Friday, June 27, 2008

habis sekolah

Selesai sudah saya menjadi so-called cikgu di sekolah ini. Masa mula-mula sampai rasa tak sabar-sabar nak tunggu hari terakhir ni. Ni dah hari terakhir, ingatkan tak adalah nak berperasaan sangat nak tinggalkan sekolah ni.. Ye lah, dua minggu je. Saya ada kat sini pun macam tak wujud pun. Tapi, masa bersalam-salam sebelum melangkah pergi, tersentuh juga. Ada juga air mata yang nak mencuri-curi keluar. Aiseh, cover-cover. Mujur saya tengah selsema. Tak lah obvious sangat kalau nangis pun.. Hehe. Bukan apa, cikgu-cikgu kat sini memang baik-baik. Saya je yang tak sempat nak mengenal hati budi mereka. Bila nak balik tu, siap nak peluk-peluk saya lagi. Waaahh..
terharu. Apalah sangat saya ni setakat budak hingusan yang menyibuk kat sekolah tu selama dua minggu. Uhuk-uhuk..

Alhamdulillah. Banyak juga yang saya pelajari sepanjang di sini. Sekolah ini merupakan satu gambaran masyarakat sekarang secara realitinya. Pelajar-pelajar di sini menggambarkan betapa tenatnya masyarakat kita. Teringat kata-kata seorang cikgu semasa minum-minum di kantin tadi. Pernah dipaparkan di dalam akhbar, purata pelajar perempuan di sekolah-sekolah di Malaysia, hanya 16% je masih dara. Kemudian, penyataan ini mendapat kontroversi hangat dan kes ditutup begitu sahaja. Saya tak teringat nak tanya akhbar ni tahun bila sebab terkesima sangat masa tu. Huu.. parah. Penyakit sosial ni semakin menjadi-jadi dan jelas tidak terkawal lagi. Kalaulah ada orang yang tidak concern tentang ini, memanglah dia seorang yang sangat pentingkan diri. Penat orang-orang Edisi Siasat membongkar penyakit-penyakit ini, tapi apa sangat tindakan yang diambil?

Aneh. Kita marahkan remaja kita yang mabuk-mabuk, berkhayal, suka berpesta dan sebagainya. Tapi, kelab-kelab malam tak pula ditutup. Sebut saja kelab-kelab tersohor di dunia, banyak yang dah menjajah negara kita. Pelik juga Negara Islam ada kelab malam ya. Saya yang tak pandai sangat mengaji agama ni nak juga tahu kat mana ada kata yang Islam benarkan ini semua. Bukan apa, dari dok sibuk fikir pasal nak cipta bangunan tinggi melangit, nak terbang ke angkasa, dok pandang apa yang ada kat atas tu, baiklah tengok mereka yang ada kat bumi ni dulu. Janganlah jadi macam negara pulau besar sana tu, asyik fikir nak maju. Depa ada angkasawan, kita pun nak angkasawan. Perabih duit, buat macam-macam. Tapi rakyat masih sakit kusta lagi. Semua ni untuk apa? Nama, glamour, atau apa? Oh tak apa ada mat rempit banyak, boleh minta mereka terjun kutub utara kan? Haha.. saya bukan orang politik dan paling malas nak cakap pasal politik. Tapi saya sekarang berada di antara masyarakat yang sedang sakit. Parah dan berjangkit. Sedang orang yang duduk kat atas tu hanya tahu bersuara, mengarah dan bertelagah sesama mereka. Paling-paling tak pun, menyalahkan orang yang tak bersalah. Aduh..

Saya pasti ramai juga yang sedang berusaha untuk melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan sekarang. Mengubati penyakit-penyakit berjangkit ini supaya tidak melarat. Ramai yang sedang berusaha, cuma caranya yang berbeza. Bagi mereka yang percaya pada konsultasi, maka sesi kaunseling yang bakal dipilih sebagai solusi. Tapi saya juga punya remedi sendiri, remedi yang saya percaya dengan hati kerana itu cara sunah Nabi. Zaman Jahiliyyah dulu pun ada banyak penyakit melarat. Penyakitnya juga teruk, mungkin sama teruk dengan keadaan kita sekarang, atau mungkin kita lebih teruk lagi. Mereka bunuh anak perempuan, banyak juga anak-anak kecil 'dibunuh' secara sengaja di zaman kita, bila kelahirannya bukan dipinta. Teruknya zaman jahiliyyah itu sehingga membuat Nabi ingin beruzlah di Gua Hira', jauh di sudut hati baginda ingin sekali mencari solusi dan remedi untuk mengubati penyakit dalam masyarakat. Setelah mendapat wahyu pertama, Rasulullah terus berusaha mengubati penyakit masyarakat. Mengubati secara tidak langsung dengan berdakwah kepada masyarakat untuk kembali kepada Islam. Ya, itulah ubatnya. Islam itulah penyelesaian bagi segala penyakit masyarakat. Dan ia seharusnya dimulakan dengan kefahaman terhadap Iman. Bukan hanya tahu, tetapi harus faham dengan hati. Ada feeling dengan Islam tu sendiri.

Benar. Apabila hati telah mula faham tentang Allah, tentang betapa kita manusia yang kerdil ini pergantungannya hanya pada Allah semata sangat amat perlu untuk patuh dan tunduk pada Yang Maha Kuasa itu. Kerana kita tidak punya pengetahuan, indera kita sahaja sudah terhad. Hanya punya lima indera, bagaimana harus mempercayai sesuatu hanya dengan indera yang lima ini sahaja. Bagaimana boleh berbuat kefahaman sendiri berdasarkan akal yang dikit sekali pengetahuannya. Bagaimana kita boleh bersikap sombong dengan menerima cara yang dicipta manusia daripada cara yang dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Sedar atau tidak, kadang-kadang kita hanya pandai menyebut kalimah syahadah itu berulang-ulang, tapi adakah kita benar-benar meyakini dan mengetahui maksud sebenar kalimah agung itu? Seperti kata al-Maududi, bagaimana dengan sepotong kalimah itu, ia bisa membezakan seorang mu'min dengan seorang kafir yang begitu berbeza sekali darjatnya di sisi Allah, seperti juga beza antara Syurga dan neraka, kerana tempat mu'min itu harusnya di syurga dan kafir itu sebaliknya. Pastinya kalimah itu bukan sebarangan dan perlu kefahaman yang mendalam kerana perbezaan yang begitu besar ini. Alhamdulillah, ini yang saya dapati setelah menemui Islam semula setahun yang lalu. Islam yang amat indah....

Kefahaman dalam Islam, boleh membuatkan seseorang berubah 180 darjah. Bagaimana? Kerana rasa tunduk dan patuh kepada Maha Pencipta kita. Kerana merasai hidup ini adalah semata-mata untuk mendapat Redha-Nya. Jika ini dapat diterapkan dalam setiap hati insan, penyakit-penyakit yang melarat itu akan lambat laun pulih. Bergantung kepada usaha setiap orang untuk menyampaikan ubat ini. Sekiranya kita mahu hasil yang cepat, semua pun harus berganding bahu. Menggunakan sedaya upaya kita, insya Allah. Usaha ini pastinya sukar, kerana perkara baik itu selalunya dihidang dengan duri dan kaca. Harus diingat, bukan hasil yang kita buru-burukan, tetapi usaha kita. Maka, terus berusaha semua! AYuh!!!

No comments: