Cuti.
Biarpun sekarang sedang bercuti, tetapi tidak terasa seperti cuti-cuti kebiasaannya.
Minggu lepas merupakan saat yang paling menggembirakanku. Saat menyibukkan diriku dengan urusan yang sangat bermanfaat. Saat cuba membahagiakan diri dengan membahagiakan orang lain. Ya, hidup itu lebih bahagia apabila bisa membahagiakan orang lain. Hidup itu bermanfaat apabila kita menjadi manfaat kepada orang lain. Teringat kata-kata seorang cendikiawan, "Sekiranya seseorang itu tidak memberi manfaat kepada dunia, dia adalah lebihan dunia". Atau dengan kata lain, sekiranya seseorang itu tidak memberi apa-apa impak kepada dunia ini, maka dia hanyalah saki baki lebihan dunia yang tidak berguna.
Pastinya hidup ini adalah untuk menjadi orang berguna. Tetapi orang berguna yang bagaimanakah kita? Cukupkah hanya dengan menjadi orang yang baik, berpelajaran dan berkerjaya? Bagaimanakah dengan nasib saudara-saudara kita yang lainnya? Siapa yang akan membela mereka?
Mungkin ada yang akan berkata,"Ya, saya peduli kok sama mereka!".Ya, peduli gi mana kamu? Kok punya masa untuk berlibur? Bersuka-ria? Membunuh masa dengan melakukan marathon TV series kegemaranmu? Atau menghabiskan semua siri komik kegemaranmu?
Kamu kata kamu prihatin sama mereka, tapi kok kamu masih punya masa untuk mencari dan memuat turun cerita-cerita kegemaran mu? Ngobrol di kafe-kafe sambil bergosip hangat tentang artis mahupun anime terbaru? Kamu punya masa segala untuk itu? Pedulikah kamu?
Aneh sungguh. Bagaimana dengan mereka yang saban waktu terpenjara dengan ketakutan. Hidup mereka jauh dari kesenangan dan keselesaan. Mereka meratap ngeri pemergian anak-anak kecil mereka. Dan kamu masih punya masa untuk berlibur segala?
Apa kamu pasti kamu peduli sama mereka?
Bagaimana kalau benar-benar saudara terdekatmu dalam bahaya? Saudaramu yang paling kamu kasihi sedang diancam nyawanya, apa kamu punya masa untuk menonton rancangan yang kamu sukai itu? Apa kamu punya masa menghabiskan semua siri kegemaranmu? Apa kamu tegar membiarkan saudaramu itu menangis ketakutan sedang kamu bergelak ketawa?
Kembali melihat apa yang dilakukan dalam tempoh waktu yang diberi percuma ini.
Apa telah kita gunakan sebaiknya?
Atau hanya menjadi sia-sia?
dan manusia itu tidak juga dicipta untuk sia-sia,
maka haruskah ia jadikan dirinya sia-sia, tidak berguna untuk semesta?
Menjadi saki baki dunia, menjadi sepah dan hampas yang tersisa?
Manusia itu dicipta cukup istimewa.
Punya potensi dan kelebihan.
Pabila diguna untuk kebaikan, maka beruntunglah seluruh semesta.
Tetapi manusia juga yang menyebabkan dirinya jadi tak berguna.
Tersia begitu saja.
Pabila dibiar hidupnya menjadi hamba dunia.
dan kita bagaimana?
Untuk aku kembali melihat diri, apakah sumbanganku di waktu terluang ini. Biar ada secicip waktu pun, jangan biar ia jadi tersia. Kerana aku hamba-Nya, dan seluruh kehidupanku adalah untuk Nya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment