Wednesday, June 18, 2008

download islam

Ingatkan malas nak pos apa-apa entri hari ni. Sebab di sekolah sangatlah membosankan. Tak ada perkara menarik untuk diceritakan. Nak bercampur dengan guru-guru, hmmm.. apa sangatlah yang boleh saya bincangkan bersama. Tak habis-habis yang mereka dok seronok bersembang kalau tak pasal cerita TV, artis, kain baju, langsir dan hiasan rumah tak ada lain dah. Saya kalau nak diajak bersembang pasal ni malas daa.. Akhirnya saya sendiri pergi merayap dan mundar-mandir di sekitar sekolah untuk mengambil gambar. Paling tak pun melepak di pusat sumber untuk menolong Kak Ita sambil membaca surat khabar. Tetapi saya tidak mampu bertahan lama dalam pusat sumber memandangkan suhunya yang sejuk (ada air-cond lah katakan). Tambahan lagi hari ni tak ada kelas relief untuk saya. Semua kelas relief diutamakan untuk cikgu yang sedang praktikal. Saya ni kan so-called practical je.. a.k.a penyibuk di sekolah. Huu...
Lebih sedih lagi, hmm..buku terbest di dunia tu tertinggal kat rumah(Buku apa? Sila refer my previous post ;P). My precious notebook pun tak dibawa, hampir mati kutu dibuatnya. Tapi bersyukur juga, paling tidak saya sudah berjaya menghabiskan buku Bila Tuhan Berbicara. Komen? Tak payahlah..baca sendiri. I thought I will never like novel drama, but Faisal actually prove me wrong..hehe. Great work, Encik Faisal Tehrani! Lepas ni..target nak habiskan buku Puan Zainab al-Ghazali pula. Tapi tak best sebenarnya baca kat bilik guru tu.. ye lah, mana tahu cikgu-cikgu lain ingat saya ni layan novel jiwang pulak..adusss.

Oh, hampir terlupa. Tujuan sebenar entri ni ialah.. emm, sebenarnya terbaca satu entri kawan saya tentang hari download musang berapi (firefox) sedunia, tetiba terfikir... hmm, kenapa tak ada download islam sedunia ek? Berdasarkan statistik yang ditunjukkan ketika saya sedang menaip di ruangan ini, sebanyak 26, 848 muat turun di Malaysia. Sudah tentu US mendahului dengan muat turun terbanyak iaitu sebanyak 2, 342, 036. Tetapi China juga hebat, dengan 156, 651 lebih banyak daripada Rusia mahupun Australia.

Hmm..kan best kalau ada cara seperti ini untuk orang mendowload islam. Kita tak perlu beri tempoh satu hari tapi untuk selamanya. Teringin betul nak tengok tempat dengan jumlah penduduk yang paling banyak memuat turun musang berapi ni juga akan paling banyak memuat turun islam (revert to islam). Kan ke best?? :D

Motivasi untuk semua untuk lebih giat berusaha. Mari kita jadikan dunia ini untuk menerima islam seperti mereka berlumba-lumba memuat turun musang berapi, spread it to others and.. let all the states become one under the colour of islam. wee..bestnye!!

Oh, jangan salah sangka. Saya bukan bertujuan untuk memaksa orang menerima islam tapi kepada pejuang-pejuang islam haruslah bergiat dengan lebih kuat untuk promote penawar bagi segala penyakit dalam masyarakat yang kita sedang gunakan ini. Barang bagus harus dikongsi dengan semua orang. Islam adalah penawar bagi segala penyakit dalam kehidupan, diberikan oleh Allah sebagai tanda kasih sayangnya kepada manusia. Jadi bagi manusia yang tahu, takkan mahu dibiar sahaja orang lain meminum racun lalu membawa mereka kepada kebinasaan? Kita punya penawarnya, dan semua orang boleh mendapatkannya dengan percuma. Silalah download islam sebagai penawar hidup anda!!!! ^_^

Aslim... taslam. Hanya dengan memilih islam sebagai cara hidup, kita akan selamat!

p.s: kalau perasan, dalam gambar tu browser saya tu ada gambar kucing-kucing yang tersembunyi..hehe ;P

2 comments:

Hilman Nordin said...

salam.

perubahan perlu dirasai semua. Kesejahteraan Islam perlu dirasai semua.

Kalu mudah-mudah je boleh download alangkah seronoknya.

kebersamaan semasa kita download musang berapi menunjukkan kita sebenarnya boleh bersama dalam hal-hal yang lebih besar sifatnya dan impaknya.

thx!

Maryam said...

best lah komen awak... akak ada tilik peta orang download musang api tu, tapi tak dapat buat reflection apa-apa...

dush~ buntu sungguh..