik berbanding keadaan aku belajar dengan bersungguh-sungguh seperti biasa (sehingga boleh mengulang kaji setiap bab, minimum 3 kali pada minggu studi). Tetapi ini tidak bermaksud dengan tidak belajar pun aku boleh mengecap keputusan yang baik. Jangan salah faham, belajar itu harusnya menjadi sebab untuk mencapai keputusan. Seperti memasak air sehingga mendidih, api harus ada tetapi bukan api yang menyebabkan air itu mendidih tetapi atas dasar ketetapan Allah jua. Maka, belajar yang harusnya menjadi sebab itu, harus ditujukan seikhlasnya untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan mengharapkan keputusan yang baik, tetapi mengharapkan Allah memberi yang terbaik untuk kita. Andainya mendapat keputusan yang kurang sedap mata memandang itu adalah lebih baik di sisi Allah, maka harusnya kita menerima dengan hati yang tenang kerana pastinya Allah menetapkan itu yang terbaik untuk kita. Bukan keputusan peperiksaan itu yang dinilai olehNya, tetapi usaha kita untuk mencari redhaNya semasa kita belajar itu yang menjadi ukuran.
Buktinya, manusia dicipta dengan potensi yang berbeza. Nilai IQ bagi setiap manusia juga berbeza. Mereka yang mempunyai IQ yang tinggi mungkin lebih mudah untuk memahami sesuatu pelajaran itu berbanding mereka yang mempunyai IQ rendah. Sekiranya Allah mengukur manusia dengan skor pencapaian dalam peperiksaan, adalah tidak adil kerana manusia itu mempunyai tahap IQ yang berbeza. Tetapi Allah Maha Adil kerana bukan keputusan yang dianugerahiNya yang menjadi ukuran, bukan juga IQ yang dianugerahiNya menjadi ukuran, tetapi diukur atas usaha dan kesungguhan seseorang itu belajar sebagai salah satu cara untuk mendapat redhaNya. Berbalik kepada tujuan hidup yang selalu kita kaitkan (51:56 dan 2:30). Perkara ini sangat mudah dan sekiranya kita fahami, kita akan menjadi manusia yang sentiasa gembira sama ada di waktu susah ataupun senang, kerana kita percaya bahawa Allah menentukan yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita benar-benar telah berusaha untuk mencari redhaNya dengan belajar bersungguh-sungguh, mengapa perlu bersedih sekiranya keputusan tidak begitu indah?
Mengapa saya gembira dengan keputusan yang indah ini? Seperti yang saya katakan, saya tidak percaya yang keputusan ini adalah daripada usaha saya. Tetapi apa yang membuatkan saya begitu gembira adalah kerana Allah telah menjawab pertanyaan saya. Ada yang menganggap apa yang saya sibuk-sibuk lakukan selama ini akan mengganggu pelajaran saya, ada juga yang kurang bersetuju dan tidak kurang juga yang merasakan saya hanya terikut-ikut semangat dan kawan-kawan. Pagi tadi, seusai tahajjud saya berdoa mohon ditunjukkan jalan yang benar, apakah saya harus teruskan juga walau ada yang menentang. Saya mohon Allah berikan petunjuk dengan keputusan peperiksaan ini dan kini, saya menjadi bertambah yakin dan nekad untuk tidak berpaling lagi.
Sungguh indah aturan Allah itu. Baru sahaja menambah kefahaman dengan Hadith Ghulam, kini saya turut diuji seperti mana Ghulam. Ghulam, setelah mendapat al-Haq (kebenaran) tidak pernah berhenti walaupun pada masa yang sama sedang menuntut ilmu dunia. Dengan kepakaran yang dia ada dalam ilmu dunia, Ghulam membawa manusia lainnya kembali kepada Allah. Hingga saat nyawanya terancam, Ghulam masih nekad untuk memastikan semua orang mengenal Allah Yang Esa dengan menyuruh Raja yang menganggap dirinya Tuhan untuk membunuhnya di depan khalayak dengan menyebut nama Allah kerana itu sajalah cara untuk membunuh dirinya selepas beberapa cubaan membunuh telah dilakukan oleh raja. Siapa sangka, dengan kematian Ghulam, semua orang pun kembali kepada Allah. Kisah Ghulam ini juga dikenali sebagai kisah Ashabul Ukhdud yang diceritakan dalam Surah Al-Buruj.
Terikut-ikut?
Harusnya difahami bahawa saya ini bukanlah manusia yang mudah untuk menjadi pak turut dan terasimilasi dengan persekitaran. Buktinya, sudah tiga tahun saya serumah dengan orang-orang Terengganu, tetapi sampai sekarang saya tidak boleh bercakap dalam loghat mereka. Loghat kampung ayah saya di Perlis pun saya tidak boleh. Saya juga mempunyai kawan-kawan yang sangat suka makan budu, tetapi saya tetap tak makan budu. Apa lagi? Sekiranya ada orang ramai-ramai sedang menonton TV bergelak ketawa dan bersuka ria, saya tidak kisah pun untuk tidak bersama mereka. Saya bukan hidup untuk menyedapkan pandangan manusia tetapi pandangan Allah semata-mata. Sekiranya hidup untuk pandangan manusia, pastinya mempunyai pakaian yang berjenama, mempunyai barang-barang menarik dan menjadi seorang yang trendy serta up-to-date itu yang dicari. Tetapi itu bukanlah saya. Saya juga bukanlah seorang pak turut kerana saya seorang yang suka memberontak. Saya tidak akan sesuka hati mengikuti sesuatu yang tidak saya fahami. Maka, ingin saya jelaskan bahawa apa yang saya lakukan adalah atas dasar kefahaman dan keyakinan atas petunjuk yang diberikan oleh Allah. Saya sering mohon petunjuk dari Allah untuk membuat pilihan kerana saya selalu menghadapi masalah untuk memilih. Saya yakin apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk saya. Oleh itu, apakah saya harus ikut pandangan manusia sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang nyata kepada saya?
Priority?
Ada pendapat juga yang menyatakan bahawa saya seolah-oleh terlupa bahawa kepentingan saya adalah untuk keluarga saya. Ya, jika bukan kita yang membantu keluarga kita, nak harapkan siapa lagi? Maka ini yang dikatakan sebagai keutamaan, begitu? Mari kita menyingkap sejarah sebentar. Sebelum kerasulan, Nabi S.A.W merupakan seorang yang sangat disenangi dan disayangi oleh kaum Quraish. Abu Jahal bapa saudaranya, ketika Muhammad S.A.W dilahirkan telah melakukan korban demi menyambut kelahirannya dengan penuh gembira. Sehinggalah Nabi S.A.W menyebarkan Islam, Abu Jahal menjadi penentang utama Nabi S.A.W. Nabi S.A.W tidak pernah putus asa untuk mengajak Abu Jahal untuk kembali kepada Islam tetapi tidak berhasil. Tetapi, adakah Nabi S.A.W hanya mementingkan keluarganya semata-mata? Adakah Nabi S.A.W menunggu sehingga Abu Jahal memeluk Islam barulah baginda menyebarkan Islam kepada masyarakat lainnya? Tidak. Sekiranya Nabi S.A.W hanya tertumpu untuk mendakwah kepada ahli keluarganya sehingga mereka dapat menerima Islam, Islam mungkin tidak sampai kepada kita pada hari ini. Jika difikirkan tentang keutamaan, saya akan berkata keutamaannya adalah untuk menyebarkan Islam kepada orang ramai agar Islam itu dapat disebarkan dengan lebih meluas sehingga dapat membendung segala masalah dalam masyarakat. Secara tidak langsung membawa kebaikan kepada keluarga kita juga.
Sekiranya saya hanya menumpukan segala usaha untuk kebaikan ahli-ahli keluarga semata-mata, saya sebenarnya sedang bertindak dengan mementingkan diri saya sendiri. Saya seolah-olah ingin melihatkan keluarga saya bahagia dan tidak menghiraukan keluarga orang lain yang juga memerlukan bantuan. Namun begitu, tanggungjawab terhadap keluarga juga harus diingat. Bukan bermaksud sekiranya saya membantu orang di luar, saya meninggalkan keluarga begitu sahaja. Apa yang saya sedang lakukan juga ialah dengan membantu apa yang terdaya terhadap keluarga. Hidayah itu milik Allah. Saya juga tidak tahu bila Allah hendak memberi hidayah kepada seseorang, yang saya boleh lakukan ialah mengusahakan sesuatu, tetapi hasilnya juga adalah atas ketentuan Allah.
Tak payah buat sebab dah ada ramai orang yang buat...?
Oh, tidak! Bagaimana boleh berlepas diri daripada tanggungjawab ini. Hm, hukum mengurus jenazah adalah fardhu kifayah jika ada orang yang menguruskannya sehingga selesai. Sekiranya tidak, semua orang bertanggungjawab dan hukumnya Fardhu Ain. Begitu juga keadaan sekarang. Selagi mana umat Islam masih lagi tertindas, Islam itu masih diinjak-injak dan dipermainkan, tanggungjawab untuk membawa orang kembali kepada Islam itu adalah tanggungjawab semua selagi mana perkara ini masih belum selesai. Sekiranya kita hanya berfikir bahawa ada orang lain yang sedang melakukan dan kita boleh berlepas diri, kita silap. Ini adalah tanggungjawab, dan atas dasar tanggungjawab ini saya harus bersemangat. Biar terjatuh sekalipun, saya harus tetap bersemangat untuk bangun kembali. Semangat saya bukan semangat ikut-ikutan tetapi datangnya daripada hati ini. Insya Allah.
Apa yang cuba saya lakukan ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyatakan rasa syukur atas hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh Allah. Sudah tentunya hadiah yang paling besar dalam hidup saya ialah diberi kefahaman dalam Deen, dianugerahi dengan Iman dan kefahaman terhadap Islam semula. Saya baru mengenal Islam sejak setahun lalu, dan saya amat bersyukur Allah memberi petunjuk untuk saya kembali. Mengeluarkan saya daripada kegelapan kepada cahaya. Thank you Allah for your endless gifts... ^_^

Katakanlah: Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ۞
(9:24)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(2:120)

2 comments:
assalamualaikum kd...
syukur pada Allah atas hadiah terbaik dariNya, nikmat islam dan iman...
muga kite sentiasa menjaga hadiah ini sebaik mungkin..
muga kite dapat menghadiahkan perasaan ini kepada ramai lagi :)
berusahalah kite, dalam mencari redhaNya...
miss u so muchhhh... *wink*
salam, fareha.
jazakillah kerana menjadi orang yang tolong membawakan hadiah ini untuk saya.. moga awak mendapat lebih banyak hadiah daripadaNya.. dan hadiah yang lebih-lebih baik lagi. Insya Allah. ^_^
Post a Comment