Tuesday, June 17, 2008

drama sekolah hari kedua

Macam ni la sekolah zaman sekarang. Macam dalam drama pula. Hari ni dah masuk hari kedua saya berada di sekolah X. Pagi-pagi lagi saya ke pusat sumber, bosan berada di dalam bilik guru dan melihat karenah pelajar-pelajar di tapak perhimpunan. Pusat sumbernya tak lah secanggih mana, canggih lagi pusat sumber sekolah orang asli di Kuala Kubu Bharu tu. Sedang asyik melihat-lihat khazanah yang ada di dalam pusat sumber tersebut saya terjumpa beberapa buah buku menarik yang boleh dijadikan bahan bacaan di senggang-senggang masa nanti. Kisah-kisah Nabi dalam al-Qur'an dan Asbabun Nuzul. Tiba-tiba saya terlihat sebuah buku mengenai sejarah Islam. Baru buka beberapa halaman, saya sudah naik bosan. Penulisannnya begitu membosankan, tidak banyak beza dengan buku rujukan sejarah sahaja kandungannya. Padanlah diletakkan di rak buku yang jarang sekali disentuh oleh para pelajar...

Sekembali dari pusat sumber ke bilik guru saya terlihat sekeping kertas kecil di atas meja tempat saya menumpang duduk.
Kelas relief?? Apekah...
Subjek Sains. Kelas: 5C.
Okay, that's it...

Tidak berapa lama selepas itu datang beberapa orang pelajar untuk bertemu dengan guru yang duduk bertentangan dengan meja saya. Mereka sedang berbincang mengenai masalah pelajar merokok. Pelajar-pelajar ni juga merupakan ex-perokok tegar di sekolah ini, tapi kelihatan mereka seperti sudah insaf dan ingin menjalankan usahasama dengan guru tersebut.

M: Cikgu, saya nak jadi pengawas. Saya boring la jadi orang-orang biasa ni..

Cikgu: Awak ni. Hmm..dah baik dah ke?

M: Saya dah tak buat dah cikgu. Saya memang la dulu join, tapi saya sekarang boleh bagitau cikgu semua port yang ada kat sekolah ni. Kat sekolah ni ada banyak port cikgu, banyak lagi yang cikgu tak pernah pergi.

Cikgu: Kalau macam tu, awak jadi spy cikgu dah la. Awak bagitahu je siapa yang join dan kat mana port-port tu.

M: Ala, cikgu. Pengawas sekarang ni tak boleh pakai la. Pengawas pun ada yang tolong budak-budak ni. Siap tolong jaga tangga lagi masa diorang tengah merokok.

Cikgu: Awak dah berhenti merokok ke?

M: Hm..tengah nak berhenti la ni cikgu...

Cikgu: Siapa yang kepala bekalkan rokok-rokok ni? Budak 5C?

(Saya yang memasang telinga: Owk ooo...somehow it rings a bell)

M: Budak form 2 pun ada cikgu..

dan seterusnya.......

5 C, kelas terakhir dalam tingkatan 5. Tidak lama kemudian cikgu yang meminta saya menggantikan kelasnya tiba di meja. Dia memberitahu saya serba sedikit apa yang perlu saya lakukan pada hari itu. Juga sedikit info tambahan mengenai pelajar-pelajar di kelas itu. Aduh..berdebar-debar juga jantung saya dibuatnya.

12.35, tiba masa untuk saya ke kelas 5C. Tiba sahaja di kelas saya lihat pelajar-pelajar lelaki di barisan belakang sibuk bermain di luar kelas. Saya masuk, settled them down a little bit. Beritahu kerja yang perlu dibuat dan menulis di papan hitam segala yang perlu dilakukan agar lebih jelas. Nampaknya, I really have to work on my voice projection. Lama tak cakap kuat dan berdegar-degar, suara pun dah makin hilang. Hmm..macam kena masuk kelas vokal ni. Selama ni cakap masa presentation pun pakai mic mana tak nya suara dah tak boleh dilontarkan dengan baik. huhu...

Tidak berapa lama saya berada dalam kelas tersebut, datang dua orang guru lelaki. Mereka datang untuk memanggil pelajar-pelajar yang telah didapati membuli seorang pelajar. Ramai juga dalam 6 orang agaknya. Saya tak lah terkejut sangat, as I have been warned by the teachers before about this class. Kerja yang diberi pun ramai yang tak buat. Dengan selamba je boleh cakap, "Cikgu, saya malas nak buat. Saya nak enjoy je,". "Okay, kalau awak tak nak buat, tulis je nama awak kat kertas tu." Kerja tu tak susah pun, jawab soalan past year. Kalau tak tahu, salin je skema jawapan kat belakang tu.". Tapi kalau dah memang tak nak belajar tu, hmm.. macam-macam lah. Saya pun malas nak paksa-paksa. Tak nak sudah, awak yang rugi nanti... (Takde la saya cakap macam tu). Adake boleh bagi alasan yang Cikgu tu faham kalau diorang tak buat kerja. Kalau diorang buat, mesti Cikgu tu pelik. Saya pun balas, "Apa salahnya buat cikgu tu gembira. Mesti cikgu tu gembira tengok korang dah berubah." ;P
Lupa nak mention, saya sedang bercakap dengan geng budak perempuan tepi tingkap masa ni. Masa saya sedang approach budak-budak ni boleh pula ada budak lelaki yang ke depan dan tukar apa yang saya tulis kat depan tu. Saya tulis, "Tak tahu, boleh lihat jawapan" dan budak tu tukar kepada "Tak boleh lihat jawapan". Bila saya perasan saya tambah dan tukar kepada "Bukan tak boleh tengok jawapan". Satu kelas gelak. Haha..budak-budak ni boleh tahan juga kelakarnya. I don't feel that bad at all. Boleh tahan lah. I enjoyed my time in that class.

Sebenarnya, I have some plans for them before going into the class. Ingat nak la buat sesuatu supaya budak-budak ni sedar sikit apa yang diorang tengah buat ni. Tapi oleh sebab masa daripada 2 period telah ditukar kepada 1 period, saya tidak punya masa yang cukup untuk bersama mereka. Nevertheless, I think I should share my plan here so than anyone can comment or add on anything to improve it. Note that this students have problems on their own, have no interest in studying and may sound impossible.
So here is the plan:

1) Mula-mula tanya: Kenapa rasa belajar Sains tak best, tapi komik dan novel best? Atau tengok drama TV lagi best?
2) Perbezaan IQ dan EQ. Which is more important? The quote: IQ helps you get through school, EQ helps you get through life.
IQ is a gift, but EQ (feelings) is possessed by everyone. Semua orang pun ada perasaan sedih, marah, gembira dan sebagainya. dan panjang lebar lagi..
Tapi my point is actually to say that "takpe lah tak pandai pun, tapi hati mesti baik.." EQ(hati) can drive you all the way in your life..tapi perlukan SQ yang tinggi to make sure that the engine have enough fuel and will go the right way. Masuk sikit-sikit hadith logam kalau perlu, tapi kalau nampak berat sangat tak perlu. But to mention that everyone has potential, gifts or strength. It is how they see their strength and how they actually used it will make a difference in themselves. Macam kaunselor la pulak...

Lepas tu nak bawa diorang dengar cerita daripada buku yang paling best dalam dunia... Tapi syaratnya, kena dengar dengan hati. Macam baca novel dan komik yang punya dialog dan boleh menyentuh hati kita untuk merasa sedih, gembira, takut dan sebagainya.

16. Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
17. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
18. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran: Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!
20. Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
21. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
22. Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).
23. Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan).
24. Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.
25. Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,
26. Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya.
27. (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.
28. Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
29. KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.
30. (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan?
31. Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
32. Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
33. (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.
34. Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal.
35. Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
36. Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Mekah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
37. Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
Qaf: 16-37
and stressed why I did this with:

Oleh itu,
berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu. ۞
Qaf: 45

disambung juga dengan ini:

44. Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim.
45. Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.
46. Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga: "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.
47. Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.
48. Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu.
49. Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah?: Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak akan berdukacita.
50. Dan Ahli Neraka menyeru ahli Syurga: Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir.
51. (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai permainan dan senda gurau dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa: untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

ditutup dengan betapa al-Qur'an ni sebenarnya mempunyai jawapan untuk segala permasalahan. Bagi yang rasa diri kosong, bosan atau tidak tenang, hanya dengan mengingati Allah, hati itu akan tenang ^_^


1 comment:

Arifah said...

KD, best nye jadik cikgu. One of my ambitions gak dulu. Hehe. I know you tagged me pasal usrah tu tapi tak sampai mood lagi nak tulis. But I promise I won't forget to write about it, cuma tak janji bile lagi. Hehhe. :)

Teruskan kerja muliamu!